Monday, May 21, 2012

Jalan-jalan di Penang - Part 1


Apa yang menarik di Penang ya? Ada Taman rama-rama, Taman Botani, Bukit Bendera dan macam-macam lagilah tapi sebab kesuntukan masa dapat pergi few places je.

TAMAN RAMA-RAMA/ PENANG BUTTERFLY FARM

Family package untuk 4 of us = RM46.00.( 2 dewasa + 2 kids ). Boleh tahan mahal. Banyak juga butterfly kat sini. Kira puas hatilah. Taman dibuka dari jam 9 pagi hingga 6 petang.
Setiap hari Isnin - Ahad.

Antara rama-rama yang ada kat sini.

Bunga Raya warna merah + nenas diletakkan sebagai daya tarikan untuk rama-rama ni bertenggek dengan banyaknya. Mungkin aroma serta warna bunga raya + nenas ni memikat hati si rama-rama.


Rama-rama ni banyak kelihatan di pokok yang berbunga.


Ni orkid hidup ya. Sekali pandang ingatkan orkid plastik.


Di antara pokok bunga yang terdapat di sini. Bunga purple tu macam seri pagi tapi bukan sebenarnya. Satu lagi pokok yang unik, pokok yang sangat tinggi dan bunganya warna purple tu memnag cantik. Pokok ni tak banyak daun.



Pemandangan dalam taman rama-rama.


Cantik dia bergayut di situ menghisap madu.


Yang ni rama-rama yang telah diawetkan. Ni jenis dari luar negara. Cantik sungguh.

TAMAN BOTANI

Taman ni taklah berapa luas sebenarnya tapi kalau nak jalan berpeluh jugalah. So naik je lah tram yang macam train tu. Fees RM2.00 for dewasa + RM1.00 for kids. Yang peliknya kat sini, pokok seperti orkid diletakkan dalam kurungan so kita hanya boleh tengok dari luar sahaja. Tidak banyak pokok yang berbunga. Naik tram pusing satu pusingan dalam masa 10 - 15 minit saja dah selesai. Cepat sangat.


Yang menarik kat sini hanyalah pokok besar ni, namanya Canon ball tree berasal dari Guyana.Ketinggian pokok ini ialah 25m. Ditanam pada tahun 1938. Bau wangi melalui bunga lilin yang tumbuh pada batang pokok. Buah mengambil masa selama 8 ke 9 bulan untuk masak ranum.


Pelik pokok ni tapi cantik bunganya.



Cik monyet ni memanglah banyak di sini.


Cik Abang ais krim ni memang bagus businessnya. Penang masa ni memang sangat panas terik apa lagi pekena ais krim dululah.


Meleleh air liur tengok ais krim ni. Kacangnya banyak. Harga RM3.00 for a simple ice cream coklat.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...