Tuesday, July 12, 2011

Steam Butter Cream Cake With Roses

Sudah berulang kali ku cuba membuat roses from cream tapi tak jadi jadi. Geram punya pasal , nekad attend baking class for steam butter cream cake. In the class dapat belajar buat sponge cake, teknik membuat roses & macam mana nak steam butter cream on the cake so that it looks like a fondant cake very smooth & silky. Steam butter cream goes very well with sponge cake but not butter cake.

 Egg + gula + air beat until so fluffy, gebu. See the teknik memegang hand mixer. So that adunan cepat kembang. If menegak hand mixer tu berjam jam lah tak kembang kembang.

Tepung + baking powder + koko  = ayak .  Letak minyak jagung. Kaup balik & put inside loyang 8 ".

Chocolate sponge cake yang dah siap dibake. Tips for sponge cake, selepas cake masak terus dikeluarkan  waktu masih panas dan ditrbalikkan di atas rak. 

Bila cake dah sejuk sikit potong kepada 2 / 3 bahagian dengan meggunakan cutter , tak disarankan mengguna pisau coz banyak serdak yang akan bersepah sepah membuatkan permukaanya tak smooth, ikut suka berapa layer nak buat.

Layer dengan cream & blueberries filling. Lagi banyak lagi sedap coz the cake is really kering but becarefull layering terlalu banyak blueberries akan membuat cake bergoyang & slippery.

Cake after dilayerkan. 

 1st coating with the cream.

Teknik ni yang paling susah. Nilah dipanggil teknik steam the butter cream. Tips mesti menggunakan mangkuk plastik. Kacau cream dan keluarkan dari double boiler. Kacau lagi di luar double boiler. Masukkan semula atas double boiler, kacau lagi. Kacau hingga pekat sedikit. If adunan terlalu cair ia tidak akan melekat pada atas sponge cake.

Selepas cream pekat sedikit, curahkan ke atas sponge cake dan hentakkan rak yang bejalur supaya semua cream turun rata ke sekeliling cake. Teknik ni paling susah. Perlu tahap kesabaran yang sangat tinggi di peringakat ini. Kalau tak rata kaup balik semua cream dan ulang process mendouble boilnya.
Tak mahir buat roses so kena guna the small cone to support it. Mula mula memang tak jadi. Practise makes it perfect. At last jadilah juga.


Susunkanlah roses yang dah dibuat di atas cake.

 

Daunnya pula.

 
Penuh roses kembang setaman.

Cake yang dah siap dihias. Cake ni sesuai for wedding. When look at the outcome, sangat sukahati walaupun tak mahir tetap menjadi di mataku. It was a tiring day but yet and enjoyable one.

But to tell the truth sebenarnya cake ni tak lah sedap sangat sebab its very dry. Tengok creamnya boleh pengsan so tebal. Bagi sesiapa yang nak mencuba bolehlah gunakan resepi di bawah ni.

Chocolate Spomge cake
 
5 biji telor gred A
170g gula kastor
1 camca teh ovalette
70g air
100g minyak masak
40g serbuk koko
160g tepung gandum
1 camca teh baking powder
 
Cara
1-Satukan telor + gula + ovalette + air = pukul kembang.
2-Masukkan serbuk koko + baking powder + tepung yang telah diayak.
3-masukkan minyak. Putar bahan 2 & 3 sekejap dan dikaup balik adunan menggunakan scrapper.
4-Bakar pada suhu 170's selama lebih kurang 45 minit. Ikut tahap kepanasan oven masing-masing.
 
Buttercream
 
300g krimwell
200g shortening
50g butter
susu pekat 3/4 tin
 
Campur semua bahan di atas kecuali susu pekat. Pukul selama 1/2 jam hingga kembang dan barulah masukkan susu pekat. Pukul sebatikan. ( 1/2 bahagian untuk buat steam butter cream & 1/2 untuk rosesnya)
 

Monday, July 11, 2011

Pink Roses or Mawar Merah Jambu

Bunga ros merah jambu ni is actually ros kampung. Baunya memang harum. Ros selalu senang nak ditanam. Just potong batang yang dah tua sedikit dan cucuk ke dalam tanah. Tunas-tunas baru akan tumbuh.

So happen this time round ianya bergugus berbunga.







Dari sebatang pokok yang tinggi, di atasnya banyak putik yang berkembang.

Sunday, June 19, 2011

Masak Lemak Udang dengan Cendawan

Hari ni 19/6/11 ahad, tak tahu nak masak apa. Buka fridge ternampaklah si cendawan, teringinlah pulak nak masak lemak udang cendawan.



Bahan bahannya:
Udang 10 ekor
Cendawan 1 packet
10 biji cili padi ( nak pedas lebihkan lagi )
1 cm kunyit hidup
santan pekat 1 packet (ready made je)
daun limau perut
sebatang serai
garam secukup rasa

Cara:
1. Tumbuk cili padi dengan kunyit hingga lumat. Ketuk serai jangan sampai hancur.
2. Masukkan bahan (1) ke dalam periuk dan letakkan santan pekat. Tambah sedikit air. Jangan banyak sangat nanti kuahnya cair.
3. Apabila medidih masukkan udang dan cendawan.
4. Letak garam dan daun limau purut.
5. Sedia untuk dihidangkan.


Apple + Cucumber + Celery Juice

Bila pergi Tesco, terlihat saja celery yang if offer RM1.99, tak boleh tahan apa lagi boronglah. Lepas tu bolehlah dibuat juice.

Juice apple + cucumber + celery ni sangat bagus untuk mengurangkan kolesterol dan mencegah kanser.

Bahan yang diperlukan :
1 biji apple hijau
Sepotong timun (seperti dalam gambar)
Sepotong celery (seperti dalam gambar)

Ketiga tiga bahan di atas dimasukkan ke dalam juice blender dan sedia untuk diminum.

Tak perlu tambah ketulan ais. Memang segar. Rasanya sejuk, nyaman.

Wednesday, June 15, 2011

Jalan jalan Singapore 070611

Pada 07/06/11, dapatlah berjalan-jalan ke Singapore with my 2 kids only. Pergi dengan rombongan Cik Kiah dari Taman Mawar, Pasir Gudang. Di bawah nilah pesertanya, naik 1 biji alphard & 2 Hyundai Starrek. So destinasi pertama, Jurong Bird Park, tak masuk pun , ambil gambar snap sana sini di luar je. Entrance fee SGD18.00 , wow mahalnya x RM2.445 dah berapa. Memandangkan dah pernah masuk masa last Chinese New Year, tak perlulah tengok lagi. Intailah gambar burung yang berwarna warni di cerita Jalan jalan di Jurong Bird Park.

 

 
Burung burung yang sedia menanti di entrance Jurong Bird Park. 

 
Di belakang adalah City Hall dan Parliment. Tengah panas tengahari buta tu ada yang main kriket.

Ni lambang kebanggaan Singapore, The Merlion, memang tourist attraction betul tempat ni. Tempat ni memang happening.

 

Behind tu, 3 tall building is hotel + kasino + restaurant + swimming pool. The top roof is the famous restaurant and ramai orang will go up there to see the scenary. Tapi entrance fee boleh tahan mahal juga.

 
So we had lunch kat this famous mertabak restaurant kat Arab Street.  Suppose to do shopping kat sini but tak sempat. Next time have to come back here. Kat sini banyak kedai kain & a lot of varieties to choose. Will come back again one day for shopping.

 
Nasi beryani ayam. Banyak sungguh.

 
Nilah the famous mertabak. To me, mertabak kat Kg. Melayu, Johor tetap sedap.

 
Kemudian head to Sentosa Island for Underwater World, Singapore.

Masa sampai kebetulan ada dolphin show.

and also this cute sea lion show

Ikan pari /Stingray

 
That was a big one.

A lot of fish

 
Ni pasar kat Geylang Serai. Tak happening lah tempat ni. Kat atas adalah jual baju , kain but not much choice. Some say this plac look different in the olden days.

 
Fianlly have dinner at Geylang, very expensive Mee Hoon Goreng Daging SGD5.50. Nasib baik sedap.

Sunday, June 5, 2011

Makan makan at Senibong

Dah lama we all tunggu our big boss, Mr Tang Jiunn Shyong now our Finance Director for South East Asia, belanja makan. Asyik postphone je banyak kali tak boleh jadi ni, dia terbang sana terbang sini, so strategi pun di atur. At last 2/6/11 were the date we all go out for dinner. Apa lagi kena ketuk lah dia. We decided to go to Anjung Senibong Seafood, masakan kat tempat ni memang best tapi ya ampun mahalnya pun boleh tahan juga. Restaurant ni pernah masuk Jalan Jalan Cari Makan. Its a nice restaurant mengadap Singapura. If ada jambatan boleh aje jalan kaki cross over.
Nilah restaurantnya.
 Nilah dia Tang Jiunn Shyong, our Finance Director , still young. Nampak kurus coz hes on diet.
 Members of the day. Belakang tu lah Pulau Singapura.
Wee Keong + Cik Maria + Cik Zukiah.
Zu & Qilah
Our new Finance Manager, KC & Wee Keong.
My ex Finance Manager the one and only - Mr Soo Karim.
Berasap asap ikan steam limau ni sampai tak clear my photo. Everybody should try this "Siakap steam limau" memang best.
 Sotong goreng tepung special request by Cik Zukiah.
Butter prawn yang fantastic. Sekilo RM80 wow mahalnya tapi tak palah nasib baik sedap.

Blackpeper crab ni memnag best. Yummy!!!! Everybody should try this too.
Apa lagi jemput jemput makan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...