Kalau sebut buttercake, saya memang suka menggunakan resepi dari Kak Rima Bisousatoi. Thanks for sharing. Resepinya simple untuk dibuat. Lagi pun buttercake tak memerlukan banyak bahan.
Suka tengok bila buttercake ni menjadi......
Dalam macam marble kek sikit.......aroma coffee emalco yang saya letak tu sangat wangi....kalau tak de nak gantikan dengan nescaffee yang dibancuh dengan sedikit air panas pun boleh....
Buttercake tekstur memang sangat soft.
Felt in love with butter cake already....
Nyum.....nyum....pakai butter SCS memang sedap.....tapi harga butter ni mahal sungguh.....
COFFEE OREO BUTTERCAKE
Source : Rima from Bisousatoi
Main : I love Buttercake Too by Kelvin Chai
Bahan
250g butter
200g kastor sugar
4 biji telor
250g tepung gandum
5 gm baking powder - saya agak agak je
10ml susu segar
1/2 teaspoon coffee paste - saya guna coffee emulco
50g crushed oreo (hancurkan oreo)
Cara
-Panaskan oven dan lenserkan loyang 7 ".
-Pukul butter dan gula sehingga creamy dan masukkan telor sebiji demi sebiji.
-Masukkan tepung gandum dan baking powder berselang seli dengan susu segar, kaup balik sehingga sebati.
-Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian masukkan coffee paste dan crushed oreo.
-Masukkan ke dalam loyang berselang seli.
-Bakar selama 50- 60 minit atau sehingga kek masak.
No comments:
Post a Comment