Kebetulan ada lebih tepung Hong Kong, so saya buat kek marble nutella ni.....kebiasaanya tepung hong kong digunakan bila membuat kek lapis sarawak ....saya belum berkesempatan membuat kek lapis ni...memikirkan proses melayernya yang agak melecehkan dan harus mempunyai tahap kesabarab yang sangat tinggi barulah boleh buat...
Memang lembut kek ni...Nutella tu digunakan untuk melayer sahaja tak dicampur dalam tepung adunan kek tu...
Ngap...ngap memang sedap...kek ni menggunakan 6 biji telor size A...banyak betul...Kebetulan baru cut roses Cik JC namanya.....dapatlah jadi prop sekejap....
Drizzle dengan nuttela atas kek tu..
2 piece berdiri...
Asingkan sedikit untuk letak pewarna coklat..
Hmm....sedap kek ni....saya guna loyang 4 segi size 8".
NUTELLA MARBLE CAKE
Source : Thekitchenguardian
Main : Rima Bisousatoi and Bro Rozan
Bahan
270g butter
250g Hong Kong flour
230g castor sugar
10g koko
6 biji telor size A
2 sudu besar condensed milk
1 sudu besar ovallette
1 sudu besar air
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil vanilla essence
1 sudubesar chocolate paste - saya tak guna
Nutella spread
Cara
-Pukul butter , susu, vanilla sehigga kembang , tepikan ( A).
-Dalam mangkuk lain, pukul telor, ovallette, air, baking powder, tepung dan gula. Pukul sehingga kembamg dan tebal. (B).
-Campurkan bahan A dan B , kacau rata.
-Asingkan 1/4 adunan tepung dan campurkan dengan koko dan juga chocolate paste/pewarna.
-Sediakan loyang 8 x 8 ".
-Masukkan 3 scoop adunan yang tiada warna dan letakkan 1 scoop adunan chocolate. Ulangi step sehingga habis.
-Bakar pada suhu 150 darjah selama 30 minit.
-Bila telah masak sejukkan dan sapukan nutella diantara ke dua dua kek tersebut.
No comments:
Post a Comment