Monday, May 28, 2012

Chocolate Banana Cupcakes 2nd time

Resepi ni dah pernah buat, repeat sebab ada permintaan. Tapi this time round lebihkan pisang sebab nak rasa pisang tu. Sayang seribu kali sayang ianya masih tak berbau pisang juga kerana aroma  koko yang kuat menutupi bau pisang. Next time kena letak esen pisang.

 










Lebih pisang menyebabkan texturenya keras. Macam muffin pun ada.


Pack & ready to go to office.

The very simple method.

Yummy!!!!!


Chocolate Banana Cupcakes
Source:Joyofbaking

Bahan A
1 cawan ( 130g ) tepung gandum
1 cawan ( 200g ) gula
35g koko
3/4 sudu kecil baking soda
3/4 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil garam

Bahan B
2 biji pisang yang dilenyek - kali ni saya letak 6 biji pisang sederhana size sebab tu texture lain.
1 biji telor yang besar
1/2 cawan ( 120ml ) air suam
1/2 cawan ( 16ml ) minyak jagung
1/4 cawan ( 16ml ) susu
3/4/ sudu kecil esen vanilla

Cara
1-Campur semua bahan A, diayak bersama.
2-Campur semua bahan B satu persatu dan kacau rata.
3-Buat lubang di tengah campuran tepung di bahan A, curahkan campuran bahan B ke dalamnya. Kacau rata menggunakan whisk sahaja.
4-Sendukkan ke dalam papercup.
5-Panaskan oven dan masak selama 20minit pada suhu 150C.

Topping

90g coklat masakan - cair dan sejukkan
130g butter pada suhu bilik
120g icing sugar yang diayak
1 sudu kecil vanilla

Cara
1-Pukul butter sehingga kembang kemudian masukkan icing sugar. Pukul lagi sehingga gebu.
2-Masukkan esen vanilla.
3-Letakkan coklat masakan yang telah dicairkan tadi.
4-Pukul rata dan sebati.
5-Bila kek sejuk , pipekan ke atas cup cake.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...