Dah lama mengintai resepi kek Lemon Blueberries ni dari blog Sweetapolita, baru sekarang dapat buat. Buah blueberries tu dah bekali beli sampai naik kecut. So far blueberries termurah dibeli pada harga RM7.90. Kek ni togel je tak da icing. Tahap kemalasan melanda-landa lagipun icing tu bukannya makan sangat. Bawa balik kampung sempena 1 Ramadan hari tu. Kek ni simple je taklah susah sangat.
Buah blueberries yang fresh tu mengembang. Kek ni 3 layer. 2 layer ada blueberries yang ditengah tu kosong saja.
Pandangan dari atas.
Yumm!! Blueberries fresh ni tak manis. Kalau letak blueberries filling manis sangat sebab dicampur gula.
Kalau bake memang burnt sikit tepinya tak berapa cantiklah warnanya maybe need to change oven.
Bila fresh blueberries di masukkan. Berbiji-biji.
Lovely collage.
LEMON BLUEBERRIES CAKE
Source : Sweetapolita
Bahan
2 cawan + 6 sudu besar tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam
2 pack kecil fresh blueberries
1/2 cawan sour cream
1/2 cawan susu segar
2 sudu kecil vanilla
3/4 sudu teh pure lemon extract - tak guna pun
1 sudu kecil lemon zest
250g butter
1 1/2 cawan gula
4 biji telor size besar
Cara
1- Panaskan oven. Sediakan 8" loyang dengan baking paper.
2-Ayakkan bahan - bahan yang kering dalam mangkuk. Ambil 1 sudu besar tepung tadi dalam mangkuk yang lain dan letakkan fresh blueberries. Gaulkan blueberries dengan tepung tadi.
3- Satukan susu + sour cream + vanilla + lemon zest dalam mangkuk yang kecil.
4- Pukul butter + gula selama 5 minit . Masukkan telor satu persatu dan pukul sampai semua bersatu.
5- Masukkan tepung (no:2) berselang seli dengan susu (no:3), mula dengan tepung dan akhiran dengan tepung juga. Kacau sampai semua bersatu.
6- Satu loyang untuk adunan yang tidak ada blueberries. Balance adunan boleh masukkan blueberries dan buat 2 loyang..
7- Bakar kek sebingga masak pada suhu 150 darjah. Ikut oven masing -masing selama 30minit.
Creamnya - Zesty Lemon Frosting - Saya tak buat
1 cawan butter
2 sudu kecil lemon zest
5 cawan icing sugar
45 ml fresh lemon juice
6 sudu besar whipping cream (35% cream)
1/2 sudu kecil pure lemon extract
1 titis pewarna kuning (optional)
Pukul butter + lemon zest selama 3 minit. Masukkan gula ising , pukul dengan kadar perlahan selama 2 minit. Masukkan bahan lain dan pukul selama 3-4 minit sampai fluffy. Akhir sekali masukkan pewarna kuning.
No comments:
Post a Comment