Monday, February 9, 2015

Kerabu udang soo hoon.....nyum...

Kerabu tak kira apa jenis memang one of my favourite dish. Mungkin disebabkan rasanya yang masam masam dik perahan limau tu yang buat saya menggemarinya. Lagi pun hidangan ni mudah disediakan and sangat berkhasiat sebab tak guna minyak.
 
 
Tengok je dah kecur air liur...he...he...
 
 

Antara bahan yang digunakan.
 
 

Saya campur soo hoon dalam kerabu ni. Nampak macam mee hoon kan..




Tak boleh tahan tengok udang yang dah dicelor ni....
 
 
KERABU UDANG SOO HOON
Source : Sweetiesaqi
 
 
Bahan
Udang 4 ekor yang telah dibuang kulit dan celor
soo hoon 1 paket kecil - celor
1 batang bunga kantan
cilipadi merah dan hijau
1 batang serai
1 batang kacang panjang
1 sudu besar nampla/sos ikan
1 biji limu nipis atau lebih
garam dan gula secukup rasa
 
Cara
Letak nampla, perahan limau , gula garam secukup rasa ( tapi garam jangn banyak sangat sebab sos nampla tu dah masin) . Gaul sebati semuanya
Bunga kantan + cilipadi merah & hijau + serai + kacang panjang  = dihiris halus.
Masukkan bahan hirisan , udang dan soo hoon ke dalam sos yang dibuat awal tadi. Gaul rata.
Boleh hidangkan dengan nasi panas panas.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Sunday, February 8, 2015

I Takala Restoran ....aquarium around you

Got to know pasal restoran I Takala ni from my office mate. So we went to have dinner kat sini. Masuk je dah terpesona as saya ni memang peminat ikan. 
 
 

Makan di meja yang berbentuk aquarium dan di kiri kanan pun aquarium ikan. Banyak betul ikannya and memang cantik sesangat.


Boleh jadi leka dibuatnya melihat ikan ikan ni.
 
 

Our  dinner......the food here biasa biasa je....


Tak makan pun tak pe dok ralit perati ikan ikan ni swimming...he...he...
 
 

Memang best duk lama lama kat sini sambil minum air je....
 
 
Restoran I Takala ni terletak di Bukit Dahlia, Pasir Gudang.


Thursday, February 5, 2015

Sweet Peachy roses....menawan

Salam Jumaat 6/2/15......masa cepat betul berlalu. Now dah bulan Februari meniti tahun 2015. Dah setahun jugalah saya membela ros peachy color ni. Memang sangat menawan hati saya.
 
The curl kat dalam tu memang cantik. Warna gelap sedikit di tengah.
 
 

Sayang bunganya tak tahan lama.
 
 

Si sweet peachy roses ni memang rajin berbunga.
 
 

Bau agak mild.
 
 

Besar juga bunganya.

 
 

Warnanya memang soft colour....so tak jemu mata memandang.
 


Just love it .....very beautifull...

Wednesday, February 4, 2015

Congo bars....so sedap....

Sekarang ni dah jatuh cinta dengan this Congo Bars....lepas makan mesti nak munch something sweet and these Congo Bars memang sangat sesuai for munching....Kali ni masih menggunakan resepi dari Kak Rima Bisousatoi. Tq for sharing.
 
 
Kali ni put more chocolate chips and cadbury chocolate...
 
 


Before bake.....banyak juga letak almond...


This time round bake guna Anchor butter....memang best rasanya...
 

 
Hmm...its so sedap and yummy..

 
Nowadays these congo bars memang hot seller in the market....
 
 

Kalau suka more kekacang boleh je letak macam macam kat atas tu.
 
 

A pack for someone special to bring back home...
 
 

Simply awesome....dapnya......can klik SINI untuk lihat first time saya buat Congo bars ni.
 
 
CONGO BARS
Source : Bisousatoi (Kak Rima)
 
 
Bahan
2 3/4 tepung gandum
2 1/2 sudu baking powder
1/2 sudu garam
2/3 cawan butter - saya guna 150 g butter Anchor
1 Ib brown sugar - saya guna 320g
3 biji telor
1 sudu teh vanilla
11.5 ounce package milk chocolate chips - saya guna 250g chocolate chips
1 cawan pecans yang diracik - saya tak letak

Cara
- Ayak tepung gandum, garam dan baking powder dan letak ke tepi.
- Butter dan gula dipukul dalam mixer sebati.
- Masukkan telor sebiji demi sebiji.
- Masukkan esen vanilla.
- Letakkan campuran tepung tadi , kacau rata sebati.
- Akhir sekali masukkan chocolate chips dan gaul rata.
- Bakar dalam loyang 10 inci yang telah diletak baking paper yang disapu butter.Lebihkan sedikit kertas di tepi supaya senang diangkat keluar dari loyang.
- Bakar selam 25 minit pada suhu 150 darjah oven butterfly saya. Ikut oven masing masing ya.
  Jangan overbake nanti bars ni akan rapuh dan berderai.
 



Monday, February 2, 2015

Sup Kepala Ikan merah .....very simple

Selalunya kalau saya beli ikan merah saya akan masak kari atau pun masak asam pedas. Kali ni teringin nak masak sup pulak. Lauk yang simple je tapi sedap. Kalu nak diet lauk ni memang bagus.
 
 
Sup kepala ikan merah.
 
 

Kebetulan ada celeri dan daun basil.......bau daun daun ni memang sedap.


Sup ikan merah ni makan dengan nasi panas memang sedap.....selalunya kalau orang sakit lauk ni lah yang dimasak.....tapi sekarang tak kira anytime boleh dimasak sebab simple dan sedap.
 
 
SUP KEPALA IKAN MERAH
Source : Sweetiesaqi
 
Bahan

Kepala ikan merah
4 ulas bawang merah atau sebiji bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
sedikit halia - dihiris
1 1/2 mangkuk air
sup bunjut untuk sup ikan Adabi
sedikit garam dan gula secukup rasa
Celeri atau daun saderi

Cara
Tumis bawang merah , bawang putih dan halia sehingga kekuningan.
Masukkan air secukupnya. Boleh letak sup bunjut Adabi.
Didihkan dan setelah itu masukkan kepala ikan.
Letak garam dan sedikit saja gula untuk menaikkan rasa.
Biar ikan masak seketika dan bolehlah dihidangkan.
Hiaskan dengan celeri atau dau saderi.












 

Sunday, February 1, 2015

Pavlova for Suhaida

Pavlova ordered by Suhaia. Thank you.
 
An 8 inch pavlova.
 
 


Satu adunan can get 2 pieces. Turn out to be so beautiful.
 


Must have strawberries baru lah berseri pavlova ni....Thanks once again to Suhaida.

Red Velvet for Maria

Thanks to Maria for ordering this red velvet cake.
 
Simple design je ...the colour a bit striking. 
 
 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...