Anak saya yang sorang ni memang peminat onde onde. Hari tu dia cuba buat sendiri tapi tersalah guna tepung ada ke guna tepung beras...mana nak menjadi....Kebetulan ada labu dalam fridge so saya pun buatkanlah onde onde ni untuk dia......
Labu rebus yang dilenyek ni memang membuatkan onde onde tu menjadi super soft.
Adunan mesti jangan terlalu lembik nanti tak boleh bentuk dan adunan juga tidak boleh keras sebab onde onde ni akan jadi liat dan tidak sedap.
Memang sedap labu onde onde kalau nak dibandingkan dengan yang tidak dicampur dengan labu....boleh juga menggunakan keledek yang dah direbus dan dilenyek. Onde onde ni sedap dimakan waktu panas. Kalau dah sejuk kurang sedap.
Jangan lupa letak sedikit garam pada kelapa tu ya. Ini menambahkan rasa lemak pada kelapa tu.
Saya masih menggunakan resepi dari blog Kak Azie Kitchen. Thank you for sharing. Boleh klik SINI for onde onde yang saya buat sebelum ni with step by step.
ONDEH ONDEH LABU
Source : Azie Kitchen
Bahan
2 cawan labu - dikukus/ rebus dan dilenyek
2 cawan tepung pulut
1 ketul gula Melaka - didadu
1/2 biji kelapa parut - putih sahaja dan digaul dengan secubit garam
pewarna kuning - saya tak letak
1/2 cawan ari atau secukupnya - untuk diuli dengan tepung
2 helai daun pandan - simpul - saya tak letak
Cara
Lenyek labu yang dikukus sehingga lumat dan digaul sebati dengan tepung pulut. Masukkan air sedikit demi sedikit. Seterusnya masukkan sedikit pewarna dan gaul rata menjadi doh. Jangan terlalu lembik nanti susah nak dibentuk.
Jerang air dalam periuk bersama daun pandan sehingga betul betul mendidih.
Kemudian buat bebola kecil, masukkan potongan gula melaka di tengah tengahnya dan tutup dengan kemas dan golekkan supaya menjadi sebiji bola. Lakukan sehingga adunan habis. Masukkan bebola tadi terus ke dalam air mendidih. Angkat apabila bebola itu timbul di permukaan.
Akhir golekkan bebola atas parutan kelapa tadi dan bolehlah dihidangkan panas panas
No comments:
Post a Comment