Friday, February 17, 2012

Butter Bread Pudding

Lama dah nak buat butter bread pudding ni, baru sekarang berjaya. Tak ramai yang suka makan pudding ni termasuklah anak-anak ku. Tapi sebab nak mencuba buat maka terjadilah butter bread pudding ni.

Pisang tu menaikkan kesedapan pudding ni di samping peanut butter.

 
Sebelum di letakkan adunan susu dan selepas dicurahkan adunan susu.

 
Tak susah nak membuatnya. Very simple.


Butter Bread Pudding
Source : Dayang Jack @ dapurku sayang

Bahan
8 keping roti ( saya guna roti peranchis)
2-3biji pisang ranum hiris
mentega secukupnya
peanut butter + chocolate chips + kismis = secukupnya

Bahan A
2 cawan susu segar
1 sudu besar gula kastor ( saya letak 2 1/2 sudu besar)
3 biji telor
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan B
1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
2-3 sudu besar gula perang

Cara
- Bahan A - Pukol telor + gula hingga hancur dengan whisk. Masukkan susu segar + esen vanilla. Kacau sebati dan ketepikan.
- Sapukan roti dengan mentega & peanut buttter.
- Sapukan loyang dengan mentega dan susunkan roti di dalamnya. Letakkan pisang di atas roti.
-Tuangkan bahan A sehingga rata, taburkan kismis , chocolate chips dan juga bahan B.
-Biarkan sebentar sehingga roti menyerap bahan A. Sementara itu sediakan dulang yang berisi air panas. Letakkan loyang roti tadi di tengah-tengahnya.
- Bakar selama 35-40 minit atau hingga keperangan dengan suhu 150 c.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...