Sunday, July 14, 2013

BALI Trip 25/5/13 - Day2

Hari ni 25/5/13 Sabtu, hari kedua di Bali. Pagi dah bangun sebab sini cuaca cepat siang. Lepas sarapan terus jumpa dengan Sandhi our tour guide, kereta Serena Arena cukup selesa untuk kami 4 beranak. Di Bali memang banyak MPV ni. Rate tour guide ialah RP400,000.00 dalam RM130.00 sehari. Tempat yang nak pergi ni semuanya satu jalan so senang je.....semua arah utara pulau Bali.


First place, ialah tempat pembuatan batik, namanya Sari Amerta Batik Collection di Batubulan, Gianyar , Bali. Sesungguhnya saya ni memang peminat batik. Pusing punya pusing tiada yang berkenan......harga 4 meter batik untuk dibuat sepasang baju kurung mencecah RP2,500,000.00 = RM785.00 .....ya ampun mahal sungguh......tak jadi nak beli.......cuci mata je...


Next, ke tempat pembuatan silver , macam gelang , rantai dan lain lain........kat Bali ni memang banyak perusahaan kampung seperti silver, batik, ukiran dan lain lain lagi.


Pintu masuk ke kedai silver. Tengok tengok je. Sebenarnya tak berminat pun.


Cara cara pembuatan silver dan hasil yang dijual. Ada yang murah dan ada yang mahal. Pandai pandailah tawar menawar.


Saya sangat suka melihat hasil seni kerja orang Bali, sangat unik. Kombinasi warna coklat dan oren sangat cantik di mata saya. Hubby pula sangat suka melihat atap daun tu.


Next stop Pasar Sukawati. Dalam pasar ni sangat sempit memang tak selesa. Harga barang murah dan boleh tawar menawar cuma tak tahan sesak. Di sini banyak dijual baju, beg dan lukisan. Tak payah pergi ke pasar ni pun tak apa. Lukisan kat dalam ni tak berapa menarik.


Di bahagaian luar, sebelah ada satu lorong yang banyak menjual hiasan perumahan termasuk lukisan (oil painting). Di lorong ni banyak terjual lukisan yang cantik cantik.


Antara barangan yang dijual di Pasar Sukawati.


Cantik tak pemandangan ni. Our next place iaitu Kintamani di mana terdapat gunung berapi yang masih aktif Gunung  Batur. Nak ke sini seeloknya mesti sampai sebelum tengahari kalau dah petang tak nampak puncak gunung tu. Kabus akan menutupi. Warna hitam tu ialah kesan dari ledakan larva panas yang mengalir memusnahkan kawasan rumput & pokok di situ.


Nun jauh di seberang sana ialah perkampungan orang asli Bali di mana orangnya masih lagi tak pakai baju. Tidak ada jalan darat ke situ.


Setelah dizoom nampaklah perkampungan orang asli tu.


Restoran Batur, yang best kat sini ialah makan sambil mengadap gunung berapi di atas. Suasana memang sangat nyaman gitu mcam kat Cameron Highlands. Boleh makan dalam pondok yang disediakan. Harga makanana di sini sangat mahal, satu orang RP90,000.00= RM28.00 untuk buffet tak termasuk 21% untuk tax ya. Makanan kat sini memang tak sedap dan terlalu ramai orang. Nak makan pun tak selesa. Tapi satu pengalaman yang sangat indah makan sambail menghayati pemandangan gunung berapi dengan udara yang sangat nyaman.


Sempat bergambar masa ni awan dah nak berkabus.


Turun ke bawah terdapat banyak gerai menjual buah buahan. Ada banyak ladang sayuran. Segar-segar..... 


Next stop ialah Kopi Luwak, apa yang best kat sini ya.......Kopi Luwak ni memang sangat terkenal di Bali kerana keenakannay dan harga yang sangat mahal. Kalau boleh jangan beli kopi luwak atau apa apa kopi di sini sebab harganya sangat mahal. Kopi ni boleh dibeli di Kuta di Discovery  Mall dan Matahari shopping complex.

Nilah pokok kopi (yang sebelah kiri tu). Sebelah kanan bawah ialah pokok vanilla......ya esen vanilla yang kita buat kek tu.......pokoknya macam orkid kan......



Berbagai jenis bunga ada di sini.

Nilah kopi luwak tu......apa yan best dengan kopi luwak tu ya.....Sebenarnya biji -biji kopi ni akan dimakan oleh musang dan setelah dia kenyang musang ni akan buang air besar dan mengeluarkan biji kopi tu. Pekerja akan membuang tahi yang kering di selaput kopi dan membuang kulit kopi.....lepas tu biji tu akan digoreng dan ditumbuk sehingga halus.


 
Kat sini secawan kopi luwak harganya Rupiah50,000.00 = RM15.00. Memang mahal , tu yang ada kulit kayu manis lah si kopi luwak. Memang sangat pekat. Kalau kita di rumah buat taklah sepekat tu. Mungkin saya bukan penggemar kopi jadi rasanya bagi saya biasa biasa saja. Selain daripada tu kita diberi 7 cawan teh + kopi secara percuma untuk kita rasa. Ada yang sedap jugalah.

Lepas tu kami turun ke bawah lagi dan singgah di Tegalalang melihat sawah bertingkat. Bali kekurangan kawasan lapang sebab tu sawah dibuat bertingkat.Di sini nak lalu dan berhenti di sini pun dikenakan entrance fee. Memang cantik tempat ni, nyaman rasanya mungkin baru lepas hujan. Di sekitar kawasan ni pun ada banyak souvenior shop tapi saya lupa nak snap photo.

Terjumpa sepokok ros merah yang sangat tinggi dan batangnya sangat gemuk. Bunga rosnya pula sangat besar tapi tak wangi sangat. Pak Cik kat sebelah tu sempat posing lagi. Selepas ni , kami ke pasar Ubud tapi tak sempat nak snap photo kat situ. Pasar baru Ubud ni memang bersih menjual banyak kraftangan, lukisan dan lain-lain. Di sepanjang jalan ada rumah kedai yang kecil yang menjual pelbagai jenis barangan branded. Hanya mampu melihat dari dalam kereta sebab tak cukup masa lagi pun kami semua dah tersangat penat.

Kami singgah di pasaraya Krisna. Pasaraya ni memang sangat besar dan setingkat saja. Menjual pelbagai jenis cenderamata dari t-shirt, makana keluaran Bali, perhiasan diri seperti gelang, rantai. Tempat ni memang sangat ramai orang. Walaupun besar tetapi sesak masa saya di sana. Harga kat sini mahal sedikit saja iaitu antara RM0.50-RM1.00.

Lepas tu time for dinner.......di  Bale Udang atau Mang Engking. Malam tu kebetulan, ramai betul yang nak makan di sini. Terpaksa menunggu dalam 20 minit jugalah sebab tak de meja yang kosong. Wah ....apa yang best sangat kat sini ya......tunggu entri khas makan di sini.....

Nilah our tour guide yang ceria, SANDHI.....boleh whats up or telephone di 6281337464723. Seeloknya booking awal. Saya pun last minute nasib dia free kalau tidak susah juga.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...