Wah butter cake lagi...kenapa ya sebab sangat senang nak buat....he..he....kali ni masih menggunakan resepi dari Kak Rima from Bisousatoi.com. Shes a butter cake lover.....as for me not so but boleh lah.....just enjoy doing it. Thanks for sharing ya Kak Rima.
Wah crack pulak kat tengah dia but its ok...the taste still sama.
This time pisang tu tak perlu dilenyek cuma hiris halus nipis je , lepas tu susun....
Setiap hari makan a slice of it......dessert after lunch....tak tau kenapa mesti nak makan sweet things after lunch...
Nampak tak the yellow lines tu lah banana....i should put more banana actually baru nampak cantik.......
BANANA CHOCOLATE BUTTER CAKE
Source : Rima from Bisousatoi.com
Main : Buttercake - I love buttercake 2 by Kevin Chai
Bahan
-250 g butter
-200g gula kastor
-4 biji telor
-80 g chocolate masakan (dadu)
-80ml fresh milk
-250g tepung gandum
-5g baking powder
-1/4 sudu kecil bikarbonat soda
-15g serbuk koko
-200g pisang yang dihiris nipis
Cara
-Panaskan oven pada suhu 160 darjah, griskan loyang sizre 7". Ikutlah oven masing masing ya
-Pukul butter dan gula sehingga creamy.
-Masukkan telor sebiji demi sebiiji , sambil dipukul rata.
-Panaskan fresh milk dan masukkan coklat masakan , cairkan pada slow heat. Sejukkan.
-Masukkan coklat cair yang telah sejuk ke dalam adunan butter tadi kacau sebati.
-Tepung gandum + baking powder + bikarbonat soda + serbuk koko = disatukan.
-Masukkan pisang yang dihiris nipis, gaulkan sehingga rata.
-Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 50 ke 60 minit atau sehingga kek masak.
No comments:
Post a Comment