Monday, May 7, 2012

Makan-makan at Melaka - Nasi Arab

Dah lama tak balik kampung, so terlanjur nak hantar my mom ni pekena Nasi Arab yang disuggest oleh my mom at Restoran DIMA, Taman Bukit  Beruang, Melaka. Seeloknya datang pukul 5.00 petang kerana kebab, sandwich, roti arab baru mula dijual. Saya sampai waktu tengahari so tak sempatlah nak merasa semua tu. Nampaknya kena datang lagi sekali untuk merasa kebab dan lain-lain. 


Nampak mengancam Nasi Arab ni, namanya Zurbiyan. Nasi dan ayamnya kering tak berkuah. Portion ni kecil setelah di bahagi 4.


Nasi Arab - Madhagot Kambing. Harga RM17.00 sepinggan size small tapi sebenarnya boleh makan 2 orang. Hubby comment tak berapa sedap tapi habis juga sebab tak nak membazir.


Nasi Arab Zurbiyan Ayam. Saiz hidangan medium RM25.00 yang boleh dimakan 4 orang. Saya suka yang ni.


Part yang paling best kat sini. Sebelum order you all boleh mintak untuk merasa kesemua Nasi Arab  yang ada. Al maklumlah kita ni kan tak biasa makan nasi  arab, so nama-namanya pun tak familiar. Lepas rasa barulah order so kita dapat makan nasi yang kita suka taklah membazir. Restoran ni akan beri diskaun jika anak kita seorang pelajar. Kalau tak salah 20% , banyak tu. So rajin-rajinlah bertanya ada diskaun tak?


Menu  yang ada.



Kuah sos tomato yang tak pedas. So agak muak apabila makan tidak ada rasa pedas. So standbye air limau ya untuk hilangkan rasa mual. 


Pencuci mulut Basboosa. RM3.00 sepinggan. Just nice tak berapa manis. Ada kelapa ala-ala candy kelapa. 


Pemandangan dalam restoran yang berhawa dingin. Tak berapa sejuk.


Nama penuh restoran. DIMA Restaurant. 


Boleh baca tak GPS kodnya ? 


Landmark sebelum sampai ke restoran Dima. 


Signboard kat luar. 


Selamat menjamu selera.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...