Sunday, March 18, 2012

Fresh Blueberries Cheese Cake

Blueberries beli dah lama, tapi tak buat apa-apa. Sebelum blueberries ni berair, baiklah buat sesuatu. Dapatlah resepi si Rachel Allen ni. Senang nak buat, apa lagi start baking.

Blueberries timbul-timbul.

Rasanya memang sedap. Boleh makan dengan banyaknya. Pure cream cheese dengan telor. Tu yang jadi warna kuning.


Fresh blueberries + biskut.
Cari biskut digestive out of stock so cuba je lah pakai biskut Duchess dari Hwa Thai. 1 packet RM1.90. Blueberries ni al-maklumlah memang mahal, satu packet kecil RM10.90.


Bake menggunakan teknik water bath. Takut cheese cake ni hangus or crack di bahagian atas. Tapi tengok kat TV ramai popular chef  seperti Barefoot Contessa tak pakai teknik ni, main bake dalam oven direct je. Teknik water bath ni , loyang cheesecake ( mestilah dibalut dengan aluminium foil dulu ) di letakkan di dalam loyang yang berisi air panas. Air panas ukurannya setengah dari loyang cheesecake.

Geram tengok blueberries ni.

Yummy.....yummy....!!!!!! Simply delicious...



Fresh Blueberries Cheese Cake
Source : Rachel Allen

175g (6oz) digestive biscuits - i guna biskut duchess dalam 1 1/2 packet
75g (3oz) butter, melted
175g (6oz) blueberries, plus extra for decorating
450g (16oz) cream cheese - i guna 540g tatura
150g (5oz) caster sugar
1 tsp vanilla extract
4 eggs, lightly beaten
1 sudu besar lemon - i tambah

Loyang : 24cm (91/2in) diameter spring-form/loose-bottomed tin

Cara
1-Loyang disapukan dengan butter. Ambil biskut dan masukkan ke dalam blender kering, kisar hingga halus. Boleh juga masukkan biskut dalam plastik bag dan di hancur-hancurkan dengan menggunakan objek yang keras.
2-Campurkan biskut dengan butter yang telah dicairkan. Masukkan ke dalam loyang dan di ratakan dengan mampat. Letak beberapa biji blueberries di dalamnya dan masukkan loyang ke dalam peti ais.
3-Pukul cream cheese, gula, vanilla dan telor dalam mangkuk sehingga kembang sedikit. Masukkan ke dalam loyang berisi biskut tadi dan taburkan dengan fresh blueberries. Bakar selama 40 minit menggunakan teknik water bath pada suhu 140darjah. Mengikut oven masing-masing.
4-Bila telah masak , jangan keluarkan serta merta, biarkan dalam oven sambil membuka sedikit pintu oven. Selepas 15 minit bolehlah dikeluarkan. Dengan menggunaka pisau atau scrapper longgarkan sekeliling kek. Setelah itu bolehlah disimpan dalam peti ais selama 2 jam. Kalau rasa tak tahan nak makan bolehlah makan terus tapi lagi sedap makan bila cheesecake ni dalam keadaan sejuk.




2 comments:

  1. assalam...nak tanya,kat pasir gudang ni mana leh cari loose/bottomed tin ni ye...? dah byk kedai saya cari tp xde yg jual...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry, baru terbaca. Loose/bottomed tin ni boleh beli kat UO kompleks pasir gudang, ada a few size kat situ.(Di bahagian pisau dan periuk.)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...