Kalau masak lauk kari atau masak lemak mesti nak ada sambal belacan....kalau tak de memang rasa kekurangn bila makan tu...
Kebetulan terjumpa buah binjai yang dibuat pekasam di pasar tani stadium Paroi, Seremban saya pun membeli 2 keping. Sekeping harganya RM2.00. Agak masam sedikit binjai peksam ni tapi bila dah campur dengan sambal belacan tu sedap je dimakan. Kalau nak tengok rupa buah binjai boleh klik SINI .
SAMBAL BELACAN BINJAI
Source : Sweetiesaqi_kitchen
Bahan
5 biji cili hidup merah
5 biji cili padi merah - nak pedas lebihkan lagi
2 sudu besar belacan yang telah digoreng tanpa minyak
sekeping binjai pekasam
sedikit gula
Cara
Semua bahan digoreng dengan minyak kecuali binjai dan gula
Tumbuk semua bahan. Jangan hancur sangat.
Masukkan gula sedikit saja.
Last sekali baru letak sedikit binjai ikut suka banyak mana nak letak. Kacau dengan sudu kaup balik.
Sedia untuk dihidangkan
No comments:
Post a Comment