Sunday, July 1, 2012

Laman Impiana Jul/Ogos 2012 Edisi 39

Salam di bulan Julai'2012 pembuka bicara. Alamak lainnya bunyi. Pertama sekali nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada sidang redaksi majalah Laman Impiana yang sudi memilih photo ros saya untuk dimuatkan dalam keluaran Laman Impiana Jul/Ogos 2012 Edisi 39. Terima kasih juga diucapkan kepada Azrina Salahuddin kawan baru  saya di Facebook, seorang pencinta roses yang memberitahu photo saya appear dalam majalah Laman. Macam tak percaya saya ni. Sampailah saya menatap sendiri majalah Laman baru saya percaya. 


 




Photo-photo bunga boleh diuploadkan ke laman Facebook Laman Impiana. Dari situ pihak Laman akan memilih photo yang menarik untuk dimuatkan ke dalam majalah Laman Impiana. Semua photo yang tersiar akan ditapis pada Januari 2013 bagi melayakkan penghantar photo memenangi anugerah rakan Fb Laman melalui segmen Bunga-bunga kita dalam majlis penyampaian hadiah Anugerah Prestij Idea Dekorasi Impiana 2012/2013.


Teruja seketika. Berjaya juga akhirnya.



Nilah gambar original ros yang bernama Qaseh Abadi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...