Monday, May 21, 2012

Jalan-jalan di Penang - Part 1


Apa yang menarik di Penang ya? Ada Taman rama-rama, Taman Botani, Bukit Bendera dan macam-macam lagilah tapi sebab kesuntukan masa dapat pergi few places je.

TAMAN RAMA-RAMA/ PENANG BUTTERFLY FARM

Family package untuk 4 of us = RM46.00.( 2 dewasa + 2 kids ). Boleh tahan mahal. Banyak juga butterfly kat sini. Kira puas hatilah. Taman dibuka dari jam 9 pagi hingga 6 petang.
Setiap hari Isnin - Ahad.

Antara rama-rama yang ada kat sini.

Bunga Raya warna merah + nenas diletakkan sebagai daya tarikan untuk rama-rama ni bertenggek dengan banyaknya. Mungkin aroma serta warna bunga raya + nenas ni memikat hati si rama-rama.


Rama-rama ni banyak kelihatan di pokok yang berbunga.


Ni orkid hidup ya. Sekali pandang ingatkan orkid plastik.


Di antara pokok bunga yang terdapat di sini. Bunga purple tu macam seri pagi tapi bukan sebenarnya. Satu lagi pokok yang unik, pokok yang sangat tinggi dan bunganya warna purple tu memnag cantik. Pokok ni tak banyak daun.



Pemandangan dalam taman rama-rama.


Cantik dia bergayut di situ menghisap madu.


Yang ni rama-rama yang telah diawetkan. Ni jenis dari luar negara. Cantik sungguh.

TAMAN BOTANI

Taman ni taklah berapa luas sebenarnya tapi kalau nak jalan berpeluh jugalah. So naik je lah tram yang macam train tu. Fees RM2.00 for dewasa + RM1.00 for kids. Yang peliknya kat sini, pokok seperti orkid diletakkan dalam kurungan so kita hanya boleh tengok dari luar sahaja. Tidak banyak pokok yang berbunga. Naik tram pusing satu pusingan dalam masa 10 - 15 minit saja dah selesai. Cepat sangat.


Yang menarik kat sini hanyalah pokok besar ni, namanya Canon ball tree berasal dari Guyana.Ketinggian pokok ini ialah 25m. Ditanam pada tahun 1938. Bau wangi melalui bunga lilin yang tumbuh pada batang pokok. Buah mengambil masa selama 8 ke 9 bulan untuk masak ranum.


Pelik pokok ni tapi cantik bunganya.



Cik monyet ni memanglah banyak di sini.


Cik Abang ais krim ni memang bagus businessnya. Penang masa ni memang sangat panas terik apa lagi pekena ais krim dululah.


Meleleh air liur tengok ais krim ni. Kacangnya banyak. Harga RM3.00 for a simple ice cream coklat.

Thursday, May 17, 2012

Hard Rock Hotel, Penang

Sampai juga akhirnya ke Hard Rock Hotel,  Batu Feringgi, Penang. Dari airport memakan masa 45 minit untuk sampai ke sini. Jauh juga tu. Sepanjang jalan di Batu Feringgi ni memang banyak hotel, pilih saja yang mana berkenan. Menginap 3 hari 2 malam di Hard Rock Hotel ni, sampai check in terus dihidangkan welcome drink for  4 of us.


Ni favourite spot, semua orang mesti snap photo kat sini.

Pandangan dari belakang hotel.

Yang best kat sini swinmming poolnya besar dan banyak. Sesiapa yang menginap bilik bawah ni boleh terus terjun dalam swimming pool. Memang pool view betul.

Pemandangan mengadap laut. Memang cantik pantai Batu Feringgi..

Lounge area. Kat sini ada live band sampai pukul 10.30 malam. Nak tengok live band boleh ke Hard Rock Cafe di sebelah kiri hotel.

The rooms. 2 single bed yang bercantum muat for 4 of us.

Items in the rooms.

To our rooms. Different level lain decoration.


Cam nak masuk A-Famosalah pulak. Nak masuk pool semua kena pakai purple tag ni. Baik yang muda mahupun yang tua. Ada gelongsor juga.  

Pemandangan sekitarnya.

Antara barang pameran kat sini.

Yang best tentunya Hard Rock butik ni. Ada 2 butik - satu kat hotel dan satu lagi dalam Hard Rock Cafe tapi kat sini kecil sikit. So its time for souvenior.  Price t-shirt memang expensive, start from RM60.00 and above.

Hard Rock Cafe is just on the left side of the hotel.

Makan-makan di Penang - Part 2


Since menginap di Hard Rock Hotel, Batu Feringgi so cerita pasal makan-makan kat sinilah ya. Breakfast dulu.
Antara sajian sarapan yang dinikmati. Kat salad yang ada cheese berwarna cream + kehijauan tu tak sedap. Breakfast international style sikit, local food tak banyak. Selalu nampak Chef kat channel AFC guna, so nak trylah rasa. Memang tak sedap.

Table setting yang simple.

 
Alamak mamat ni terposinglah pulak dia.

 
Perabot puith + ungu. Cantik.


Makan malam at Hard Rock Cafe

Dinner yang lambat sangat, pukul 10.00 malam ni dah kira supper ni. Sebab nak tengok live band yang start at 10.30 tu yang turun lewat sikit. So kena cepat -cepat makan as for the kids, not advisable to be in the cafe when the live band starts. Lepas makan send them back to the rooms. Dishes kat sini english style lah. Semuanya expensive belaka.


Ni namanya Quesadilla harganya RM20.00. Its just a snack but to cheesy. Tak kena dengan tekak saya.

 
Chocolate moose very sweet  RM12.00 + cheese macaroni RM22.00 + chicken tender RM18.00 for the kids

 
My cappucino  RM12.00 + starwberry milkshake




Wednesday, May 16, 2012

Makan-makan di Penang - Part 1

Tak sangka , tiba-tiba dah sampai Penang, sekarang ni senang ada flight direct dari Johor ke Penang via Air Asia. Perjalanan hanyalah 1 jam saja. Setiap kali naik Air Asia mesti pening kepala. Tak tahulah kenapa, allergic kot. Flight pagi buta jam 7.30 so sampai Penang 8.30am. Sarapan dulu than baru ronda-ronda. Tak tahu hala tuju mana nak pi so , terus je ke Komtar dengan dipandu arah oleh Cik GPS, kalau tak da dia mau sesat dibuatnya walaupun Penang ni pulau yang kecil tapi besar juga. Lepas pi 1st Avenue, shopping mall perut pun dah lapar gila ni so jom makan tengahari.

Nasi Kandar Line  Clear

Tempat ni terdapat di lorong saja. Tapi orang memang ramai. Apa yang menarik di sini ya. Mari kita tengok. Tak susah nak cari gerai ni, search je kat GPS, sampailah kita. Ada lagi satu lagi nasi kandar yang famous iaitu Nasi Kandar Beratur  dekat dekat dengan Komtar tapi buka dari jam 10 malam. Ya........ ampun lewat sungguh. Dah nak tidur , cam na nak makan heavy ni.

Tengok kepala ikan ni, besarnya. kosong belum diletak kuah kari lagi. Takut tengok ikan besar-besar ni. Berapalah uncle ni nak charge ya? Tak ambil pun...takut.....

Selautan kuah kari. Pekat ni. Sampai tertumpah melimpah yang atas tu.

Udang boleh tahan besar juga.
Ni my lunch, harga RM11.90 = nasi putih + sotong kari + telor sotong + sayur  + limpahan kuah kari.
Sotongnya liat mungkin terlebih masak. Bagiku biasa saja kari ni. I think my mom punya kari lagi best.


Nasi putih + ayam goreng = RM6.00

The bills. Total RM38.00.


Kat dalam lorong nilah, gerai Nasi Kandar Line Clear. Dibuka 24 jam lagi.
Suasana gerai.

Jumpa tanda Medan Lebuh Campbell , dah dekat lah dengan gerai Nasi Kandar Linfe Clear ni. Parking memang tak banyak ya. Park tepi jalan je.


Pasar Chowrasta, Penang

Pasar ni dekat dengan landmark kat atas tu, so lepas makan nasi kandar bolehlah shopping jeruk. Kat pasar ni memang banyak dijual jeruk.
Berbagai jenis jeruk tapi jeruk ni taklah masam.

 
Percaya tak 1 kg jeruk harganya RM5.00 saja. Murahkan. Yang dalam plastik tu beratnya 1kg lah. Buah pala pun banyak, orang kata pi Penang mesti nak beli buah pala. Ada yang siap dibungkus 4 packet RM10.00

 
Persiaran Gurney

Kalau nak ke Batu Feringgi, mesti lalu tempat ni. Betul -betul tepi laut. Dibuka setiap 6 petang hingga malam.

Sempat merasa Char Kuay Teow.

Antara hidangan yang dinikmati. Rojak pasembur + char kuay teow + meehoon hailam.

Gerai rojak pasembur. Meriah gitu. Pilih je apa yang nak.

Uncle ni punya gaya tersendiri menarik pelanggan. Potong pasembor sambil menyanyi menyebut Rojak! Rojak! Rojak ! Gelek ! Gelek ! Berpusing-pusinglah dia ni. Memang kelakar melihat gelagatnya.


The Little Nyonya Cuisine, Plaza Gurney

Hari kedua lunch terlewat,  so makan di The Little Nyonya Cuisine, Plaza Gurney. Berada di mall ni seperti shopping di Bukit Bintang , KL tak terasa berada di Penang.

Tomyam + Mee Kari. Pekat gila kuahnya.

Pie tie ni my favourite. Ala -ala popiah intinya. Kulit pie tie ni nipis dan crunchy.  Satu set 5 pieces RM6.00.
Ni special sikit, otak otak in beancurd deep fried. Sedap. Sepinggan RM12.00.

 
Sebenarnya ada banyak lagi tempat makan, tapi tak sempat nak pergi. Makan je apa yang nampak. Percutian ni sangat singkat so tak sempat nak pegi kesemua tempat makan. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...