Ada restoran baru bukak di Bukit Dahlia, Pasir Gudang , Johor. Namanya Restoran Nasi Mok Wea yang menjual nasi kerabu , nasi berlauk gulai dan akok. Restoran ni beraircond. Style di restoran ni ialah self service. Order di kaunter dan ambil kemudian. First time trying.
Nasi kerabu berlauk daging kerutuk. Memang banyak nasi ni dengan harga RM8.90 kalau tak silap saya. Masa ni saya makan sarapan pagi selepas jogging. Kiranya first customer lah. Nasi kerabu panas sebab pagi lagi kan. Cuma tak lengkap sebab tak de solok lada tu.
Nasi kerabu berlauk ayam percik. Keropok pun banyak.
Nasi berlauk gulai untuk budak budak berharga RM5.90. Ada ayam goreng dan kuah gulai je. Ayam goreng tu memang banyak. Kalau set dewasa ada macam macam, seingat saya ada ayam goreng + telor goreng + timun + kuah gulai + sambal belacan.
Kuih akok kat sini memang sedap. Lembut je. Sekeping RM1.00.
Alamat restoran ni :
No 38, Jalan Serangkai 18,
Taman Bukit Dahlia,
81700 Bukit Dahlia,
Pasir Gudang
010-3526767
Dibuka dari : 9 pagi - 10 malam
No comments:
Post a Comment