Tuesday, July 8, 2014

Kuih cara .....simple dan sedap....

Kuih Cara ni favourite my daughter....kalau saya ke pasar tani kuih ni lah yang saya mesti beli. RM1 dapat lah 3 set (maknanya 6 keping). Resepi ni macam biasa saya dapat dari Azie Kitchen. Thanks for sharing Kak Azie. Memang simple je cara nak buat  ni. Saya ni pun baru first time nak mencuba.


Pelik tak kuih cara saya ni.....memanglah pelik sebab biasanya warna kuih cara ialah warna hijau......ni sebab kehabisan pewarna hijau so no color lah plain je.


Acuan ni dah lama beli kat Rantau Panjang, Kelantan....jauhkan...baru ni berkesempatan guna. Panaskan acuan lepas tu sapu minyak dan boleh tuangkan adunan tepung .....lepas tu letak gula dalam acuan yang telah diisi dengan tepung tadi ( nombor 3)



 Boleh tahan lembut juga kuih cara saya ni....he...he...traditional kuih walau kita measure cam mana pun kadang kadang tak menjadi. Kadang kadang tercair terpekat...macam macamlah. Nasib yang ni jadi bagi saya.



 Biasaya satu set sepasang begini. Rasanya lemak lemak manis sebab banyak santan yang digunakan. Kalau beli kadang kadang tak rasa santan.


Seronok tengok hasil yang banyak begini.

KUIH CARA
Source : Azie Kitchen

Bahan
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan
2 biji telor
3 helai daun pandan
sedikit pewarna hijau
secubit garam

Bahan inti
Gula secukupnya

Cara
Daun pandan diblender dengan santan  dan tapis.
Tepung gandum + telor + garam + santan dimasukkan ke dalam blender dan kisar sehingga sebati.
Tapis untuk memastikan adunan tidak berketul.
Panaskan acuan dan sapu minyak supaya kuih mudah ditanggalkan.
Bila adunan siap boleh  masukkan ke dalam acuan tadi.
Isikan gula ditengaha tendah. Tutup acuan dengan tudung periuk dan tunggu seehingga masak.
Gunakan api yang kecil supaya kuih tidak hangit di bahagian bawah.
Bila sudah masak angkat dan boleh dihidangkan sepasang.



















1 comment:

  1. My favaret juga.....tambah terlior di waktu waktu begini....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...