Wednesday, August 1, 2012

Zenxin Organic Farm, Kluang

Hari Khamis lepas buat IC for my kid and replace our old IC, tak tahu nak ke mana. So apa kata ke Kluang. Apa ada kat sana ya? Jumpalah Zenxin Organic Farm (ZOF) ni. Masuk tol kat Air Hitam dari arah Johor  patah kanan dalam 10 minit dah sampai (sebelah kiri jalan).


Ada restoran HALAL kat dalam ni. Masa kami sampai ada ramai budak Tadika buat rombongan kat sini sebab boleh tengok cara penanaman sayur organik dan macam-macam lagi.


Sampai kat parking lot je dah boleh nampak lolam ikan ni. Tak besar pun tapi sebab saya ni peminat ikan-ikan ni mestilah nak snap.


Ni entrance fee ya.
Dewasa RM10.00 = Free memanah + gift ambil masa nak balik ( mulberi tea)
Kanak - kanak = RM8.00 = Free ais krim M'sia + mensauk ikan + makanan rabbit



Herba Farm kat sini.



Jenis-jenis pokok herba.



Pokok misai kucing + mulberi + cendawan + tembikai susu kot yang panjang bulat-bulat tu.


Pokok mulberi memang banyak ditanam kat sini. Luas. Penat jugalah berjalan.


Cantik bual mulberi ni tapi masamlah.



Rabbit memang banyak kat sini. Boleh masuk kandang dan bagi rabbit makan. Angsa pun ada.


Tempat memanah dan menyauk ikan. Free je tapi kalau dapat ikan , ikan tu  kena bayar tau. Tak berjaya dapat ikan sebab dalam sangat itu kolam + tempat sauk tu pendek. Kat tepi ni ada banyak basikal boleh disewa.



Kaktus merah yang menarik , 3 pasu RM10.00 + pokok hijau ni cantik harganya RM19.90.



Disebabkan nam pun organic farm , maka memang tak da pokok yang berbunga kat sini. Dilarang mengguna chemical/ racun kat sini.


Nilah ais krim yang free tu. Panjang. Ada small supermarket , bolehlah membeli belah sayuran tapi biasalah harganya mahal sebab organic.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...