Tuesday, February 4, 2014

Kuih Bombai atau Kuih Bakar......lama tak buat...

Sememangnya kuih bombai ni lama betul saya tak buat. 2011 saya letakkan entri untuk kuih ni........in the mid tu adalah buat tapi tak masukkan. Yang ni request dari hubby suruh saya buat.....tak ramai yang boleh buat dengan baik kuih ni. Tesktur yang saya kehendaki iaitu kuih ni mesti bersarang di dalamnya.....selalunya kita lihat kuih ni padat je kan.


Actually ni pun tak berapa menjadi sangat.....kepekatan dan kecairan adunan tepung sangat memainkan peranan bagi kuih ni. Hmm.....tulah saya selalu fail bab ni......lebih senang buat kek. Walau kita ikut resepinya sebiji sebiji tapi tetap tak menjadi....tak taulah kenapa......



Saya suka meletakkan banyak bijan dan serbuk kulit kayu manis bagi menaikkan aromanya.


Satu adunan saya boleh dapat 5 biji , cukup untuk saya sekeluarga.


Anak anak pun suka......siap bakar je hilang....siap je hilang.....makan panas panas memang sedap.


 
Still love to eat this.....heaven.....and still trying to get the right tekstur.


 
KUIH BAKAR ATAU BOMBAI

Bahan
3 biji telor
2  cawan gula
250g tepung gandum
2 1/2 cawan santan
sedikit pewarna hijau
1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
1 sudu kecil garam
1 sudu pati pandan
1 packet bijan

Cara:
1- Pukul telor dan gula hingga sedikit kembang.
2-Masukkan tepung. Kacau rata.
3-Masukkan santan sedikit demi sedikit dan kacau rata. Adunan jangan terlalu cair. Letakkan garam, serbuk kulit kayu manis, pati pandan dan sedikit pewarna hijau.
4-Panaskan oven selama 10 minit.
5-Panaskan acuan kuih di atas dapur dan letakkan sedikit minyak. Apabila panas curahkan adunan ke dalam acuan. Kecilkan api dan tutup bahagian atas dengan tudung periuk. Selepas 3 minit taburkan bijan di atasnya. Masak selama 3 minit lagi. Selepas itu masukkan ke dalam oven supaya bahagian atas kuih itu masak.
5-Setelah masak boleh keluar dan hidangkan.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...