Sunday, July 29, 2012

Sulur Keladi Masak Sambal Bersantan .....sedap...


Masa 1 Ramadan balik kampung , so the next day pergilah pasar besar Melaka. Memang seronok kat pasar ni macam-macam ada. Tengah melihat-lihat tetiba ternampaklah sayur sulur keladi ni. Memang dah lama tak makan sayur ni sebab susah nak cari lagi satu kalau ada pun leceh nak siang kulitnya. Fikir 2 , 3 kali jugalah. Tapi kali ni tak fikir terus beli je.


Seikat cam ni harganya RM3.00. Kalau tengok rupanya memang menakutkan. Macam rotan je kan. Lebih elok keringkan dulu supaya tidak gatal tangan ketika menyiangnya.


Cara nak siang, kulit yang coklat kat luar tu mesti dibuang semuanya. Macam mengaut lidi. Nak menyiang sulur keladi yang sikit ni je memakan masa 1 jam.


Kulit - kulit sulur keladi yang dah disiang.


Putih bersih sulur keladi ni. Peringatan ya, selepas disiang teruslah direbus untuk melembut dan mengurangkan rasa gatal ketika memasaknya nanti.


Sulur Keladi masak sambal bersantan dah siap. Yang ni versi terkering sedikit kuahnya. Kalau ada kuah sambalnya lagi sedap, basah - basah gitukan.



SULUR KELADI MASAK SAMBAL BERSANTAN

Bahan
1 biji bawang besar kisar halus
2 senduk cili kering yang telah dikisar
1/2 mangkuk santan pekat
1 keping asam keping yang kecil saja
segenggam ikan bilis - lebih lagi sedap
semangkuk sulur keladi yang telah direbus
minyak untuk memasak
garam & gula secukup rasa

Cara
1-Tumis bawang besar hingga garing.
2- Masukkan cili & goreng garing sehingga naik minyak.
3-Letakkan santan pekat dan ditambah sedikit air saja jika terlalu pekat.
4-Mendidih masukkan ikan bilis dana asam keping.
5-Lepas tu boleh masukkan sulur keladi yang telah direbus. Masukkan garam & gula secukupnya.
6-Boleh diangkat dan hidangkan dengan nasi panas - panas.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...