Monday, December 2, 2013

Barbie Doll Cake......untuk Qilah

Perminataan anak ku yang sorang ni nak Barbie doll kek sejak birthdaynya dari tahun lepas lagi tapi mamanya tak reti nak buat......tahun ni ternampak rahelblogspot.com buat a simple barbie kek ....thanks for sharing.....tu yang try buat.....cuma perlukan loyang 6 inci sahaja...


Inilah hasilnya .......menjadi jugak akhirnya......


Ini khas for my daughter 6 years old birthday.....Qilah on 29/11/13....she is so so excited....


Barbie Doll warna pink......since Qilah love pink...



Dari sisi........tonggek sikit ....sepatutnya kek ni ditrim sikit.....buang tepi tepinya tapi sayang pulak saya nak buang....



Oops.....dah dipotong tengahnya....



Dalamnya saya ubah sikit......saya buat ala ala russian black and white kek. Boleh klik SINI untuk lihat caranya. Saya sukakan tekstur kek ni yang sangat lembut. Nak kata macam sponge kek tak jugak tapi memang lembut.


 
She so happy with the cake..........Happy 6th Birthday my dearest daughter........



BARBIE DOLL CAKE
Moist Choc Cake
Source : Rahel.blogspot.com
Source: Fabulous Cake Business ( Chef Alex Goh)

Bahan  ( 2 loyang 6")
A:250g butter
   320g gula halus
   1/4 sudu kecl coffee paste

B : 4 biji telor gred A

C: 320 g tepung biasa                   }
       50 g koko                             } diayak bersama  
        1 sudu kecil baking powder }
        1 sudu kecil baking soda      }

D : 240g susu segar

Cara
1- Pukul bahan A dengan medium speed sehingga kembang dan gebu.
2- Tambahkan bahan B satu persatu dan terus memukul sehingga gebu.
3- Tambahkan C dan D berselang seli dan putar dengan low speed sehingga sebati. Mulakan dengan tepung dan diakhirkan dengan tepung juga.
4- Tuang ke dalam acuan 6 inci yang telah digris.
5- Bakar dalam oven pada suhu 170 darjah selama 40 minit atau sehingga masak.
6- Setelah kek masak biarkan kek sejuk. Boleh bahagikan kek pada 3 bahagian.

Ganache
Source : Fabulous Cake Business ( Chef Alex Goh)

Bahan
150g compund dark chocolate  - dicincang
100g UHT whipping cream
25g unsalted butter


Cara
-Panaskan whipping cream sehingga berbuih di tepi. Tuangkan coklat yang telah dipotong.
-Kacau perlahan hingga semua coklat cair.
-Tambahkan butter dan gaul sebati.
-Biarkan semlaman sebelum diguna.

 
Cream Cheese Frosting
Sumber : Rahel Blogspot
Bahan
250g cream cheese

110g butter
250g gula ising - diayak
2 seudu teh esen vanilla
60ml susu segar

-Satukan semua bahan dalam mangkuk adunan. Pukul sehingga lembut dan berkrim


Cara Penyediaan Barbie Doll Cake
Bahan Pelengkap
1 patung barbie doll
500g fresh cream - diputar sehigga stif dan letak pewarna
Pewarna makanan pilihan
Sedikit fondant jika berminat - saya tak guna

Cara
-Ambil satu bahagian kek coklat dan letak atas papan kek.
-Sapu dengan ganache coklat , kemudian letakkan cream cheese dan ratakan.
-Ulangi step di atas sehingga habis semua lapisan.
-Sapukan baki cream cheese pada keseluruhan permukaan kek.
-Akhir sekali masukkan fresh cream ke dalam piping bag dan boleh mula menghiasnya.
-Peringatan fresh cream sangat senang mencair apabila haba dari tangan berpindah ke plastik piping. Anda harus menghias kek dengan cepat.
  

 

 

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...