Monday, January 30, 2017

Japanese Restoran Yoshinoya at AEO Jusco, Tebrau, Johor....

Jalan jalan di AEON Jusco , Tebrau ternampak banyak restoran Jepun. Kebetulan AEON ni barru renovate. So ada special wing yang dipanggil Japan Street....Kat situ memang banyak restoran Jepun dan DAISO pun ada di situ.  Sebenarnya memang dah lama tak window shopping kat sini. Kebetulan ada promoter budak perempuan Melayu bertudung yang mempromotekan restoran ni.....katanya restoran ni HALAL dan in process of getting the HALAL cert. Dia sendiri yang pergi melihat proses pembelian bahan mentah untuk restoran ini.So dengan yakinnya we all pun cuba makan kat sini.



Makanan Jepun bukan lah my favourite food....boleh lah nak makan....sebabnya tak pedaskan....Nasib minum green tea panas ..ok sikit lah...Restoran ni namanya Restoran Yoshinoya...



Ni sedap tapi oily sikit sebab bergorengkan. Ada telor rebus separuh masak kat atas tu.



My udon mee soup with lots of beef.....sedap lah juga....tapi lagi best kalau ada cilipadi potong tapi saying tak de.....so tips kalau nak ke restoran jepun sila bawa cili padi potong ya bagi yang gemar pedas.



Bowl kecil but just nice...price pun ok ...



Wasabi tu ...hadoi ai....pedas dia lain macam .....tak makan pun tak pe....

Wednesday, January 25, 2017

Brownies blueberries cream cheese for Sereen...

First cake sold for 2017....This Brownies blueberries cream cheese ordered by Sereen my officemate....Tq for ordering dear.


Its 10 " x 10 " in size.

The combination of pahit manis and masam is all there...I love this brownies too. 


Loving the taste...so sedap..

Sereen repeat order few times already for this brownies.

Brownies half way bake coz we bake the base for 25 minutes than take it out to put the cream cheese and blueberries ...bake it again for another 15 minutes.

The Shore Oceanarium , Melaka ....

The day before we all berkelah di Pantai Tanjong Bidara...the next day we all ke The Shore Oceanarium ( 25/12/16 ). Fees masuk ke sini ialah RM35.00 untuk dewasa , kanak kanak dan warga tua RM25.00.


Oceanarium ni tak besar sangat ......ok ok je.....tapi banyak juga ikan yang ada.


Ni box fish...


Ni macam tilapia je...tak sure nama dia..


Dalam akuarium ni memang banyak ikan arowana...cantik betul ..


Coral pun ada...


Tarikan utama ....Mr Santa Claus bagi makan ikan dalam akuarium.


Penyu pun ada.....kita boleh bagi makan kat penyu ni.


Kulit siput yang bermacam jenis pun ada.


Banyak  juga dapat free gift kat sini. Photo family yang dijual disini murah, per piece is RM25.00 but must buy 2 and they will give us the barcode so that we can print the photo at home. Photo tu pun boleh dibuat fridge magnet and it cost RM25.00 per piece buy 2 is RM35.00. Kalau kat tempat lai harga photo ni boleh cekik darah....some ada yang sampar RM75.00 per piece.


Bila keluar dari oceanarium terus masuk ke kedai souvenior/cenderahati.


Lambat juga Oceanarium ni buka...around 10.30 ++ jugalah...


Semapat window shopping....kain batik tulis tangan ni cantik but so expensive.....RM300.00 per piece....tawar pun can get RM280.00. So see no touchlah...



Tuesday, January 24, 2017

Berkelah di Pantai Tanjong Bidara , Melaka

Cuti krismas tahun lepas 24/12/16, berkesempatan berkelah di Pantai Tanjong Bidara, Melaka. Pada mulanya nak ke Pengkalan Balak tapi terpaksa dibatalkan sebab semua resort penuh.

Pagi tu hujan turun.....sedih juga lah hati budak budak ni sebab cam tak boleh nak mandi laut. Kami pergi juga , sampai disitu hujian turun lebat so duduklah dalam kereta semuanya tunggu hujan teduh. Dalam setengah jam, hujan pun mula reda. So everybody berebut keluar kereta dah tak sabar nak mandi laut...Dulu masa saya kecil mak memang suka bawak gi picnic maklumlah zaman dulu kala mana ada entertainment lain kan...Dah tua ni memang saya tak menggemari aktiviti berenang cuma suka melihat keindahan laut sahaja. Panta Tanjong Bidara ni not bad juga...airnya bersih...puas juga lah budak budak ni mandi laut..


Di kejauhan itu my mom menanti anak cucu yang sibuk bermain dan mandi manda. Nasib ada wakaf kecil tu.


Lauk lebihan kenduri malam sebelumnya dipanaskan dan dibawa sebagai bekalan. Pagi tu tinggal masak nasi goreng je.


Kaki sape lah tu ya....kaki mak budak pun ada...ha...ha...ha..


Balik dari pantai kami singgah di Lereh makan tengahari.....mee kari yang pahit ni...oh tidak....nasib tak menyebelahi kami...mee kari ni tak sedap sebab pahit...hadoi...potong steam nak makan.



Rojak ni ok lah.


Meat ball dan kentang goreng for the kids.


Lunch ari tu....





Suka sangat tengok rumah ni....old Chinese house ...may be the colour and the curtain makes it look beautifull at my eye...rumah ni bersebelahan je dengan tempat makan lunch we all tu...



Monday, January 23, 2017

Nasi lemak Wak Kentut for dinner......

On the way balik dari Melaka , we all singgah untuk sembahyang maghrib di Kulai. Selesai Jemaah, perut pun dah berkeronchong mintak diisi. Teringat kan nasi lemak Wak Kentut yang famous di Kulai ni. So dengan segera set waze cari tempatnya....tempat ni sederet dengan Public Bank Kulai.


Masa kami sampai orang memang ramai tengah beratur. Kat sini hanya menjual nasi lemak berlaukkan ayam goring sahaja. Simple satu lauk je tak perlu pening pening macam macam lauk...


Ayam digoreng panas panas...pilih dulu berapa ketul nak.


Yang best pasal nasi lemak ni ialah sambalnya. Sambal ni memang pekat and berasa....sedaplah...


Si tukang goring ayam...


Pilih je bahagian mana nak..


As usual my plate...sambal banyak baru sedap.....wajib makan disini untuk menikmati kesedapan....kalau bungkus macam ada sesuatu yang kurang.....Boleh klik SINI untuk lihat entri sebelum ni. Masa tu saya tapau je.


Nasi Lemak Wak Kentut
Alamat:
130, Jalan Susur Kulai 2, Taman Kulai Besar, 81000 Kulai,
Berdekatan dengan Public Bank Kulai.
Waktu operasi dari pukul 5 petang - 1 pagi.

Sunday, January 22, 2017

Brownies kedut katanya....

Teringin nak makan brownies kedut ni bila tengok positng adik Danish Harraz kat IG. Senang je nak buat dan bahan pun tak banyak. So dengan kadar segera saya membuatnya. Kiranya brownies ni my first cake for 2017.


I really love the taste memang sedap. Makan satu tak boleh nak berhenti.




Brownies before its bake....cantik je warna dia kan. Adik Danish menggunakan baking tray empat segi size 8" x 8" but I dont have that size. I use 10 " x 10 ". So ketinggian brownies ni agak nipis sedikit.


Walau tak secantik kedut orang lain...it is ok with me.....more important the taste memang sedap....I put almond cincang sikit......the almond mesti panaskan dalam oven terlebih dulu untuk dapatkan kerangupannya.


Definitely will bake this brownies again.....one tray I can eat alone...wah sungguh bahaya ni....Thanks to adik Danish Harraz for sharing the recipe.


FUDGY CHEWY WRINKlY BWOWNIES
Source : Danish Harraz can follow him at IG @Danish.harraz


Bahan
2/3  ( 85g) cawan tepung gandum
142g pure butter pada suhu bilik
200g dark chocolate , cairkan
1 cawan gula pasir - boleh kurangkan sedikit
2 sudu the esen vanilla
1 sudu besar koko powder
2 biji telor gred A
2 sudu besar air suam dicampur dengan 1 sudu teh instant coffee powder - larutkan
boleh tambah kekacang atau coklat jika suka


Cara
Panaskan oven 160 darjah celcius.
Alas baking tray size 8 x 8" dengan baking paper dan sapu dengan butter, ketepikan.
Dalam mangkuk, whisk gula dan butter sehingga fluffy.
Masukkan telor, kacau rata dan masukkan vanilla dan bancuhan coffee tadi..
Kacau sehingga sebati.
Masukkan chocolate yang telah dicarikan tadi, kacau hingga betul betul rata.
Masukkan bahan kering tadi dan kaup balik rata tapi jangan sampai overmix.
Tuangkan adunan dalam baking tray dan bakar selama 35 minit atau sehingga ia masak.
Pastikan jangan terlebih bakar sebab ia akan jadi kering.
Sejukkan dan alihkan ke redai , biarkan sehingga betul betul sejuk.



Thursday, January 19, 2017

Dinner di Bankgok Village Di Bandar Penawar

On 14/1/17 , we all ke Desaru and stay 2 malam di Lotus Desaru Resort. For dinner we all keluar cari makan di area Bandar Penawar. Dah banyak kedai makan kat area situ. Semuanya kerana projek besar Petronas di situ....so memang ramai orang jadinya.

Akhirnya dapat juga makan somtam yang sedap ni. Saya ratah je. Somtam ni ada betik muda dan lobak. Krup krap krup krap bila makan.....hai sedapnya....Dulu restoran ni ada di Taman Bukit Dahlia Pasir Gudang tapi dah tutup dan berpindah ke Bandar Penawar rupanya.


Sambal udang ni pedas ....nasib sedap.....I am expecting sambal merah tapi sambal cilipadi yang sampai...nasib pedas...ok lah..



Sotong goring tepung memang wajib ada sebab favourite anak anak..


Sup daging ni macam sup bakso pulak...yang kelakar tu ada sawi dan kobis......anyway sup dia sedap gak lah....a mild soup.


Ni je for dinner....makanlah berempat...cukuplah.......kenyang sudah...Boleh klik SINI untuk lihat kedai di Taman Bukit Dahlia  sebelum ia ditutup.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...