Sunday, November 9, 2014

Laksa Janggus..... Penang Part 5

Hu...hu...Lepas makan kat Restoran Pak Ali Tomyam , nak cari jugak Laksa Janggus....teringin tul nak makan.....sampai sesatlah juga mencarinya. Jauh jugak tempat ni sebenarnya ....nasib ada cik gps...memang banyak berjasa ini gps. Pemandangan kat kampung ni  memang cantik sunguh mendamaikan.


Sampai berhenti kat kedai tanya satu Pak Cik tu cam mana nak sampai kat tempat ni. Bila nampak sign board ni lega rasanya.....sampai juga akhirnya....tapi suspen gak sebab masa sampai cam sunyi sepi tak de orang ...oh tutup ke.....lepas tu baru nampak a few cars sampai. Lebih baik telefon dulu sebelum pergi sebab tempat ni memang jauh ke dalam. Kalau sampai tetiba tutup memang frust gila.
                                             
        Alamat   : LAKSA JANGGUS
                                338,MK1, Kampung Perlis,
                              11000 Balik Pulau, Penang
                                                Tel   : 04-8668819, 019-5667061, 012-4728819
Waktu berniaga : 3.30 petang - 8 malam
                                       Hari : dibuka setiap hari kecuali Rabu tutup



Nilah pokok gajus atau janggus. Sesungguhnya ni lah first time tengok secara life pokok janggus ni. Besar pokoknya. Cantik daunnya tapi tak nampak buahnya.

Selalu pucuk nilah yang saya makan buat ulam. Sedap rasa pahit pahit gitu. Selalu beli ulam ni kat Pasar Besar Melaka. Kat Johor memanng susah cari ulam gajus/janggus ni.



Daun nya segar hijau gitu.


 
Restoran ni letaknya di perkarangan rumah orang. Kiranya kedai belum bukak orang dah berderet menunngu.


Laksa Janggus Kak Timah namanya..........memang banyak tul laksa yang disediakan dan kuah laksanya pun satu tong besar. Selain dari laksa ada dijual mee hoon sup, keledek, pisang goreng, rojak dan lain lain lagi. Style self service ya kat sini. Cepat dan senang cuma kalau ramai beratur panjanglah.



 
Nilah Laksa Janggus yang saya nak sangat makan. Rasanya ok lah. Kurang masam sikit. Saya sorang je yang makan.......yang lain dah kenyang makan kat Restoran Pak Ali Tomyam. Boleh klik SINI untuk lihat entri Restoran Pak Ali Tomyam. 


Dah tau kenyang tangan gatal order yang specialnya ....wah banyak betul..... Yang lain rasa rasa je ......jawabnya saya sorang yang terpaksa habiskan.....penuh perut makan tak terkata


Kalau masam sikit lagi memang sedap sebab saya ni suka yang masam masam but the taste OK lah.



Laksa Janggus collage.


Hmm....lepas makan laksa singgah kat Balik Pulau makan durian pulak. Orang kata kalau ke Penang kena singgah Balik Pulau ni pi makan durian.


Banyak jenis durian...pilih je mana nak.....macam macam jenis ada but I forgot the name.



Oh....so sedap durian ni.....

Hah...kembong kembong gitu but nama saya tak ingatlah.....memang the best....nyumm...

Tengok tu macam bentuk bunga durian ni.




Thursday, November 6, 2014

Pak Hussin Tomyam....Penang Part 4

Next day on 6/6/14 Sabtu, perjalanan bermula......teringin nak merasa lalu jambatan Pulau Pinang yang kedua. Jambatan ni baru siap so memang tak banyak kereta yang  lalu.....smooth je perjalanan. Jambatan ni dinamakan sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah atau Jambatan Keduan Pulau Pinang. Jauhnya ialah 24 km yang membuatkan jambatan ini yang terpanjang di Malaysia dan terpanjang di Southeast Asia. Pembuatan jambatan ini bermula pada Nov 2008 dan selesai pada Februari 2014. Jambatan ini dinamakan sempena nama Yang DiPertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dari Kedah.

Atas jambatan.....baru kan so kereta pun tak banyak memang lenggang sungguh......ada tol juga.


 
Nice view...ni snap dari dalam kereta je.


Not that sharp but oklah....guna NIKON compact je.


 
On the way balik to Penang....perut pun dah bernyanyi....


 
Singgah makan tengahari di Pak Hussin Tomyam....kedai ni je yang nampak...kebetulan dekat dengan masjid. So hubby pi sembahyang jumaat we all tunggu and order makanan. First time tengok nasi datang siap ditutup dengan mangkuk.



Not bad jugak sup ekor ni.

Sotong goreng tepung mesti ada...favourite the kids.

Kangkung goreng belacan.


Ayam goreng kunyit.


Penuh meja....Manalah hubby ni tak sampai sampai lagi .....perut dah berkeroncong.....hidangan dah penuh semeja ni....hadoi......sebenar benarnya nak makan laksa janggus tapi cari punya cari tak jumpa lagi so singgah makan sini dulu......Rezeki Pak Hussin Tomyam...

Hmm...nyum......terh tarik sodap tu...



Susana dalam kedai.......corner lot  dan sangat selesa.


Dari luar.....kedai ni bersebelahan dengan rumah orang. Restoran ni kat Kampung Tersusun, Sungai Ara, Bayan Lepas. This time round jalan jalan Penang is all about makan dan makan......nyum...nyum....Next Entry - Laksa Janggus yang popular tu.....he...he.....walau dah kenyang nak juga merasa....tak kira cari sampai dapat....ha...ha...

Tuesday, November 4, 2014

Traders Hotel, Penang - Part 3

Balik dari Pekan Rabu, Alor Star masa tu dah nak dekat pukul 4 baru nak check in hotel. Boleh klik  SINI   for entri Pekan Rabu. Terdapat banyak hotel kat Penang ni. Pilih punya pilih terpilihlah Traders Hotel ni yang letaknya di bandar Georgetown. Tengah bandar betul ni. Di belakangnya ialah Komtar dan sebelah kiri ada shopping complex First Avenue di belakang ada Komtar ( kalau tak silap ya....maklunlah dah ingatn ingat lupa ni ) Memang best....Trip 2 tahun lepas kami menginap di Hard Rock Hotel di Batu Feringgi. Boleh  klik SINI to view the entry.


Masuk je hotel ni dah terpegun tengok interior nya. Traders Hotel ni kalau tak silap dulu namanya Shangri La Hotel. Hotel ni dah lama juga dibina rasanya dah 20 tahun. Yang best about this hotel sebab tengah bandar...pergi mana pun sekejap dah sampai hotel. This time round we all tak ke Batu Feringgi sebab jauh  dari bandar.


The interior memang cantik. Terpukau sekejap. Banyak menggunakan tema merah.


I dont really like the room.......sebab looks like old furniture and the romm were small.....we were given 2 rooms attached.


I like this......one set product from L'occitane dan berbagai jenis 3 in 1...


Breakfast.....See I love that red periuk.....I think its Le Creuset...periuk idaman tu...he...he....waiting for mine to arrive from UK....


Macam macam ada....



Its all about red & gold theme...


Big swimming pool....the kids punya kecil sedikit ...


Nice padang....can play golf kat sini....very greeny ....this is at level 5 ....I think so dont really remember...


So many things to eat....not bad the breakfast....


Traders Hotel collage...



View from our room at 13th floor. Old buildings in Penang still maintain.


Jumpa ini kuih, the right one....dont know the name but its so sedap....I ate a lot of this everyday..

Monday, November 3, 2014

Pekan Rabu Alor Star, Kedah...- Penang Part 2

Cam mane boleh sampai Pekan Rabu ni......kat Alor Setar, Kedah kan ke jauh dari Penang tu.....Sebenarnya tak jauh mana pun. Dalam sejam sampailah.....dekat je....Al kisahnya lepas perut dah kenyang tak tau mana nak pergi....nak check in pun lambat lagi so hubby kata jom pi jejalan. Tetiba nampak jambatan Pulau Pinang yang lama tu so apa lagi menyimpang ke situlah....nak merasa ....first time lalu. Memang banyak kereta kat sini and kena bayar tol ya. 


Jalan punya jalan landed kat Pekan Rabu , Alor Setar Kedah ni. First time sampai. Selalu dengar nama je.



Dalam Pekan Rabu. Memang ada banyak kedai. Ala ala Pasar Siti Khadijah dan Pasar Payang, Trengganu.


Tudung pun banyak dijual but doesnt meet my requirement so cuci mata je lah.


 
Ikan kering memang banyak kat sini. Macam macam jenis.


Best tul ikan pekasam ni.....macam macam jenis....semua saya nak beli....he..he...



Banyak keropok , jajan macam ni dijual.


Kopi Cap Gantang ni memang sedap. Aroma dia sangat kuat. Kelauaran Kedah ni kat Johor tak jumpa kopi ni.



Dapat tengok adik ni buat kuih karas. Memang penat buat kuih ni ....mana nak duduk straight memanjang lepas tu nak tahan panas api kuali lagi.....sepacket dijual dengan murah.......kadang kadang terikir berbaloi ke....tapi dalam berniaga mestilah berbaloi kalau tidak orang tak akan jual kan......bahan mentah murah tapi tenaga untuk membuatnya tu yang mahal......tenaga penat...he...he..


Sempat singgah di masjid ni untuk solat zuhor, sangat cantik ....terpesona dengan warna biru tu. Lupa pulak nama masjid ni.

Sepanjamg perjalanan di Kedah....pemandangan yang sangat cantik.....


Photo ni semua saya snap dari dalam kereta saja.  Love this scenary.


On the way to Penang from Kedah....Masa ni dah nak kul 4 petang....nak check in hotel.....dah kepenatan sangat......kali ni stay kat tengah bandar Traders Hotel. Next entry Part 3 ...Traders Hotel.

Sunday, November 2, 2014

Restoran Awet Muda , Penang.....Part 1

Pengembaraan kali ni ke Penang....ceh wah macam menggembara lah pulak. Tak percutian pendek je....last sekali ke Pulau Pinang pada Jun,2012. Pilih punya pilih mana nak pegi so last sekali decide Penang juga. So here we come......this year we went on 5/6/14.....and it was our 15th Anniversary. So bless with it.....terima kasih Ya Allah.

Sekarang tak susah nak ke Penang sebab dah ada direct flight from Johor. Memang best. Tq Firefly for making it happen. Landed je kat Penang perut dah berkeroncong so apa lagi misi mencari makan bermula. Sebelum ni ada goggle cari tempat makan best kat Penang and found this Restoran Awet Muda. I guess this time misi ke Penang is all about makan makan and shopping......memandangkan in 2012 dah berjalan jalan ke Taman rama rama and Bukit Bendera. Boleh klik SINI for jalan jalan di Taman Rama rama.
Melihat ikan bakar dan ulam ulaman memang tak sabar nak makan.

Berbagai jenis kari......Penang and kari tak dapat dipisahkan.


Kari nangka dan sotong goreng tepung.



Oh...I love this.....all the sambal belacan and kuah air asam...so marvellous.


 
Gulai kawah daging.


Ikan bakar sembilang dengan kuah air asam ni memang marvellous....sampai sekarang teringat ingat.


As usual my plate.....ada banyak jenis kerabu juga....yang saya ambil ni kerabu mangga with gulai kawah...

Tempat duduk dont worry ....memang banyak...


Restoran ni kat corner lot tapi parking agak susah sikit sebab tak banyak. Guna GPS je cari restoran ni.....berdekatan dengan USM. Sangat dekat dengan airport tapi kelok kelok jugalah jalan nak ke sini.
Next trip if ever landed kat Penang will definitely com to this Restoran Awet Muda.


Thanks to Fire Fly for flying us here......otherwise tak sampai. Love the scenary.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...