Sunday, August 12, 2012

Thrips & Red mites.....menyerang roses


Sebelum ni, memang tak tahu kenapalah bunga ros saya, kudupnya asyik warna coklat je. Melalui pembacaan dan penerangan dari geng -geng bunga ros kat FB, barulah saya tahu sebenarnya ros ni terkena penyakit "Thrips". Bila ada thrips, red mites mesti ada. Dua-dua ni berkawan baiklah. Thrips dan red mites terhasil kerana daun dan batang terlalu kering. Bagi saya, dua penyakit ni sangat bahaya, merosakkan daun dan bunga dengan sangat cepat. Yang tak bestnya, boleh berjangkit ke pokok yang ada di sekelilingnya. So mesti nak buat proses togelkan daun and kalau ada buds/kudup yang warna coklat jangan sayang terus buang.  Daun dan batang ros ni memang tak boleh terlebih atau terkurang air, kalau tidak macam-macam penyakit melanda.

Cara rawatan
1- Togelkan daun dan buang jauh-jauh.
2- Sembur dengan organic Ros care. Boleh order kat  http://www.bungaros.com/
3- Boleh juga sembur dengan H20 (shieldtox/ridsect yang berbasekan air) - spray pada waktu petang.
4-Kalau tahap kronik dan susah nak diselamatkan terus spray dengan racun 3 serangkai tapi racun ni mahal sangat harganya.


Lihat Ros koster saya yang diserang thrips. Buruk jadinya.



Pink roses saya bercampur warna coklat tu tandanya ada thrips.


Kudup yang tidak boleh kembang sebab thrips.



Hah! Nilah.....THRIPS + RED MITES sekali menyerang, together gether. Sedih betul. Red mites selalunya di belakang daun macam berkarat gitu.


Ni lebih jelas red mitesnya.


Ni lagi contih red mites bawah daun. Mesti nak buat blasting air kat daun ni. Siram dari bawah ke atas.



Sedih tengok roses yang terkena thrips + red mites.

5 comments:

  1. ros kat rumah pun alami masalah sama. saya baru cuba rose care. belum tau berkesanannya. terima kasih sudi share tip.selamat berkebun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau problem ni kena togelkan pokoknya, buang semua dauan sembur ros care baru keluar tunas yg baru.

      Delete
  2. terima kasih atas tunjuk ajar akak ye.

    ReplyDelete
  3. Kalu x togelkn pokok tp spray fumakila tu jer brkesan x eh?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...