Thursday, July 19, 2012

Samosa

Teringat zaman sekolah dulu, ada seorang pak cik yang menjual samosa atau boleh  dipanggil mini mertabak di pasar malam. Sedap. So try nak buat tapi rasanya tak samalah. Sekarang cuba cari kat pasar malam Tengkera kat Melaka tapi tak jumpa.

Kena deep friedlah baru crispy.

Intinya boleh dipelbagaikan ikut citarasa masing-masinglah. Yang ni perisa kari pedas sikit.


Yang ni specially for the kids yang tak pedas. Keledek + daging cincang saja. No vegie pun.


Makan panas-panas, sedap.

Samosa

Bahan
1 buku keledek
1 biji lobak
1/2 mangkuk kecil kacang peas hijau
sedikit daging cincang
sedikit udang kering
1 biji bawang besar didadu
3 ulas bawang putih 
1 biji bawang besar (sederhana saiz)
1/2 packet serbuk kari (saiz kecil) - kalau suka pedas boleh lebihkan
air + garam + gula secukupnya  
Kulit popiah yang dipotong memanjang

Cara
1-Tumis bawang besar merah dan bawang putih yang dikisar bersama dengan udang kering.
2-Masukkan serbuk kari. Goreng hingga garing. Letak daging cincang. Setelah daging masak, masukkan keledek yang telah didadu kecil.
3-Kacau rata dan masukkan air supaya keledek empuk.
4-Setelah keledek empuk / lembut masukkan lobak. Biarkan lobak masak seketika baru + kacang peas. Masukkan garam + gula secukupnya. Kacau rata. Sejukkan.
5-Kulit popiah dipotong memanjang dan letakkan inti ditengah dan lipat berbentuk segitiga.
Selepas itu boleh digoreng dan hidangkan panas-panas.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...