Teringin nak makan belangkas ni dah lama. Dah 20 tahun tak makan benda ni. Dulu-dulu mak saya suka masak asam pedas. Memang the best. Rasanya kenyal kenyal. So pada 22/3/12 hajat terlaksana jugalah. Masakan belangkas ni boleh didapati di kedai Belamgkas Mahkota di Kota Tinggi, Johor. Kedai ni famous kerana menghidangkan sambal belangakas dan asam pedas. Kalau datang dari arah Johor, masuk ke simpang sebelah kiri Kota Tinggi, selepas jambatan di traffic light ambil kanan. Terus saja, kedai ni terletak sebelah kiri sebelum pam minyak ESSO dan sebelum Kip Mart(sebelah kanan)
Gambar diambil dari blog : blog ini tidak bernama - My Passion-Cik Nanie
Nilah rupa asalnya belangkas sebelum dimasak. Belangkas ni sebenarnya mempunyai racun yang amt merbahaya, sebelum dimasak racun ni mestilah di keluarkan dulu. Kalau dilihat pada rupanya memang menakutkan tapi telornya sangat sedap. Kedai Belangkas Mahkota ni mempunyai tempat untuk menternak belangkas sebab tu bekalannya sentiasa ada sahaja.
Masakan asam pedas ikan mayong bercampur lada hitam.
Simply delicious tak terkata. Nampak macam bentuk biji lada cili kering tapi sebenarnya bukan. Tulah telor belangkas.
Sungguh menyelerakan. Makan asam pedas + asam pedas + sambal belacan + sayur + air = RM26.00 sahaja. Berpelu-peluh makan sebab panas + pedas.
Pandangan hadapan kedai. Lauk-lauk lain pun ada tapi tapi tak banyak, specialty di sini ialah belangkas + asam pedas. Tips kalau nak pergi kedai ni mesti sampai awal dalam 11.30 tengahari, kalau lambat alamak tak merasalah. Datang dahlah jauh kempuanan tak dapat makan.
Isi belangkas ni x bleh mkn ka?slalu dgq org ckp telur dia ja..emm..
ReplyDeleteBelangkas tak da isi, isinya ialah telor dia....je
Delete