Bila ada pisang lebih di dapur daripada terbiar rosak kehitaman saya akan buat kek pisang.
Kiranya kek pisan ni is my favourite lah.
Lagipun senang nak buat. Kebetulan ada lagi Hershey's cinnamon chips ni ...so kita pun tabor kat atas kek tu.
Kek pisan ni mist sebab tu saya suka sangat.
Cam ni Nampak cam kek kukus pulak. Mungkin sebab the colour kot.
Everyday saya akan makan one piece especially after lunch.
Tak pernah jemu nak buat kek pisang ni. TQ to Kak Azie Kitchen yang share the resepi. Boleh klik SINI untuk lihat entri kek pisang sebelum ini.
KEK PISANG
Source : Azie Kitchen
Bahan
4 biji pisang emas yang dilecek
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
4 biji telor gred A
1 1/2 cawan tepung gandum diayak bersama 1 sudu teh baking powder dan 1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu besar airl limau nipis
1 sudu teh esen pisang - tak letak. saya ganti dengan esen vanilla
sedikit chocolate chips
Cara
-Panaskan oven pada suhu 185 darjah. Ikut oven masing masing...saya punya 150 darjah saja.
-Sediakan loyang yang sesuai dan sapu dengan minyak atau butter dan alas kertas minyak/baking paper.
-Masukkan gula, telor, minyak ke dalam mixer dan putar sehingga putih selama 3 - 5 minit.
-Masukkan campuran tepung dan kacau rata.
-Masukkan pisang , esen pisamg dan air limau. Saya letak esen vanilla. Gaul sebati.
-Tuang adunan dalam loyang dan taburkan chocolate chips di atasnya.
-Masak dalam oven selama 45 minit atau sehingga kek masak.
-Cucuk bahagian tengah kek dengan lidi sate untuk mengetahui kek sudah masak atau belum. Jika melekat maka belum masak tambahkan sedikit masa lagi supaya kek masak.-Setelah masak, biarkan sejuk dalam loyang dan kemudian keluarkan dan letak atas redai.
No comments:
Post a Comment