Melihat posting kat FB mengenai minuman yang sihat untuk kesihatan membuatkan saya ingin mencuba minum. Sambil memasak sambil jerang air halia ni....sekali jalan senang...
Air ni kita letak 3 cawan dan dididihkan sehingga menjadi 2 cawan. Lepas minum air ni tak lah pulak rasa nak terkentut kentut keluar angin....biasa je....
Rasa air ni....wa ...lah....pedarnya...pedas pun ada....saya terlebih letak halia.....Air rebusan ni seeloknya dibuat 2 atau 3 kali seminggu. Sesuai diamalkan oleh sesiapa yang sentiasa letih dan lenguh lenguh badan, kolesterol tinggi dan sakit urat saraf. Disyorkan minum selepas makan di siang hari.
Sebelah petang saya buat air teh o ...perah sedikit lemon so bila minum tu ada rasa masam manis.....makan dengan ubi keledek purple rebus...
AIR REBUSAN HALIA DAN SERAI
Source : dari FB - Ketat Melekat Harum Mewangi
Bahan
4 cm halia @ 2 ketul
3 batang serai
Cara
Ketuk 2 bahan di atas dan . Rebus dengan 3 cawan air dan dijadikan 1 cawan air saja.
Tunggu suam dan minum. Kalau rasa banyak sangat bahan tu ....bolehlah dikurangkan....
No comments:
Post a Comment