Friday, July 1, 2016

Red Velvet Choc Chips cookies ...loving it....

Masuk ni dah 3 tahun berturut buat biskurt red velvet choc chips ni. My favourite biskut ni sebab texturenya yang soft.

Saya selalu buat 2 adunan terus....senang ...


Everything masukkan dalam tu..


Biskut ni jenis drop cookies ....senang nak buat ...tidak memerlukan acuan....
Biskut ni tidak menggunakan sebarang serbuk penaik so ianya tidak berapa membesar. Saya langgar pantang ...saya letak sediki baking powder...he...he...


Serbuk koko saya letak sedikit sahaja sebab saya nak maintainkan warna merah dia tu....banyak juga pewarna merah saya letak.


Setelah didropkan cookies......letak choc chips warna belan putih tu....


Merahnya mak ngah yang sorang ni..he..hee...Boleh klik SINI dan SINI untuk lihat entri sebelum ni.


Biskut ni tak muai sangat...buat 2 adunan tak dapat banyak sangat tapi ok lah untuk saya.

RED VELVET CHOC CIPS COOKIES
Source : Azlita Masam Manis
Oleh : Planta
Rujukan : Koleksi 20 Resepi Planta
Bahan 
120 gm margerin Planta
10 gm minyak sapi
100 gm gula kastor
120 gm tepung gandum
50 gm tepung beras
50 gm badam cincang
1 biji kuning telur
1 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu besar pewarna merah
30 gm coklat cips putih
30 gm coklat cips


Cara
Mula-mula kita ayak bahan kering.
Satukan tepung gandum, tepung beras dan serbuk koko dan ayak, ketepikan
Bakar sebentar badam cincang dalam ketuhar pada suhu 170 C selama 5 minit
Di dalam mesen pemutar, satukan margerin Planta, minyak sapi dan gula kastor, putar hingga adunan kembang dan bertukar warna kuning pucat.
Tambahkan telur dan putar sebati.
Kemudian tambahkan esen vanilla dan pewarna merah, putar lagi hingga adunan rata.
Masukkan bahan yang tekah kita ayak tadi, gaul dengan denduk kayu atau spatula rata
Tambahkan badam , 1/2 daripada choc cip dan 1/2 daripada choc cipputih
Gaul adunan rata.
Sudukan adunan di atas dulang pembakar
Hiaskan permukaan doh tadi dengan baki cip coklat dan cip coklat putih
Bakar dalam ketuhar pada suhu 150C ( ketuhar hendaklah di panaskan 15 minit awal sebelum memasukkan doh). Ikut kepanasan oven masing masing ya.
Bakar selama 20 minit.
Sejukkan biskut di atas redai setelah masak dan simpan di dalam bekas kedap udara.



Selamat mencuba dan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.................

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...