Wednesday, March 7, 2012

One layer Portulaca or Japanese Ros or Ros Jepun

Bunga ros jepun satu lapis ni memang senang nak tanam berbanding dengan yang banyak lapis. Tumbuh dengan segar. Geram tengok bunga dan batangnya yang subur. Setiap hari cuti, saya mesti mengambil photo pokok ni , banyak sangat photo yang diambil memeningkan kepala untuk buat pilihan pula. Hampir kesemua posisi menarik.

These Japanese Roses (JP) or Portulaca grandiflora easy to plant as compared to the layered one. It grow very healthy. Every Saturday & Sunday, i will take photo on this JR, a lot of photo taken until i have a hard time to choose since all the angle taken is beautifull.


Merah + Kuning Ros Jepun
Red + Yellow Japanese Roses




Merah Jambu yang gelap.
Dark pink.


Kuning bercampur jingga. Yang ni banyak lapis tapi daunnya sama dengan ros jepun satu layer. Susah nak dapat yang ni.
Yellow + orangy layered. This one the leaves is like one layered JR. A bit difficult to get this type.


Ros Jepun Putih. Sangat senang hidup.
White Japanes Roses. Very easy to grow.


Cara nak tanam senang je. Patahkan saja batangnya dan cucuk ke dalam tanah. Mudahkan.
To plant Japanese ros, just cut the stem and plant in the soil. Very simple.



Segar bugar.


Kembang setaman. Seawal jam 9 pagi pokok ni dah berbunga. Jam 2 ke 3 petang dah mula menguncup.
As early 9am it will open up and blooms and at 2-3pm it will close back.


Dari dekat merah jambu + putih

Kudup yang belum terbuka.
Buds yet to open.

Kudup dalam proses untuk mengembang. Suka sangat lihat yang warna merah jambu ni.
The buds in process to open up. I love to see the pink.

Collage Ros Jepun

Dah kembang mekar setaman, apalagi memang menjadi idaman sang lebahlah untuk menghisap madunya. Berpuluh-puluh ekor akan kelihatan sebaik sahaja bunga ni berkembang tapi taklah menakutkan.
When the flower opens up, a lot of bees will come around. Its just the small bees and lucky thing its not the type of bee that will attack people.


Betapa seronoknya lebah-lebah ni menghisap madu. Lepas satu-satu kuntuman. Puaslah tertonggek-tonggek nak apatkan posisi yang menarik. Lagi satu lebah ni bukannya tahu duduk diam, sekejap sana sekejap sini dah lah kamera ku tak canggih. Shutternya slow gila.
How lovely these bees flying from one japanese roses to the other. Not easy to take these phots. My camera is not that fantastic but at least i could snap some nice angle.







Sunday, March 4, 2012

Portulaca Grandiflora or Ros Jepun

Senyum sokmo, tahun ni ros jepun ku menjadi lagi. Sungguh segar daun dan bunganya. Rahsianya, siraman air ikan. Lepas siang ikan tu, air cucian ikan dan darahnya sekali disimpan. Nak lebih berkesan keesokan hari barulah disiram tapi baunya tak tahan jiran nanti. Cik Meow, meow pun suka datang dekat nanti. Kali ni ros jepun yang berlapis-lapis.  

My favourite portulaca is back. This year very tremendous, all planted and grow nicely. This time is the layered portulaca.


Ros jepun merah jambu berlapis.
Layered Sweet pinkish portulaca.


Warna kuning ni memang susah nak dapat.
This yellow colours difficult to get.

Ros Jepun warna putih.
White portulaca.

Ros jepun warna peach.
Peach portulaca.


Ni memang cantik. 2 warna pada satu bunga. Merah jambu + putih.
2 colours in one portulaca, pinkish + white.


Ros Jepun jingga. Yang ni pun susah nak dapat.
Orange portulaca, difficult to get.



Warna ni memang senang nak dapat dan boleh merebak dengan cepat.
This colour, dark pink easy to find and can grow very fast.


Lovely.


Bila bunga ni mengembang, banyaklah lebah yang akan datang menghisap madunya.
The bees will come when the flower opens up.

Tersangat subur.
Grow very healthy.




Kudup-kudup ros jepun.
The buds of portulaca.




Lovely collage.

Lovely collage to share.


Saturday, March 3, 2012

Gapiku......terbongkang sudah

Hati riang mendapat beberapa ekor ikan gapi from my boss. Boleh ke ikan ni bertahan tanpa oksigen dan segala kelengkapan? Tup...tup seminggu juga hayatnya bertahan. Oh! boleh rupanya. Seronok tak terkata. Ikan gapi ni memang sangat cantik, berenang pantas ke sana ke mari. Penat memerah otak sewaktu bekerja bila melihat ketangkasan ikan gapi ni rasa relax sikit otak ni yang dah sememangnya tepu tahap maksimum. Nak masuk minggu kedua , tiba -tiba ikan gapi ku terbongkang. Oh! Kenapa ya? Why? Why? Sedihnya. Seharian berkabung , kesedihan.
Skype my boss , 
me:  all my gapi is dead.
KC: huh ! What happened ?
me: overdose makan or terperanjat dapat rumah baru or tukar air.....
KC: huh ! curious.

Sedih sungguh sedih..... rupanya my gapi killed by the poison chlorine.

Terbongkang sudah. Upside down. Yang warna warni ni gapi jantan.



Bergelimpangan.


Yang cantik menawan warna warni tu jantan yang satu warna je tu betina.

Niat di hati nak bagi mahligai syahdu untuk si gapi tapi akhirnya jadi kubur syahdu. Sungguh menyayat hati. Kesalahan utama, saya tidak sepatutnya meletakkan gapi serta merta ke dalam balang ni kerana klorin belum mendap lagi. Mesti tunggu 2 hari baru boleh masukkan ikan.

Gara-gara teruja melihat balang my boss yang besar ni ditambah pula water lettuce yang sangat menghijau, tulah tanpa berfikir panjang terus salinkan gapi dalam balang besar. Akibatnya semua gapi terbongkang sudah keesokan harinya.

Thursday, March 1, 2012

Orange Flower or Jarum 7 Bilah - Herbs plant

This orange flower i have been planted for quite sometimes. Its called Jarum 7 bilah or pereskia sacharosa. My mom said the flower is very beautifull, so i decided to plant it. Planted in a medium size pot. If planted on land , the tree can grow very tall and big.
It is part of the cactus family and the only one which have big leaves. The young leaves we can eat as salad. This tree is also good for cancer people. Take 2 leaves and put in a hot water (just like tea) and drink it or you can make juices from the leaves.



The striking orangy colour.


This tree have torns.

The flower can last for few days.

Beautifull.

This is how it looks in a small medium size pot. Can be plant by just using cutting of stems and it will grow.


Lovely

Thursday, February 23, 2012

Nutty Caramel Cake......sweet but yummy !!!!

Lagi satu hot selling cake in market now is this Nutty Caramel Cake. Cari punya cari, tak jumpa juga resepi sampai dapat this recipe from Paula Deen. Cuba jelah. Cuma texture kek ni kasar tak selembut nutty caramel cake yang ada di pasaran. Ada 3 step for this cake = cake + filling + frosting

Swiss Meringue Buttercream ni memang sedap ditambah pula dengan peanut butter. Tak muak. Its finger licking good.

Just come out from the fridge, texture nampak keras.

Roasted kacang tu menaikkan kesedapan kek ni dengan limpahan caramel. 

Sebelum dan selepas simbahan caramelnya. Caramel filling ni memang sedap macam rasa gula-gula toffee. Meleleh-leleh terliur.


Nutty Caramel Cake
Source : Paula Deen

Cake
1 cawan butter
2 cawan gula ( saya guna 1 1/2 cawan )
4 biji telor saiz besar
1 sudu kecil vanilla
3 cawang tepung naik sendiri ( saya guna 3 cawan tepung gandum + 4 sudu kecil baking powder )
1 cawan susu segar

Cara
- Pukul butter sampai kembang sedikit dan tambahkan gula. Pukul lagi selama 6 - 8 minit.
- Masukkan telor sebiji demi sebiji , dipukul selepas setiap kali meletakkan telor. Letakkan vanilla.
- Tepong dimasukkan berselang seli dengan susu. Dimulakan dengan tepung dan diakhiri dengan susu.
- Tuangkan ke dalam loyang 8 inci. Bakar selama 20 - 25 minit mengikut oven masing-masing.
- Setelah masak , sejukkan dan boleh mula membuat filling.

Filling
1 cawan butter
2 cawan brown sugar
1/4 cawan susu segar
1 sudu kecil vanilla

Cara
- Dalam periuk satukan butter + brown sugar + susu. Kacau selama 3 - 5 minit, sehingga gula larut. Setelah masak, alihkan dari dapur dan masukkan vanilla, kacau rata. 
- Ambil sebiji kek dan sapu filling di atasnya. Ulang step ini sehingga ke empat empat kek itu bercantum.

Frosting
1/2 cawan butter
1 cawan brown sugar
1/3 cup heavy cream
1 box or 16 ounce confectioners sugar
1 sudu kecil vanilla
1 cawan kacang - optional

Cara
- Cairkan butter di dalm periuk dengan api sederhana, masukkan brown sugar & heavy cream. Setelah mendidih sedikit tuangkan ke dalam mangkuk.
- Masukkan confectioners sugar & vanilla. Pukul dengan mixer sampai rata. Boleh tambahkan heavy cream sedikit jika adunan terlalu pekat.

Saya tidak menggunakan resepi frosting di atas. Saya tukar kepada swiss meringue butter cream.

Swiss Meringue Buttercream
4 biji putih telor saiz besar
200g brown sugar
340g butter ( jangan cair )
2 sudu besar peanut butter (boleh lebihkan jika suka)

Cara
- Letak periuk secara double boil, masukkan putih telor + brown sugar , whisk sehingga gula larut. Apabila disentuh dengan jari tidak berbiji lagi. Api mesti kecil sahaja.
- Turunkan dari double boil , guna mixer pukul adunan tadi, setelah kembang masukkan butter sedikit demi sedikit. Pukul selama 5 minit sehingga adunan kental sedikit. Campurkan 2 sudu peanut butter. Kacau rata.



Friday, February 17, 2012

Butter Bread Pudding

Lama dah nak buat butter bread pudding ni, baru sekarang berjaya. Tak ramai yang suka makan pudding ni termasuklah anak-anak ku. Tapi sebab nak mencuba buat maka terjadilah butter bread pudding ni.

Pisang tu menaikkan kesedapan pudding ni di samping peanut butter.

 
Sebelum di letakkan adunan susu dan selepas dicurahkan adunan susu.

 
Tak susah nak membuatnya. Very simple.


Butter Bread Pudding
Source : Dayang Jack @ dapurku sayang

Bahan
8 keping roti ( saya guna roti peranchis)
2-3biji pisang ranum hiris
mentega secukupnya
peanut butter + chocolate chips + kismis = secukupnya

Bahan A
2 cawan susu segar
1 sudu besar gula kastor ( saya letak 2 1/2 sudu besar)
3 biji telor
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan B
1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
2-3 sudu besar gula perang

Cara
- Bahan A - Pukol telor + gula hingga hancur dengan whisk. Masukkan susu segar + esen vanilla. Kacau sebati dan ketepikan.
- Sapukan roti dengan mentega & peanut buttter.
- Sapukan loyang dengan mentega dan susunkan roti di dalamnya. Letakkan pisang di atas roti.
-Tuangkan bahan A sehingga rata, taburkan kismis , chocolate chips dan juga bahan B.
-Biarkan sebentar sehingga roti menyerap bahan A. Sementara itu sediakan dulang yang berisi air panas. Letakkan loyang roti tadi di tengah-tengahnya.
- Bakar selama 35-40 minit atau hingga keperangan dengan suhu 150 c.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...