Sudah semestinya damask antara roses kesayangan saya kerana bau, warna dan kerajinannya berbunga memikat hati. Melihatkannya hati jadi tenang dan damai. Pabila tercium bau harumnya lagilah tak terkata.
Really love this photo. Beautifull pink colour and sweet smell.
Selalunya kudup akan keluar maksimum sebanyak 5. Pernah sekali kudup keluar sehigga 17 kudup , boleh lihat di SINI.
Macam sanggul lah pulak cantik tersusun. Daun yang panjang di bawah tu ialah daun bunga kantan.
Berebut - rebut cik lebah ni nak menghisap madu. Kalau kita bau je dah harum, apalagi pada cik lebah mesti manis madunya kan.
Saya ada 2 pasu ros damask ni. Satu pasu damask ni menumpang dengan pokok bunga melor saya. Two in one, nasib damask ni tak merajuk.
Dari kudup ke mengembang mekar.
salam..
ReplyDeletedah susah kan cari ros kampung..kak jual ke keratan btg nye..atau kat mn boleh cari ros ni..kebanyakkan ros yg jumpa dah tak ada bau dah... and selamat kenalan
wsalam, selamat berkenalan....biasanya kat nurseri ada jual tapi pun susah jugak. nazifa tinggal mana? saya selalu juga buang keratan batang damask ni. selalu juga cuba tanam batangnya tapi tak hidup...
Delete