Monday, February 13, 2012

Mersing Team Building 4/2/12 - Day 1

Dah 4 tahun tidak ada company trip, last ialah di Glory Beach Resort, Port Dickson je. Tup! Tup tahun ni ada tapi dekat je lah Sri Mersing nama di beri. Company trip ni main event is Team Building di Mersing Beach Resort. Seramai 75 orang telah bergerak ke Mersing menaiki 2 bas persiaran. Seawal jam 6.30 pagi hari Sabtu 5/2/12 semua sudah berkumpul. Dibekalkan air mineral 2 botol besar , ya ampun beratnya dan sekeping roti hot dog untuk alas perut. Perjalanan mengambil masa 2 1/2 jam dari Pasir Gudang. 


Landmark pertama untuk ke Mersing Beach Resort, sawah padi menghijau yang sangat cantik. Ditambah dengan kepulan awan biru yang sangat mendamaikan.


Sesampai je ramai yang berlegar-legar sambil menunggu sarapan siap.

Bersebelahan Mersing Beach Resort ialah Air Papan Beach Resort. Actually dua-dua resort ni ada pertalian. Team building berlangsung di dewan yang dimiliki oleh Air Papan Beach Resort.

Bilik-bilik hotel yang ada di sini.

Hotel yang mengadap laut - Seaview.

Bilik + toilet yang luas. Swimming pool boleh tahan besar juga.

Pemandangan di tepi laut.

Pantai yang berombak besar. Masa ni angin kuat dan ombak tinggi. Tidak sesuai untuk mandi laut.

Pemandangan di sekitar pantai.

Posing sebelum bermulanya team building.

Makanan catering. Buffet style. Yang best sambal belacan + ikan kering + ulam sentiasa ada. Nasib baik sedap tapi airnya terlalu manislah.

Alamak cam kenduri kahwin je , al maklumlah makan bawah khemah. Open air diiringi angin sepoi sepoi bahasa.

Belalang ni hot spot. Ramai photographer yang sibuk aim kat depa ni. Buat apa tu? Yang bestnya pak belalang ni so sporting, tak gerak-gerak.

Sesi berposing bermula sementara menunggu acara seterusnya. Sekali sekala mak mak orang ni terlepas, berposing sakan lah apa lagi.

Petang ada break sekejap ramai yang berendam. Ni aksi terhebat Cik Su, kita ni. Betul-betul terror. Nasib tak tergeliat. Photo ni dishoot oleh my boss, KC. Swimming pool ni letaknya di Air Papan Beach Resort.

Saturday, February 11, 2012

Lala daun selasih

Ternampak lala ni kat kedai depan, fresh lagi sebab ada yang hidup. Sekilo hargnya RM6.00. Belilah sedikit untuk dimasak. Terserempak dengan jiran katanya ni adalah lokan tapi pekedai kata lala. So jumpa lagi benda ni kat pasar tani dan kata penjual ialah lala so confirmlah selamat sikit. Bukan apa, ada sekali tu makan lokan masak rendang sedap sangat sampai tak ingat dunia , apalagi 1/2 jam lepas tu sakit kepala. Waduh tak tahannya. Tulah terpaksa berhati-hait. Tak nak pisang berbuah 2 kali. Nasib baik bawah ni lala.




Lala daun selasih

Semangkuk Lala
2 ulas bawang putih - dadu
1 biji bawang besar bersaiz kecil - dadu
1 biji cili merah - dadu
5 biji cili padi
1 inci halia - dadu
1 batang serai
1 sudu kecil sos tiram
garam secukup rasa
daun selasih secukupnya

Cara
1-Panaskan minyak dan tumis semua bahan yang telah didadu halus.
2-Masukkan sos tiram + garam secukupnya.
3-Letak serai + cili padi + daun selasih.
4-Masukkan lala. Kaup balik sehingga lala masak. Apabila lala terbuka bermakna dah cukup masak. Kalau rasa kering sangat bolehlah letakkan sedikit air sahaja.
5-Siap untuk dihidangkan.

Thursday, February 9, 2012

Ros Kuning.......surprise

Ha ! Ha ! Ros kuning, cantiknya. Sekuntum saja yang menjadi. Hampir-hampir nak buang pokok bunga ros ni. Tiba-tiba keluar sekuntum bunga yang sangat cantik.







Hah! Nilah dia pokok yang dah togel tapi tiba-tiba mengeluarkan sekuntum bunga yang sangat cantik.

Memang togelkan pokok ni. Gara-gara si fungus. Semua daun terpaksa dibuang.

Tak jadi nak buang pokok ni. Walau berbunga sekuntum .

Tuesday, February 7, 2012

Makan-makan di Lereh, Melaka


Cuti Chinese New Year, lepas ke KL, singgah Seremban dan yang terakhir Melaka. Lepas penat berjalan, singgah makan tengahari di warung yang terletak di Lereh. Kalau dari bandar Melaka, warung ni terletak di sebelah kanan selepas Sekolah Kebangsaan Lereh. Nampak banner yang besar di bawah ni, tulah warungnya. Makanan kat sini is very simple takdalah nasi campur.


Banner yang sangat besar, sure semua orang boleh nampak.

Nilah warungnya.

Antara menu yang ada di sini.

Coconut milk shake ni ok je tapi kat Caltex, Klebang Besar still the best.

 ABC ni menggoda.

Mee gorengnya sedap.

Kueh teow goreng simple. Satu benda yang banyak terdapat dalam hidangan ni ialah kerang.

Nasi lemak sedap tapi sambal tak mengancam.

Sate secucuk RM0.60, bolehlah tapi keras sikit untuk dagingnya.

Anyway enjoy eating. Mencuba untuk mencari kepuasan.

Lepas makan, acara seterusnya ke muzium kapal selam yang terletak di Pantaai Klebang. Nak masuk kena bayar RM1.00 seorang tapi boleh lihat bahagian luar sahaja. Belum siap sepenuhnya.


Memang besar dan panjang kapal selam ni.

Dulunya lautan pasir ni adalah laut tapi telah ditambak. Akhirnya sudah tidak ada pantai di Klebang Besar ni. Nak pergi ke hujung baru jumpa laut. Di sini memang sangat sesuai bermain layang-layang sebab kawasan lapang yang banyak.

Monday, February 6, 2012

Red Velvet Cake For Aishah Nabiha

These cake were made specially for Aishah Nabiha during her trip to Pasir Gudang for one week training. So far i have been using one recipe only (from joyofbaking) to do this cake and finally after baking for few times this is the best red velvet cake i have done. It is so moist & it has four layer. I couldn't believe that i ate more than 2 pieces despite its reddish colouring.

I should put more cream during layering.


Got to improve on the deco.


This is Aishah Nabiha. Shes enjoying eating the cake.

Its so yummy, delicious.

Friday, February 3, 2012

Jalan-jalan KL - Pavillion.....CNY'2012

Cuti Chinese New Year  dari 25-26/1/12, dapatlah berjalan ke KL, sebab mr hubby ada urusan kerja. So sambil menyelam minum airlah. Actually nak pergi Pavillion sejak dari tahun 2010 tapi tak sempat nak singgah. Sampai KL dah petang so sempat ke Pavillion saja yang terletak berhadapan dengan Prince Hotel tempat kami menginap. Dari Prince Hotel nak ke Pavillion cuma 10 minit saja. 

Main entrance Pavillion. Kat sini banyak butik branded item dan sudah semestinya harga sangat mahal. Cuma cuci mata window shopping je lah.

Dah namanya Chinese New Year, memanglah hiasannya sempena CNY tapi memanglah sangat cantik. I really adore the pink colour tree ( i think its cherrie blossom ).


Di luar Pavillion, ada banyak patung bear dari berbagai negara. Uniknya setiap patung dilukis.

Waktu malam tempat ni memang happening. KL dah pesat membangun. Banyak shopping mall yang besar.

Dah penat berjalan, dinner di food court saja. Ramai orang al-maklum cuti CNY. Mee Hoon sup tu harganya RM8.90. Makanan kat food court ni tak sedap. Ternampak cup cake dijual disitu berharga dari RM7.50 ke RM9.50 untuk satu cup cake. Parking ticket untuk 1 jam berharga RM7.00. Apa-apa pun kat Pavillion ni memang mahal.

Hiasan indah di The Gardens, Bangsar. Sempatlah berjalan kat The Gardens & Mid Valley, Bangsar. Di sini terdapat banyak high class butik.

Nice view from Prince Hotel. On the left boleh nampak KL twin tower dan on the right is Hotel Royal Chulan. Pandangan pada waktu malam KL twin tower tu  memang sangat cantik. Berbaring di sofa sambil menikmati pemandangan yang sangat indah.

Thursday, February 2, 2012

Flowers in my garden in 2011

Now its time to combine my lovely flowers photo collage in my garden since 2011.

Lantana Camara + Jasmine + Yesterday Today Tomorrow + Pink Roses


Yesterday Today Tomorrow  + Lantana Camara + Yellow Roses + Blue Hydrangeas


Pink Roses + Blue Hydrangeas  +Yellow Roses + Lantana Camara
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...