Tuesday, November 24, 2015

Kacang Buncis goreng bersama telor

Teriba teringin mak makan sayur kacang buncis ni. Saya lebih sukakan kacang buncis dari kacang panjang kerana rasanya yang sedikit manis.

 
Pecahkan telor.....nyum...nyum..


Saya suka sayur yang dimasak tak terlalu lodoh. Warnanya masih cantik kehijauan dan bila makan ada bunyi krak kruk sedikit. Ditambah sedikit fish cake sebagai bahan sampinga tak lah boring makan sayur je kan......sebagai penyeri pun ya jugak fish cake ni.
 
 
KACANG BUNCIS GORENG BERSAMA TELOR
Source : Sweetiesaqi_kitchen
 
Bahan
10 batang kacang buncis
1 sudu kecil bawang yang telah dikisar/blend halus
sedikit udnag kering yang ditumbuk
1 sudu kecil sos tiram
garam secukup rasa
1 biji telor
fish cake
 
Cara
1.Panaskan minyak, tumis bawang dan udang kering.
2.Letak sos tiram, garam dan masukkan sedikit air.
3.Bila mendidih masukkan fish cake dan kemudian kacang buncis , kaup balik dan pecahkan telor di atas kacang buncis.
4.Bila agak dah keras sikit telor tu , gaul rata sebentar.
5. Sedia untuk dihidangkan.
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...