Wednesday, July 13, 2016

Raya cakes 2016......

Tahun ni raya at MIL so sempat buat 2 cakes only....one is red velvet kegemaran ramai and the 2nd one is Victoria sandwich cake....

Buat kek yang simple simple je.....tak rajin nak mendeco sangat..



Red Velvet with cream cheese and nutella drizzle....senang hidup ada bundt pan ni...cuma cabaran yang paling hebat ialah bila kek stuck in bundt pan tak boleh keluar....bila keluar kek jadi separuh....hadoi ngeri part ni...nasib ada cream cheese tu boleh cover cover sikit..



Victoria sandwich siap potong senang...



Love this 2 cakes.....the taste memang sedap...

Klana Resort, Seremban....coti coti raya...

Tahun ni turn raya at my MIL house kat Seremban. Tetiba cik hubby book rooms kat Alson Klana ni sempena raya. Book for 2 days. Klana Resort ni dah lama juga rasanya almost 20 years ago....so memang hotel lamalah...

Swimming pool memang besar. My daughter dah 2 kali panggil naik pun tak mau naik juga....hadoi....ya lah dah lama tak mandi pool katanya...



Bilik mengadap swimming pool but ours is facing the garden....tak snap photo inside our room coz nothing special.....aircond dia bagus ...sejuk ....cuma bila bilik hotel ni dah lama ada smell sikit.....mintak spray pewangi from housekeeping and spray all over the room boleh lah bernafas sikit...lega rasasnya...



Can play chess.....


Beautifull waterfall....


Love this kuih apam...so sedap and not sweet...


Lagi sedap dimakan bersama sambal tumis..



As usual my plate.....not bad taste food kat sini..


Kueh teow sup...biasa je..


Iniside the coffee house...

Tuesday, July 12, 2016

German Cookies katanya.....sedap ke...

German cookies ni first time saya buat. Tahun ni Nampak macam biskut ni famous juga so saya pun cubalah buat. Bahan memang tak banyak dan sangat sangat simple.

German cookies ni senang melt in mouth.


Very the old school way.....teringat zaman dahulu kala ni lah tudung periuk yang dibuat bakar biskut. Dulu dulu tak de dulang pembakar yang besar tu. Kali ni dulang pembakar saya yang berwarna hitam tu tak cukup so terpaksalah guna tudung periuk ni.



German cookies ni pun drop cookies....senang je...bulat bulatkan dan penyekkan dengan garfu so dapat lah design memanjnag tu...


Ada yang suka cookies ni dan ada yang tak suka juga.....As for me ok lah....tak de lah suka sangat...he...he...


German cookies ni tak banyak bahan yang digunakan.....yan gpaling penting kena ada tepung kentang...


Cookies ni cepat masak tapi sayang sangat ....satu adunan tak dapat banyak ya...in other words tak muai.....

GERMAN COOKIES
Source : Azlita MasamManis

Bahan - sila gandakan untuk dapat lebih cookies.
  
125 gm butter, dilembutkan pada suhu bilik
40 gm gula icing, diayak
1 teaspoon vanila paste , untuk biskut perisa vanilla
2 teaspoon serbuk koko, optional(ditambah jika ingin mendapatkan biskut perisa coklat)
125 gm potato starch
80 gm tepung kek/tepung gandum 

Cara

Di dalam mangkuk pengadun, pukul butter dan gula icing hingga gebu dan ringan. Tambahkan asen vanilla dan gaul rata.
Ayak tepung kek dan juga potato starch ke dalam adunan. Gaul menggunakan spatula hingga mendapat doh yang lembut. Sekiranya doh terlalu lembik dan sukar dibentuk, balut dengan plastik dan simpan di dalam peti sejuk 10-15 minit.Saya tak simpan dalam peti sejuk pun.
Gentel doh menjadi bebola-bebola kecil dengan diameter lebih kurang 2cm dan susun di atas loyang pembakar yang telah dilapik dengan kertas pembakar. Tekan setiap bebola dengan garfu untuk mendapatkan corak(celup garfu ke dalam air selepas setiap kali penggunaan untuk mengelakkan doh melekat pada garfu).
Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama15 minit di rak yang paling atas(tidak perlu membakar sehingga biskut bertukar warna menjadi warna perang).







Friday, July 1, 2016

Biskut Chocolate Chips......the best ever..

Biskut Chocolate chips Famous Amos ni memang diminati ramai. Setiap tahun mesti nak buat.

Rasanya sedap sebab ada chocolate Cadbury Milk yang disagat di dalamnya.


Menggunakan choc chips Hersheys, chocolate Cadbury disagat dan badam cincang.


Drop cookies namaya so tersangat senanglah. Kena sabar mendropkan dough ni...


Saya buat 2 adunan ....biskut ni memang muai dan dapat banyak.



Chocolate Hersheys tu memang sedap....bila letak kat tengah tu cantik je..


Letak banyak almond tu ....sedap.



Cookies yang dah siap ....nak bagi mertua dan for my mom...


Hari hari duk Kruk krak ...macam ni belum raya dah tinggal sikit...Boleh klik SINI untuk lihat entri sebelum.




BISKUT FAMOUS AMOS
Source : internet - tak ingat dari mana sebab resepi ni dah lama. Satu ketika dulu tengah famous pasal cookies ni.



Bahan
250g butter
1 cawan gula kastor
1 cawan gula perang
2 biji telor
1 sudu kecil esen vanilla
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil bikarbonat soda
2 1/2 cawan oat yang dikisar halus
1 packet chocolate cadbury disagat
1 cawan badam cincang
1 cawan chocolate chips



Cara
1- Pukul butter dan gula hingga kembang sedikit.
2- Masukkan telor sebiji demi sebiji + esen vanilla. Pukul rata.
3-Masukkan tepung gandum + baking powder + bikarbonat soda + oat kisar = gaul rata.
4-Letak chocolate cadbury yang disagat. Gaul lagi.
5-Last sekali masukkan badam cincang + chocolate chips.
6-Panaskan oven ikut tahap oven masing-masing ya.
7-Ambil secubit bulatkan, letak atas dulang pembakar. Bakar selama 20 minit


Red Velvet Choc Chips cookies ...loving it....

Masuk ni dah 3 tahun berturut buat biskurt red velvet choc chips ni. My favourite biskut ni sebab texturenya yang soft.

Saya selalu buat 2 adunan terus....senang ...


Everything masukkan dalam tu..


Biskut ni jenis drop cookies ....senang nak buat ...tidak memerlukan acuan....
Biskut ni tidak menggunakan sebarang serbuk penaik so ianya tidak berapa membesar. Saya langgar pantang ...saya letak sediki baking powder...he...he...


Serbuk koko saya letak sedikit sahaja sebab saya nak maintainkan warna merah dia tu....banyak juga pewarna merah saya letak.


Setelah didropkan cookies......letak choc chips warna belan putih tu....


Merahnya mak ngah yang sorang ni..he..hee...Boleh klik SINI dan SINI untuk lihat entri sebelum ni.


Biskut ni tak muai sangat...buat 2 adunan tak dapat banyak sangat tapi ok lah untuk saya.

RED VELVET CHOC CIPS COOKIES
Source : Azlita Masam Manis
Oleh : Planta
Rujukan : Koleksi 20 Resepi Planta
Bahan 
120 gm margerin Planta
10 gm minyak sapi
100 gm gula kastor
120 gm tepung gandum
50 gm tepung beras
50 gm badam cincang
1 biji kuning telur
1 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu besar pewarna merah
30 gm coklat cips putih
30 gm coklat cips


Cara
Mula-mula kita ayak bahan kering.
Satukan tepung gandum, tepung beras dan serbuk koko dan ayak, ketepikan
Bakar sebentar badam cincang dalam ketuhar pada suhu 170 C selama 5 minit
Di dalam mesen pemutar, satukan margerin Planta, minyak sapi dan gula kastor, putar hingga adunan kembang dan bertukar warna kuning pucat.
Tambahkan telur dan putar sebati.
Kemudian tambahkan esen vanilla dan pewarna merah, putar lagi hingga adunan rata.
Masukkan bahan yang tekah kita ayak tadi, gaul dengan denduk kayu atau spatula rata
Tambahkan badam , 1/2 daripada choc cip dan 1/2 daripada choc cipputih
Gaul adunan rata.
Sudukan adunan di atas dulang pembakar
Hiaskan permukaan doh tadi dengan baki cip coklat dan cip coklat putih
Bakar dalam ketuhar pada suhu 150C ( ketuhar hendaklah di panaskan 15 minit awal sebelum memasukkan doh). Ikut kepanasan oven masing masing ya.
Bakar selama 20 minit.
Sejukkan biskut di atas redai setelah masak dan simpan di dalam bekas kedap udara.



Selamat mencuba dan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.................

Thursday, June 30, 2016

Salty Pretzels Cookies...nyum ...nyum...

Soon is going to Raya....today is 26 Ramadan .......sempat buat 3 jenis biskut je for this raya.....rasanya bulan puasa kali ni agak pantas berlalu.....masa suntuk. Tambahna pula makin berumur ni tahap kepenatan tu agak tinggi.....

This cookies memang sedap....

Antara bahan yang diperlukan ....Pretzels tu boleh tahan mahal juga harganya.....beli 2 pack as I need to do 2 adunan sekali...

Pretzels tu ada yang diblend dan dipatah patahkan...

Salty pretzels ni jenis drop cookies....senang nak buat tak payah nak menerap bagai...cekup dan bulat bulatkan je...

Letak atas redai untuk mempercepatkan proses penyejukan cookies ni...
 
Salty pretzels cookies ni memang kegemaran ramai...

Tahun ini cokies dough saya ni sangat lembut.....Thanks to Kak Rima Bisousatoi yang share this resepi. Masuk ni dah 3 tahun berturut saya membuat cookies ni, Boleh klik SINI dan SINI untuk lihat entri yang lepas.

Bila makan tergigit pretzels yang rasanya masin sedikit dan coklat Hersheys yang lemak tu ...oh..memang it blends very well..




SALTY PRETZEL COOKIES
Source :Bisousatoi
by Carey Jones n Robyn Lenzi

Bahan 
125 g tepung gandum
2 sudu besar malted milk powder - boleh guna horlicks
1/2 sudu kecil bikarbonat soda
1/2 sudu kecil garam - saya tak letak
185 g mini pretzels
170 g gula kastor
130 g dark brown sugar - saya guna yang biasa saja
1 biji telor medium saiz
170 g chocolate chips

Cara
- Panaskan oven 180 darjah - saya guna 120 darjah. Ikut oven masing masing ya.
- Satukan tepung, malted milk powder atau horlicks, garam dan bikarbonat soda - gaul rata.
- Mesin kering 85 g pretzels sehingga menjadi serbuk dan tambah ke dalam mangkuk tepung tadi. Kacau rata.
- Racik 100 g pretzels tadi pada kepingan yang kecil kecil.
- Dalam stand mixer, pukul butter , gula kastor dan brown sugar pada kelajuan medium. Masukkan telor dan pukul pada kelajuan perlahan sehingga semua bersatu. Masukkan tepung tadi dan kaup balik dengan spatula atau senduk kayu. Letakkan chocolate chips dan pretzels yang telah diracik tadi. Kaup balik adunan. Adunan mestilah lembut dan tidak keras. 
-Ambil sedikit dan letakkan dalam loyang. Sedikit saja ya sebab adunan ni akan mengembang. Bakar selama 20 minit sehingga biskut masak.

NOTA : Resepi di atas untuk satu adunan sahaja. Selalunya saya buat 2 adunan. Dapatlah bagi mak dan mertua seorang sebotol. Cookies ni boleh dapat banyak juga.


Monday, June 27, 2016

Pecel Lele Lela , Melaka



Sempat singgah makan di restoran Pecel Lele Lela ni di Melaka pada awal tahun. Entri ni lambat keluar....terperap je.....2 minggu sudah dalam bulan Jun 16 balik Melaka.....terperanjat tengok restoran ni dah ditutup.....tak pe lah tengok photo je lah ya...

Order set je...pecel lele ni..







Ayam bakar


Sotong goreng tepung.


Nampak macam sedap .....rasa ok lah..


Ni restorannya tapi sayang dah ditutup pula....restoran ni berhadapan dengan Mydin Melaka di Air Keroh.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...