Saturday, February 11, 2012

Lala daun selasih

Ternampak lala ni kat kedai depan, fresh lagi sebab ada yang hidup. Sekilo hargnya RM6.00. Belilah sedikit untuk dimasak. Terserempak dengan jiran katanya ni adalah lokan tapi pekedai kata lala. So jumpa lagi benda ni kat pasar tani dan kata penjual ialah lala so confirmlah selamat sikit. Bukan apa, ada sekali tu makan lokan masak rendang sedap sangat sampai tak ingat dunia , apalagi 1/2 jam lepas tu sakit kepala. Waduh tak tahannya. Tulah terpaksa berhati-hait. Tak nak pisang berbuah 2 kali. Nasib baik bawah ni lala.




Lala daun selasih

Semangkuk Lala
2 ulas bawang putih - dadu
1 biji bawang besar bersaiz kecil - dadu
1 biji cili merah - dadu
5 biji cili padi
1 inci halia - dadu
1 batang serai
1 sudu kecil sos tiram
garam secukup rasa
daun selasih secukupnya

Cara
1-Panaskan minyak dan tumis semua bahan yang telah didadu halus.
2-Masukkan sos tiram + garam secukupnya.
3-Letak serai + cili padi + daun selasih.
4-Masukkan lala. Kaup balik sehingga lala masak. Apabila lala terbuka bermakna dah cukup masak. Kalau rasa kering sangat bolehlah letakkan sedikit air sahaja.
5-Siap untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...