Monday, February 23, 2015

Nasi goreng simple

 Nasi goreng merupakan makanan kegemaran tak kira bila waktu kita membuatnya. Kebiasaanya ialah untuk menu sarapan pagi tapi sekarang ni malam pun dah boleh makan nasi goreng. Anak dara saya yang sulung tu sekarang ni duk kemaruk makan nasi goreng....asal ada nasi lebih je nak buat nasi goreng tapi tak pe sebab dia yang masak...he...he...Tapi hati hati kalori sepinggan nasi goreng adalah 600 ya..banyak tu.
 
 
Kali ni buat yang tak pedas coz my kids tak makan pedas sangat.
 

First must do this scramble egg....love this part.
 
 
 

Tumis bawang dan ikan bilis bersama kacang panjang.....
 
 
 

Lepas tu masukkan nasi dan scramble egg tadi......goreng rata kaup balik.



Kalau rasa nak pedas boleh dimakan dengan cili padi potong atau sambal tumis manis...fuh...my favourite sambal tumis manis makan dengan nasi panas bersama kicap sungguh menyelerakan...
 
 
NASI GORENG SIMPLE

Source : Sweetiesaqi

Bahan
1 mangkuk nasi - seeloknya nasi di masak keras sedikit pada sebelah malam
minyak untuk menumis
3 ulas bawang putih
1 biji bawang sederhana besar
sedikit ikan bilis
2 tangkai kacang panjang
1 biji telor dibuat scramble egg
2 sudu besar sos tiram
garam dan gula secukup rasa
1 sudu kecil secukup rasa MAGGI

Cara
Bawang merah, putih dan ikan bilis di tumbuk.
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi. Masukkan kacang panjang yang telah dipotong potong. Letak sos tiram. Boleh masukkan garam , gula dan secukup rasa MAGGI. Kacau rata.
Masukkan nasi gaul rata dan akhir sekali masukkan scramble egg tadi.
Kacau rata lagi.
Boleh lah dihidangkan.
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...