Sunday, September 23, 2018

Biskut choc chips yang simple....

Kali ni buat biskut choc chips menggunakan resepi dari dalam buku Bake It Sweet.

 Buku resepi Bake It Sweet tulisan Dr. Jehanne Ali ( thecookingdoctor ). Boleh follow IG nya di thecookingdoctor untuk pembelian buku resipi ni ya.




Ramai yang memuji biskut choc chip ni....semua kata sedap...


Saya guna choc chips Hersheys...


Yang ni saya buat 4 adunan...banyak juga dapat sebab nak bagi mak and MIL....


Monday, September 10, 2018

Red Velvet pujaan hati ....

Red velvet again and again. Sesungguhnya red velvet ni memang menjadi pujaan hati ramai orang. 

Saya suka buat guna Loyang 10" X 10"....senang.


Kalau buat yang round kena coated with cream cheese...sesungguhnya saya tak pandai nak full coated...he...he...sebab selalu tak smooth/rata...


Kali ni letak Nutella kat atas tu...


Red velvet ni memang senang nak buat dan tak meggunakan banyak butter.


2 piece for me.


Hmm...memang best....ada Nutella tu lagi sedap...


Actually buat ni sempena ada makan makan kat office awal tahun 2018....




Wednesday, September 5, 2018

Merdeka Day Cake...Fruit Pastry Cake....

Kali pertama mencuba buat this fruit pastry cake and it taste so good. Sebelum buat kek ni adalah study sikit resepi ni , saw few types of resepi. So saya pilih resepi adik Danish Harraz sebab sangat simple. Campur semua dan kacau sebati....

Fruit pastry cake done...



Kebetulan dalam fridge ada strawberries dan blueberries......peach dalam tin memang lama dah beli tapi tak tau nak buat apa......tu yang try the resepi...buah peach tu basah so kita ambil kitchen tissue dan lap buah peach tu.....dia tak akan kering sangatlah but its ok...




Campur semua bahan dan kacau sebati but don't overmix ya sebab nanti kek tak moist...


Bila dah tuang dalam Loyang ......boleh lah letakkan buah buahan tu....jangan tekan sangat buah tu bila letak sebab nanti akan tenggelam...


Dah siap dibakar kek ni.....


Loving this cake...


Cake ni tak tinggi ya sebab kalau tinggi tak cantik.


Bila dah siap ni sibuklah photo session...


Rasa manis masam pun ada.....one more tips .....mesti letak kulit orange yang disagat....ia akan membuatkan kek ni jadi sangat wangi dan membuatkan kita rasa nak makan.....sangat sanga harum..


A piece of fruit pastry cake to go with a cup of coffee.....memang sedap. Currently my favourite cake.....




FRUIT PASTRY CAKE
Source : IG Danish Harraz

Bahan - bahan

226 g Tepung naik sendiri
160 g gula kastor
150 g salted butter, dicairkan dan sejukkan sedikit
3 biji telor Gred A
100 ml butter milk or sour cream
1 sudu the esen vanilla
Parutan lemon/orange zest yang fresh dari 1 biji lemon/orange (parut kulit yang kuning/oren saja)
500 g buah fresh yang kurang berair , jika gunakan yang dalam tin harus dikeringkan dulu sebelum digunakan. Hiris dan gaul dengan2 sudu besar gula kastor.
Saya guna strawberries, blueberries dan peach dalam tin.


Cara
Panaskan oven pada suhu 160 darjah C. Gris baking tray size 9 " dengan butter. Alas dengan parchment paper. Jika guna Loyang kecil, kek akan jadi tebal dan tak cantik.

Dalam bekas , masukkan tepung naik sendiri, gula, butter yang dah dicairkan, telor, kulit lemon/orange, buttermilk dan vanilla.
Kaup balik menggunakan senduk kayu hingga semua rata dan sebati, jangan overmix nanti kek tak moist.
Lepas tu tuangkan dalam baking tray. Ratakan.

Ambil buah buahan yang telah disediakan, gaul bersama gula halus dan susun buah atas adunan dalam Loyang tadi. Bila letak buah jangan tekan sangat nanti buah akan senang tenggelam.
Bakar dalam oven selama 40 - 50 minit, bergantung pada oven masing masing atau sehingga kek masak.Sejukkan di atas redai dan tabor gula icing juka suka.


Nota :
Simpan kek semalaman pada suhu bilik dalam bekas kedap udara.
Kek ini ada buah buahan so boleh tahan 2 - 3 hari je pada suhu bilik.
Saya letak dalam fridge, kek tahan lama ( lebih seminggu dalam fridge) tapi buah terutama blueberries akan rasa sedikit basi but no harm memakannya.

Tuesday, August 14, 2018

Restoran Jepun di AEON Jusco Tebrau...Restoran Yoshinoya....

Throw back makan makan ala Jepun kat Restoran Yoshinoya kat AEON Jusco Tebrau. ( at LOT 5117, 2nd Floor).

Saya bukan lah fan makanan Jepun sangat tapi melayankan yang lain yang nak makan....tekak saya tekak Melayu yang sentiasa nak makan pedas....


Satu bowl ni mahal juga dalam RM15.00....



Ni favourite the kids....kari Jepun ...he..he...tak pedas patut kids suka..


Banyak daging tu.....plain sup....kena makan dengan cili padi if not tak leh masuk...


Udang tempura...


Kids punya jua....


It goes well with hot green tea...



Monday, August 13, 2018

Addeniums kuning...

Salah satu pokok bunga yang saya suka tanam ialah addeniums. Saya suka yang berlapis sahaja.


Si kuning ni jenis berlapis.


Memanng cantik.


Nilah benih addenium . Bila kering ia akan meletop dan tumbuh....tapi saya tak pernah lihat anak addenium yang tumbuh dari benih ni.


Addenium ni senang hidup dan tak susah nak jaga. Yang best rajin berbunga kalau rajin membajalah.



Red velvets Brownies for raya 2018

Raya 2018 tahun ni , saya buat red velvet brownies je. Buat 2 biji.

Nak balik kampong perjalanan jauh so red velvet brownies ni memang sesuai. Tak perlu risau cream akan rosak atau comot.


Red velvet brownies ni memang kesukaan ramai.


So just wrap them...


Cantik pulak bila cam ni ya..he..he...


One for my mom and one for my MIL house...


This cake memang ramai peminat...


This is size 10" x 10 ".....always do this size...


Sunday, August 12, 2018

My Sweet blue hydrangeas....

My sweet blue hydrangeas ni saya beli kat satu nusrseri kat Melaka. Masa tu sebatang je dan tak tahu warna apa....Harga cum RM10.00 sahaja.

Bila berbunga ...yes its blue colour...


Pelik sikit bunga keluar tak bergugus sangat..


Ada yang panggil bunga ni hydrangeas ada juga yang panggil bunga 3 bulan.


Bunga ni kalau kat pokok memang tahan lama...dalam 2 bulan juga lah..


Hydrangeas ni ada a few colours . Yang saya ada ialah pink dan biru.


This one is local hydrangeas. We can see from the daun. Daun dan batang kecil. Kalau yang Cameron Highland punya batang pokok tu gemuk dan daun hijau besar.....bunga janganlah cakap memang besar dan cantik.Warna pun agak terang.


Saya pernah bela hydrangeas yang dibeli dari Cameron, 2 tahun saya tunggu namun tak berbunga bunga ....akhirnya saya buang ke hydrangeas tu. Yang ni pulak lain caranya...jenis meninggi dan bunga berjuntai juntai...apa pun I still love them....janji rajin bunga ya...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...