Tuesday, May 10, 2016

Butter Kek yang sangat simple dan sedap...

Sebelum ni saya bukanlah penggemar butter kek. Selepas menggunakan pure butter untuk membuat kek barulah saya menjadi addicted to butter cake.


Saya suka buat butter kek menggunakan Loyang segiempat tepat seperti di atas. Sangat senang dan mudah.


Saja buat 2 warna untuk jadi kan corak marble.
 
Kek ni memang sedap bila dimakan smbil minum air kopi atau teh di petang hari.
 
 



Kali ni saya makan sambil minum soda herbs yang ada buag laici dan daun pudina. Boleh klik SINI untuk resepi soda herbs.


Untuk mendapatkan kek butter yang sedap mesti menggunaka pure butter seperti  Anchor, SCS dan seangkatan denganya. Bila proses pembakaran aromanya sangat Wangi.


Half kek untuk my brother bawak balik.





BUTTER CAKE

Source : Azie Kitchen


Bahan
250 g pure butter
250 g tepung naik sendiri
180 g gula kaster
4 biji telor
1/2 cawan susu segar


Cara
-Panaskan oven selama 20 ke 30 minit . Ikut oven masing masing ya.
-Pukul butter dan gula hingga kembang, gebu dan bertukar warna menjadi putih. (low speed kemudian sederhana kemudian high speed semula )
-Masukkan telor sebiji demi sebiji diselang seli dengan tepung. 
-Masukkan susu segar dan pukul lagi sehingga sebati.
-Masukkan adunan ke dalam Loyang saiz 8 atau 9" yang telah dipalik dengan baking paper. Sapu butter ke atas kertas baking paper.
-Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 40 minit atau sehingga masak. Ikut kepanasan oven masing masing ya.
-Angkat dan sejukkan atas redai.

Nota : Jika menggunakan tepung gandum , boleh masukkan 1 sudu kecil baking powder.

















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...