Masa balik kanpung hubby kat Seremban, sempat singgah kat Pasar Tani Stadium Paroi. Ada macam macam dijual kat pasar tani ni. Hajat di hati nak mencari daging salai tapi gerai yang biasa tu tak bukak pulak. Nasib ada satu makcik tu ada jual daging salai....dapatlah jugak.
Ni ayam kampung salai.....satu ekor RM16.00.....saya beli seekor....saja nak try....biasaya benda yang bersalai ni masak lemak cilipadi je yang sedap. Ayam kampung ni nak empuk kan dia lama betul......berapa jamlah nak empuk ni ya ...
Sepiring ikan salai ni harganya RM5.00....saya beli sepinggan jugak.....benda yang bersalai memang tahan lama....simpan kat bahagian frozen....
First time tengok itik salai ni.....
As usual my favourite sayur sayuran....yang hijau tu ialah terong telunjuk......campur dalam masak lemak ayam salai ni ...sedap....daun purple kat atas tu ialah daun pudding katanya diracik dan letakkan dalam masakan rendang. Saya tak beli pun sebab tidak merancang untuk membuat rendang.
Puyuh pun disalai juga.....yang dah dihiris halus tu ialah daun asam pun boleh dimasukkan dalam masak lemak. Bila saya cium daun tu tak de bau pun.
Ikan air tawar ni mengancam betul.
Ni ikan puyu atau betuk. Besar betul ikan ni. Rasanya ni yang dibela. Sekilo siap siang RM20.00. Geram betul tengok ikan ni gemok gemok.
Lunch siap cook by mother in law siap dengan ulam pengaga lagi and ayam goreng.
Isi ikan puyu tu.....tapi kan bila dah makan rasanya pelik sikit....mungkin gemok sangat ikan tu so rasanya pun agak lain sikit.
Petang tu sebelum balik singgah di Haji Shariff's Cendol.
2 mangkuk cendol tapi cendolnya kurang manislah.Baguslah jimat gula.....lagipun saya dah tak makan manis sangat.
My youngest ABC...wow...
Rojak mee pun ada tapi kuahnya manis lah....saya tapau je.
No comments:
Post a Comment