Tuesday, July 12, 2016

German Cookies katanya.....sedap ke...

German cookies ni first time saya buat. Tahun ni Nampak macam biskut ni famous juga so saya pun cubalah buat. Bahan memang tak banyak dan sangat sangat simple.

German cookies ni senang melt in mouth.


Very the old school way.....teringat zaman dahulu kala ni lah tudung periuk yang dibuat bakar biskut. Dulu dulu tak de dulang pembakar yang besar tu. Kali ni dulang pembakar saya yang berwarna hitam tu tak cukup so terpaksalah guna tudung periuk ni.



German cookies ni pun drop cookies....senang je...bulat bulatkan dan penyekkan dengan garfu so dapat lah design memanjnag tu...


Ada yang suka cookies ni dan ada yang tak suka juga.....As for me ok lah....tak de lah suka sangat...he...he...


German cookies ni tak banyak bahan yang digunakan.....yan gpaling penting kena ada tepung kentang...


Cookies ni cepat masak tapi sayang sangat ....satu adunan tak dapat banyak ya...in other words tak muai.....

GERMAN COOKIES
Source : Azlita MasamManis

Bahan - sila gandakan untuk dapat lebih cookies.
  
125 gm butter, dilembutkan pada suhu bilik
40 gm gula icing, diayak
1 teaspoon vanila paste , untuk biskut perisa vanilla
2 teaspoon serbuk koko, optional(ditambah jika ingin mendapatkan biskut perisa coklat)
125 gm potato starch
80 gm tepung kek/tepung gandum 

Cara

Di dalam mangkuk pengadun, pukul butter dan gula icing hingga gebu dan ringan. Tambahkan asen vanilla dan gaul rata.
Ayak tepung kek dan juga potato starch ke dalam adunan. Gaul menggunakan spatula hingga mendapat doh yang lembut. Sekiranya doh terlalu lembik dan sukar dibentuk, balut dengan plastik dan simpan di dalam peti sejuk 10-15 minit.Saya tak simpan dalam peti sejuk pun.
Gentel doh menjadi bebola-bebola kecil dengan diameter lebih kurang 2cm dan susun di atas loyang pembakar yang telah dilapik dengan kertas pembakar. Tekan setiap bebola dengan garfu untuk mendapatkan corak(celup garfu ke dalam air selepas setiap kali penggunaan untuk mengelakkan doh melekat pada garfu).
Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama15 minit di rak yang paling atas(tidak perlu membakar sehingga biskut bertukar warna menjadi warna perang).







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...