Sunday, January 13, 2013

Sudah sampai dari LOT 57.....

 
Apa yang dah sampai tu? My new order of roses dah sampai dari Chai Suk Fah ( Ling) , LOT 57, Sungai Buloh. Kalau tengok roses Ling kat FB, (boleh add and c at FB, search for Chai Suk Fah) boleh pengsan dibuatnya. LOT 57 ni, ada banyak roses dari jenis David Austin dan lain -lain jenis. Memang sangat cantik.


Parcel yang sampai sangat kecil kotaknya. Isi dalam ada 2 pokok roses. Cam tak percaya, bila lihat parcel ni.



Cara packing and the bills. Ranaplah. Anak Shocking blue RM35 + Spirit of Freedom RM35 + Postage RM11.30 via poslaju = RM81.30.


 Ta...da....Nilah pokok ros yang dipacking dengan baik sekali dalam kotak kecil bersaiz A4. Yang warna purple tulah ros Shocking Blue....soft petals....baunya ya ...ampun tersangatlah wangi....sampai ke dapur boleh bau. 


Setelah direpot roses ni. Shocking blue ni macam susah sikit sebab daunnya pun sikit. Harap harap menjadi dengan saya. Spirit of freedom ni jenis climber. Kena berdoa banyak-banyak supaya roses saya cantik cam kat bawah ni.
 
 
 Ni saya ambil dari FB Chai Suk Fah. Kiri tulah Shocking Blue dan kanan warna pink tu Spirit of Freedom. Harap saya punya pun boleh jadi cam ni juga, kita nantikan ya.
 

Kalau ada sesapa nak order boleh pi FB search for Chai Suk Fah.

Saturday, January 12, 2013

Mee Wantan....sedap...

 
Pertama kali makan mee wantan ni kat Bangsar. Em...sedap....sambil makan terfikir-fikir apa yg diletak. Sikit je meenya tapi harga RM6.00 sepinggan. Mahal tu. Lepas to goggle menggoggle so createlah resepi sendiri ikut citarasa.
 
 
 Mesti ada bawang goreng yang dibuat sendiri dan fishball baru sedap.
 
 
 Dimakan bersama sup.
 
 
Mee wantan ni kering, kita perlu merebusnya dahulu sehingga lembut.
 
 
MEE WANTAN
 
Bahan
2 keping mee wantan direbus , lalukan dengan air sejuk dan toskan
2 sudu besar minyak bijan
1 susu besar minyak zaitun
2 sudu besar kicap manis ABC
1sudu besar fish sos 
1 sudu besar MAGGI seasoning
1/2 sudu kecil lada sulah (tak letak pun tak pa)
sayur sawi pendek direbus dan toskan
 
Cara
- letak semua bahan (kecuali sayur)  dalam mangkuk dan kacau sebati. Masukkan wantan mee dan gaul rata sebati.
 
Sup
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 sudu kecil udang kering
2 mangkuk kecil air
fish ball/kek
cendawan shitake
 
Cara
-Tumis bahan yang dikisar /tumbuk(bawang putih + merah+udang kering).
-Masukkan air, medidih letak fish ball dan cendawan shitake.
-Letakkan garam, gula , secukup rasa.
 
Cara Hidangkan
-Letak mee wantan yang telah digaul sebati di atas pinggan. Susun sayur sawi diatasnya. Ambil cendawan dan fishball dari sup susun atas mee tadi.
-Letak daun bawang + cili padi.
-Tuangkan sup tadi tapi jangan banyak sangat.
-Last sekali taburkan bawang goreng.
 
 
 
 
 

Thursday, January 10, 2013

Damask kesayangan mekar mewangi........


Sudah semestinya damask antara roses kesayangan saya kerana bau, warna dan kerajinannya berbunga memikat hati. Melihatkannya hati jadi tenang dan damai. Pabila tercium bau harumnya lagilah tak terkata.


Really love this photo. Beautifull pink colour and sweet smell.


Selalunya kudup akan keluar maksimum sebanyak 5. Pernah sekali kudup keluar sehigga 17 kudup , boleh lihat di SINI.

Macam sanggul lah pulak cantik tersusun. Daun yang panjang di bawah tu ialah daun bunga kantan.




Berebut - rebut cik lebah ni nak menghisap madu. Kalau kita bau je dah harum, apalagi pada cik lebah mesti manis madunya kan.


Saya ada 2 pasu ros damask ni. Satu pasu damask ni menumpang dengan pokok bunga melor saya. Two in one, nasib damask ni tak merajuk.

Dari kudup ke mengembang mekar.

Cheese Cake penghujung tahun 2012

Terima kasih pada officemate yang sudi order cheese cake dari saya.

Blueberries Cheese Cake untuk Nurul.





 Oreo Blueberries Cheese Cake untuk Fifi.





 Oreo Blueberries Cheese Cake untuk Eyda.




Tuesday, January 8, 2013

Cempedak Goreng

First time goreng cempedak ni. Al-maklumlah sebab tak suka dengan benda yang bergetah-getah ni. Kalau dibandingkan getah nangka dan cempedak, getah cempedak lebih susah nak dihilangkan. Puaslah saya lumurkan minyak masak namun masih susah nak hilang.

Ni favourite my daughter. Saya pun suka tapi tak boleh makan banyak sebab cempedak ni angin. Nanti perut saya senang sakit.


Cempedak yang dibeli di pasar tani dengan harga RM5.80 sebiji. Bila dikorek- korek dalam isinya memang banyak. Tapi sayang yang ni tak berapa  masak lagi, rasa masih ok lagi.

Kecil je cempedak ni. Bila dikorek dapat banyak jugalah cempedak ni.


Rasa cempedak goreng ni manis - manis buah.


Yang bestnya biji cempedak ni boleh dimakan. Sedap. Biji cempedak memang my favourite. Kalau biji nangka mesti nak rebus dulu baru boleh makan.


Lovely cempedak collage.

CEMPEDAK GORENG

Bahan
Cempedak
2 sudu besar tepung beras
1 sudu tepung gandum
1 sudu besar marjerin/butter
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa
air secukupnya

Cara
-Masukkan tepung beras + tepung gandum + air kacau sebati. Adunan mestilah tak terlalu cair dan terlalu pekat.
-Letak serbuk kunyit sebagai pewarna. Kacau rata dan masukkan marjerin. Kacau sebati .
-Panaskan kuali. Masukkan cempedak ke dalam adunan tepung dan gaul rata. Senduk cempedak bersalut tepung dan goreng hingga kuning keemasan.





Monday, January 7, 2013

Taman Roses tahun 2012

Tahun 2012, adalah tahun saya mula dan serius berjinak-jinak dengan roses. Hasil pembacaan dari group roses di FB membuatkan saya ingin mencuba menanamnya. Dari 3, 4 pokok hinggalah sekarang dah mencapai 30 pasu. He...he...aiyo...banyaknya.


Mula - mula daun pun masih tak banyak tapi bunga banyak. Seronok.


Ni dah start menghimpun koleksi.


Bila kembang mekar, sejuknya hati melihat.


Oh ..my prosperity roses.


Yang kat luar pagar ni , dah merimbun macam hutan pulak.

Sunday, January 6, 2013

Kerabu kacang botol dengan bunga kantan....

Sememangnya kerabu adalah salah satu makanan kegemaran saya. Sangat mudah nak dibuat. Tak perlu nak masak. Semuanya guna fresh item.


Macam-macam ada kat dalam ni. Lagi banyak benda yang diletakkan lagi meriah.


Kacang botol + petai + bunga kantan + bawang +  cili padi  


Tengok pun dah tak sabar nak makan.


KERABU KACANG BOTOL DENGAN BUNGA KANTAN

Bahan
seikat kacang botol
1 batang bunga kantan
1 biji bawang besar dihiris
2 papan petai
cili padi 5 bjii
2 biji limau sambal - perah dan ambil airnya
ikan bilis goreng

Cara
-Campurkan semua bahan di atas kecuali ikan bilis goreng.
-Bila nak makan baru campurkan ikan bilis goreng. Kalau letak ikan bilis awal-awal nanti tak crunchy.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...