Wednesday, May 14, 2014

Ayam goreng berempah....simple dan sedap

Kalau cakap pasal ayam goreng , memang semua anak anak sukakannya. Termasuk lah anak anak saya. Cuma kalau buat ayam goreng berempah ni yang selalu melemahkan  semangat saya ialah minyak jadi hitam sikit dan banyak sampah bertaburan dalam tu. Sekali sekala buat jugaklah.


Ayam goreng berempah ni sedap dimakan panas panas. Goreng bersama daun kari memang best. Aroma daun kari tu yang harum. Kalau ayam goreng berempah ni dimakan dengan nasi lemak memang sedap.

Proses pemerapan. Ni saya perap sekejap je. Kalau nak sedap marinate / perap semalaman barulah sebati rasanya. Selalunya saya akan buat banyak dan simpan dalam tupperware , perap beberapa hari baru saya goreng. Memang meresap semua bumbu dalam ayam tu.


 Bumbu bumbu yang melekat tu sedap bila diratah. Wajib letak 3 sekawan atau 3 serangkai ni = ketumbar + jintan putih + jintan manis. Disangai dan blend kering. Sangai bermakna goreng tanpa minyak atas kuali. Saya selalu buat banyak dan simpan dalam botol , senang bila nak guna.


AYAM GORENG BEREMPAH

Bahan bahan
1/2 ekor ayam dipotong kecil
1-2 sudu serbuk kari ayam
1 sudu makan serbuk kunyit
garam secukup rasa
1 sudu besar biji ketumbar   }
1 sudu teh jintan putih          }  kisar kering
1 sudu teh jintan manis         }
1 biji bawang besar   }
2 ulas bawang putih   } kisar halus
2 batang serai            }
2 inci halia                 }
1 sudu besar tepung jagung
Minyak untuk menggoreng
Daun kari

Cara
Gaul semua bahan sebati dengan ayam. Perap selama 1 jam atau semalaman.
Panaskan minyak dan goreng sehingga kuning keemasan. Masukkan daun kari ke dalam minyak untuk naikkan aroma. Hidang masa tengah panas.

Tuesday, May 13, 2014

Ondeh Ondeh Labu.....selembut lembutnya...

Ondeh ondeh labu ni memang favourite my daughter. Kalau saya malas nak buat , dia akan buat sendiri. Kali ni cuba buat ondeh ondeh labu, sebelum ni buat yang biasa je. Lepas terbaca resepi ni di blog AzieKitchen terus nak cuba kebetulan ada labu seketul . Thanks for sharing Kak Azie.


Kali ni kejadiannya sangat perfect ...he...he....warna pun cantik.



Ni step cam mana nak buat ondeh ondeh ni. Tak susah sebenarnya. Yang penting adunan jangan terlalu lembik nanti susah nak bentukkan bebola. Bila nak tahu ondeh ondeh ni dah masak ke belum senang je.....bila timbul je bebola kat permukaan air tu maknanya dah masak lah...boleh terus diangkat dan terus golekkan atas kelapa parut yang bercampur sedikit garam.


Dibaluti parutan kelapa tanpa kulitnya ya. Kalau ke kedai mintak aje kelapa putih ya.



Memang sangat sedap ondeh ondeh labu ni. Kelembutannya tak terkata....buat je hilang ....buat je hilang kena ngap...


Bila dipotong dua...nilah hasil di dalamnya. Awesome sesangat. Lepas ni nak try guna keledek pulak.


ONDEH ONDEH LABU
Source : Azie Kitchen

Bahan
2 cawan labu - dikukus/ rebus dan dilenyek
2 cawan tepung pulut
1 ketul gula Melaka - didadu
1/2 biji kelapa parut - putih sahaja dan digaul dengan secubit garam
pewarna kuning - saya tak letak
1/2 cawan ari atau secukupnya - untuk diuli dengan tepung
2 helai daun pandan  - simpul

Cara
Lenyek labu yang dikukus sehingga lumat dan digaul sebati dengan tepung pulut. Masukkan air sedikit demi sedikit. Seterusnya masukkan sedikit pewarna dan gaul rata menjadi doh. Jangan terlalu lembik nanti susah nak dibentuk.
Jerang air dalam periuk bersama daun pandan sehingga betul betul mendidih.
Kemudian buat bebola kecil, masukkan potongan gula melaka di tengah tengahnya dan tutup dengan kemas dan golekkan supaya menjadi sebiji bola. Lakukan sehingga adunan habis. Masukkan bebola tadi terus ke dalam air mendidih. Angkat apabila bebola itu timbul di permukaan.
Akhir golekkan bebola atas parutan kelapa tadi dan bolehlah dihidangkan panas panas.



Thursday, May 8, 2014

My Sweet Celina roses...

My sweet Celina roses ni dah bersama saya setahun lebih tapi payah jugak nak jaga dia ni. Baru awal tahun ni this celina roses rajin sikit nak berbunga lepas diberi  banyak multi vitamin dah selepas dibelai belai.


Celina ni jenis bergugus ...berjambak tapi dengan saya keluar 3 kuntum je....adoi....tapi tak pe lah at least nak berbunga juga.


Masa mula berputik warna agak pekat kekuningan.


 
I just love the yellow colour......celina ni tak lah besar mana pun...size lebih kurang syiling 50 sen je...


Berdua pun tak pe lah....still cantik di mataku.....Boleh klik SINI untuk lihat roses celina ni yang pernah berbunga sebelum ini.



Ni bila dah agak nak kelayuan....warna akan bertukar..


Ada yang sudah pudar sikit warnanya...



Bila dah hujung hujung warna bertukar kepada cream keputihan maknanya dah nak layulah...


Lovely celina collage...just love them.

Wednesday, May 7, 2014

Simple Puff Sardin....

Hari hari buat breakfast sampai dah tak tahu nak masak apa. Tetiba dapat idea nak buat puff sardin yang simple je ni. Kalau pakai puff pastry ni tak lah berminyak sangat so kalau nak makan tu tak lah rasa bersalah. Pastry ni dibakar dalam oven tu yang tak berminyak. Menu untuk diet pun ok gak ni.


Not bad puff sardin ni tapi kena makan panas panaslah ya baru sedap. Dah sejuk memang tak sedap.


Hasil intinya bila dipotong dua. Kalau buat sendiri boleh letak lebih sikit inti sardin tu.


Buat yang ni dulu, inti sardin yang simple je. Letak bawang besar , cili merah dan gaul je semuanya dan dihancurkan sardin tu.

Hidup jadi lebih senang dengan Puff Pastry jenama Kawan ni.


Letakkan pastry dan masukkan inti sardin , lepas tu ditutup. Sapukan kuning telor. 


Dah siap boleh lah bake dalam oven selama 1/2 jam api atas bawah pada suhu 150 darjah.


 
Selain dari sardin, boleh juga guna hot dog. Balut je dan terus bakar. Senang je. Kita boleh pelbagaikan inti kat dalam tu ikut kesukaan citarasa masing masing.


PUFF SARDIN
Source : Sweetiesaqi

Bahan
1 tin sardin
1 biji bawang besar
1 biji cili merah
sedikit garam
1 pek puff pastry jenama Kawan
1 biji kuning telor - boleh letak sedikit pewarna kuning

Cara
Sardin, sedikit garam, bawang besar dan cili merah dimasak sekali dalam kuali dan dihancur hancurkan sardin tadi. Letak inti yang dah siap pada sekeping puff pastry dan tutup lapik dua . Ditepi tekankan dengan garfu untuk melekatkannya. Sapu kuning telor di atas puff tadi dan boleh dibakar pada suhu 150 darjah selama 30 minit ( ikut oven masing masing ya )

Sunday, May 4, 2014

So Cool lah dia ni......

Si Cool Water ni roses yang baru saya dapat dari Mami. Masih dalam proses pembesaran lagi. Kali ni first bloom. So in love with the very sweet colors. So kita layan ros yang warna pink purple ni ya.....


Warna dia memang sangat sweet sebab tu dipanggil Cool Water agaknya.......cool je memanjang....


Boleh tahan harum juga baunya.


So sweet dia ni....warna nak kata purple tak jugak .....mix lah pink and purple...


 
Satu je yang bloom ....tapi saya shoot banyak angle......



Nak bagi roses ni besar so that boleh produce banyak sikit bunga..

Thursday, May 1, 2014

My CB roses......u are beautifull....

Ros CB saya ni kali pertama berbunga, setelah membeli dari Mami seperti biasa. Warna purple lagi kali ni. Sesungguhnya waran purple ni memang cantik menawan. Asalnya si CB ni dari Jerman sana he...he...jauh tu kan.


Kali pertama nampak CB ni mekar begini .....memang tersangat cantik tak terkata.



Bau CB ni memang sangat sangat harum.


Dari bahagian sisi yang lain.

Memang sangat cantik......hati terpaut bila bertentang mata......wah.....

Wednesday, April 30, 2014

Restoran Nasi Arab Al Jabali

Hu...hu....nasi arab lagi. Kalau dah kemaruk nak makan nasi arab tu mesti nak cuba restoran baru kan. Kali ni Restoran Nasi Arab Al Jabali di Jalan Kolam Air , Johor. Tak susah nak cari kedai ni , bersebelahan masjid yang baru dibuat disitu. Masa kami sampai dalam pukul 5 petang hari ahad. Nasib baik ada lagi. Jam 5.30 petang nasi pun dah habis dan mereka tak ulang memasak lagi. So sesapa nak pergi ke restoran ni kena pergi awal lah sebab nasi cepat habis.


First time nampak nasi arab ni warna putih......sekali bila suap wah serius lembut gila nasi arab tu......sedap betul lah....tapi ayam tu ada pelik sikit macam ayam goreng.....tapi tak pelah saya ok je. Highly recommended. Ni nasi arab kedua yang sangat sedap pernah saya makan selepas Restoran Damsyik di Seremban. Boleh klik SINI untuk lihat restoran tersebut.



Kebiasaannya kami akan order teh Arab satu teko , jimat sikit. Ambil yang panas punya. 


Hiasan dalaman kedai. Very the orange gitu.



Di hadapan kedai...nampak meriah dengan warna oren ni. Restoran ni ada juga menyediakan khidmat catering.

RESTORAN NASI ARAB AL JABALI
Alamat : No. 21, Jalan  Kolam Air 1,
Taman Nong Chik Height,
 80100 Johor Bahru
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...