Masa saya ke pasar tani, ada kiosk yang menjual baja organik BIO Strong ni. Saya pun pi lah jenguk jenguk kiosk tu......last last terjebak. Terbeli lah yang kat bawah ni.
Dua ni ialah baja organik cecair. Satu microbes dan satu lagi liquid fertilizer. Cara guna, saya campur satu penutup setiap botol dengan 1 liter air , lepas tu spray kat pokok roses dan orkid saya. Spray waktu petang pukul 6 ke atas atau pada waktu malam. Boleh spray seminggu sekali.
Yang ni baja organik yang bukan cecair. Boleh tabur keliling pokok ros. Jauhkan sedikit dari akar ya.
Beli 2 botol dapat free baja organik yang warna hijau. Semua ni RM50.00.
Berbaloilah, lama boleh guna.
Hasil selepas spray baja organik cecair sangat bagus. Tunas tumbuh dengan banyaknya.....seronok tak terkata.
Berbaloilah, lama boleh guna.
Hasil selepas spray baja organik cecair sangat bagus. Tunas tumbuh dengan banyaknya.....seronok tak terkata.
MANA NAK DAPAT BAJA NI YE?
ReplyDelete