Kebiasaannya saya buat brownies blueberries cream cheese.....dan ni memang banyak permintaan. Ramai yang suka. Kali ni tukar sikit, kita gantikan blueberries dengan nutella. Hmm....nutella sedap tapi mahal sikit sebotol.....
Nutella yang warna coklat kat atas tu....
Makan ni ngap ngap.....tau tau dah habis.....tak perasan pun. Bakar brownies ni tak boleh terlalu lama nanti ia menjadi kering dan berderai.
Bertingkat - tingkat lah pulak...
Now become one of my favourite.....Dari mula saya tetap menggunakan resepi dari Cik Mat Gebu.......serasi betul dengan resepinya......Thanks Cik Mat for sharing.
BROWNIES CREAM CHEESE WITH NUTELLA
Olahan : Sweetiesaqi
Source : CMG dapurtanpasempadan - untuk resepi brownies blueberries cream cheese
Bahan
250g mentega
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu cair - saya guna susu segar
1 1/2 cawan gula halus
3 biji telor gred B
1 1/2 cawan tepung gandum
1 camca teh baking powder
1 camca teh bikarbonat soda
1 camca teh esen vanilla
1 botol kecil Nutella....nak lebih pun boleh
1 botol kecil Nutella....nak lebih pun boleh
Bahan Cheese
250g cream cheese
1 cawan gula halus
1 biji telor Gred B
Cara
- Sapukan tin berukuran 10 x 10 x 2 inci dengan mentega, alas dengan kertas minyak dan biarkan kertas tersebut lebih sedikit dari tin. Sapukan mentega ke atas kertas terebut juga. Panaskan oven.
-Cairkan butter dengan keadah double boiler sehingga cair. Masukkan serbuk koko dan kacau hingga rata. Kacau gula halus + telor dengan whisk hingga sebati. Masukkan ke dalam bancuhan koko dan butter tadi , gaul rata. Letakkan susu cair, kacau rata lagi. Tambahkan tepung sedikit demi sedikit sambil diadun sekata. Tuang esen vanilla gaul rata. Tuangkan adunan dalam loyang dan bakar selama 20 minit.
-Putar cream cheese dan gula sehingga sebati dan masukkan telor dan putar sehingga berkrim.
-Setelah 20 minit keluarkan brownies tadi dan tuangkan cream cheese di atasnya. Ratakan dan boleh letakkan nutella ke atas cream cheese tadi. Corakkan.
-Selepas tu bakar semula selama 20 minit atau sehingga masak.
-Selepas disejukkan barulah boleh dipotong jika tidak akan melekat di pisau.
salam kenal dr SRC..
ReplyDeletesaya datang sini dan follow. sudi singgah dan follow blog saya ya di http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com.tq..apapun, brownies cream chez tu nampak sedap..saya memang suka makan brownies.
salam, tq for following. should try buat brownies nutella ni memang sedap...
ReplyDelete