Monday, July 14, 2014

Rendang hati yang simple je....

One of my favourite....rendang hati. Mula suka makan apabila mak mertua membuat rendang daging bercampur dengan hati. Memang sangat sedap.....end up saya duk mencari hati tu je. Biasa saya shopping barang basah kat pasar tani..... Hati lembu ni fresh lagi sebab lembu baru disembelih. Kalau tengok hati mentah ni cam tak lalu nak makan tapi bila dah masak hmmm....sedap.


Buat rendang yang simple je....guna cili padi. Sedap dimakan dengan pulut kuning atau nasi panas panas.
Boleh klik SINI untuk lihat cara membuat pulut kuning.



Nampak serai dan legkuas yang telah diblend tu...

Semangkuk ni ratah memang sedap.


RENDANG HATI simple
Source : Sweetiesasi

Bahan
1 mangkuk hati - dibersihkan dan dipotong dadu
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 batang serai
1 biji bawang besar
5 biji bawang putih
segenggam cili padi
semangkuk santan
sedikit air
1 keping asam keping
1 sudu besar kerisik
Gula dan garam secukupnya
Hirisan daun limau purut dan daun kunyit

Cara
Halia + lengkuas + serai + bawang besar + bawang putih + cilipadi , kesemuanya diblend halus.
Masukkan ke dalam kuali. Didihkan dan masukkan hati. Kaup balik dan boleh masukkan air. Masak sehingga hati sedikit empuk. Bila agak kering boleh masukkan santan dan asam keping. Masak sehingga hati betul betul lembut. Boleh letakkan garam, gula dan kerisik. Masak sehingga santan kering sedikit. Last sekali boleh letakkan hirisan daun limau purut dan kunyit.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...