Monday, December 16, 2013

Steamed Yam Cake or kuih keladi.......sedap...

Jalan jalan ke Air Hitam, Johor, ternampaklah banyak keladi yang segar bugar......geram rasanya. So saya pun beli 2 biji untuk dibuat yam cake atau kuih keladi. Ni is one of my favourite.....Selalunya tak rajin nak buat selalu beli kat Sedap Corner je....actually kuih ni senang je nak buat tak susah pun...


Dah macam birthday cake pulak.....size 8 inci je ni guna loyang yang boleh ditangalkan ....



Hmm....memang sedap kuih ni....Aroma udang kering dan bawang goreng sangat sedap baunya.....Bawang goreng mestilah yang dibuat sendiri kalau dibeli di kedai tak best.......kering gitu je, aroma pun tak de sangat....


 
Nampak keladi tu ........kuih ni asalnya sejenis kuih nyonya yang juga dikenali sebagai steamed yam cake.

Bahan yang diperlukan.......keladi + udang kering + bawang goreng + cili merah + daun bawang

Sepotong ni cicah dengan sos Thai Maggi tu memang sedap......


Will have to bake this again.........Thanks to resepicitarasawan, Diana and Sue for sharing the resepi.



 
KUIH KELADI / YAM CAKE
Source : resepicitarasawan.blogspot.com
Main    : Diana@Melly Sky blue's kitchen, Sue@Nanie Syurie.blogspot.com

Bahan A
170g tepung beras
40g tepung ubi
500 ml air
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1/4 sudu kecil serbuk 5 spices - tak letak
1/2 sud kecil serbuk stik ayam atau cukup rasa Maggi

Bahan B
300g keladi - dipotong dadu kecil
50g udang kering, rendam dan toskan - saya letak lebih dari ni
4 sudu besar minyak masak

Bahan hiasan
Bawang goreng - saya buat sendiri lebih sedap aromanya
1 biji cili merah cincang / hiris
Daun sup

Cara
- Satukan bahan A, gaul rata dan ketepikan.
- Goreng keladi sehingga sedikit keperangan. Angkat dan toskan.
-Menggunakan minyak yang sama , goreng udang kering yang ditumbuk sedikit sehingga perang. Angkat dan toskan. Keluarkan minyak dari kuali dan tinggalkan sedikit sahaja.
-Masukkan bahan A (bancuhan tepung) dan masak hingga naik wap. Tutup api dan masukkan keladi dan udang kering, gaul rata dan tuangkan dalam loyang 8". Loyang mesti dilenserkan dengan sedikit minyak.
-Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus di dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 30 minit.
-Biarkan sejuk dan taburkan dengan bahan hiasan.
-Hidangkan bersama sos cili Thai.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...