Bilalah Siti Nurhaliza akan perform untuk lunch atau dinner function kat JB ni? Rasanya tak pernah lagi. So bila mendapat tahu Siti Nurhaliza akan perform untuk minggu sekretari di Persada Johor pada 10/4/12, saya tak lepaskan peluang. Walaupun harga tiketnya....mak ai...mahal sungguh so mampu beli yang termurah jelah. Dapatlah meja di barisan 3 terakhir. Jauh juga dari pentas utama. Apa nak buat dapat dengar live dan dapat lihat dari dekat walaupaun singkat masanya pun jadilah.
Ruang legar sebelum bermulanya event. Sampai awal sangat sebab tu tak ramai yang hadir lagi. Dapatlah segelas air asam boi, manis yang teramat + maruku + kacang.
Kak Fadilah(sebelah kiri) dan kakaknya antara yang terawal sampai. Kak Fadilah ni memang peminat setia Siti. Dari KL sanggup turun ke JB to see the show.
Kak Fadilah , kakaknya, me and Fatem, secretary from Zarah Food.
Dah hampir pukul 11.00 tengahari, barulah nampak ramai yang datang. Melihatkan orang ramai yang berlegar di sini , ingatkan tak ramailah rupanya ramai yang dah masuk dalam dewan. Ada yang datang dari Kulim, Kedah, dari KPJ Seremban 1 van......oh sanggupnya mereka datang dari jauh. Rupannya Siti perform untuk Secretary Week hanyalah di Persada Johor sahaja dan tidak dibuat di KL seperti kebiasaannya. Dalam hati tertanya kenapalah ramai yang pakai black + red ni. Rupanya tema hari tu red + black. Oh! Oh ! No............
Pintu masuk ke dewan.
Masuk je terus nampak ni, very the red.
Suka sangat tengok table setting ni, blue turqoise....cantik. Tetamu yang hadir lebih kurang 1,400 orang. Full house gitu. Banyak big companies yang belanja their staff.
Di sekeliling dewan, dinding semua digantung kain black + red.
Beg goodies yang diberi. Takda apa sangat. Ingatkan adalah sebatang lipstick simplysity, hem ...takdalah.
Menu hidangan tengahari. Semasa menikmati juadah disajikan dengan nyanyian dari Nadia dan bapanya yang bermain piano, adik Irfan dan fesyen show.
Seafood combination with cocktail sauce.
Clear Chicken broth with smoked chicken dumpling.
Pan seared chicken breast & salmon fillet on bed of tagliatelle oglio oglio serve with yellow marsala sauce. Nampak cantik.
Dalam ayam tu ada sayur bayam rasanya, tapi tawarlah.
Opera cream cheese cake with strawberry sauce. Oh nilah opera cake ada kelapa menyebabkan sedikit muak.
Ha....ha...ha....lari dari tema. Sebenar-benarnya memang tak tahu menahu pasal tema dress code red + black ni. Masa telefon Persada pun dia orang tak bagi tau. Buat muka tebal jelah , dahlah warna kuning terang benderang......hai malunya....Buat muka seposen je. Tak dapat bergambar dengan Siti dengan posternya pun jadilah. OK to be contiune in part 2 ya.........
No comments:
Post a Comment