Saturday, June 16, 2012

Makan-makan di Kota Bahru - Part 3

Mesti herankan makan-makan kat Kota Baru sampai ada Part 3 & 4. Sebenarnya ni semua gara-gara wedding adik lelaki ku yang sorang ni. Sampai 3 kali ke Kota Baru ( cuma i sempat ikut 2 kali je ), tunang bulan Feb,12, nikah 27/4/12 & sanding 9/6/12, waduh pitam , bukannya dekat dari Johor ke Kelanta. Nasib baik ada Cik Firefly, sampailah juga. Makan-makan di Kota Bahru Part 1 & 2 ceritanya dalam bulan May'12. 

RESTORAN NASI ULAM CIKGU

Tempat pertama dituju for lunch semestinya Restoran Nasi Ulam Cikgu, memang best. Lauknya very the simple sesangat. Ada 2 jenis air je kat sini = bandung + sirap. Air bandung tu memang best. Dah siap masuk jug tinggal ambil je.  Ikan keli dan ayam goreng panas-panas. Kali ni kena RM30.00.


Yang buat best makan kat sini ialah Cik Budu + Cik Sambal ni, Bayangkan ikan keli panas dicicah sambal ni + pulak makan tengah hari panas memnag berpeluh. Wow! sedapnya. Sambal ni tak berapa pedas tapi masam sedikit. Tempoyak pun ada.


Dah nama Restoran Nasi Ulam, mestilah banyak ulamkan. Terong + paku pakis direbus je.


ZAKINI NASI KUKUS

Ni nasi kukus yang dibeli di Zakini Nasi Kukus. Harga RM6.50.


Tulah rupa nasi yang dikukus satu-satu. Restoran ni terletak dalam perjalanan nak ke airport dari Ridel Hotel. Sebelah kiri nak ke Pantai Cahaya Bulan dan sebelah kanan ke airport di Pengkalan Chepa. Restoran sebelah kiri jalan.


MAKAN-MAKAN DI PASAR SITI KHADIJAH

Laksam ni harganya RM1.50. Murah je. Boleh tahan sedap juga.


Laksa & laksam ni ramai orang bungkus berkilo-kilo. Sekali package dengan kuahnya. Senang tak payah nak penat-penat masak. Meriah tempat ni.


Lagi satu hidangan famous kat sini, NASI TUMPANG. Apa tu ya ? Harga RM1.50 sebungkus. Ianya seperti nasi empit atau lontong kering. Nasi lenyek yang dibungkus panas-panas macam kita buat lontong cuma bezanya yang ni dibalut dalam daun pisang berbentuk kon.  Ada samabl udang, hati , serunding kelapa so gabungan ni dimakan dengan nasi tadi memang sedap. Kebetulan sambalnya sedap.



Kat pasar ni memang banyak kuih-muih. Nampak sedap. Yang dalam dulang merah tu kuih akok , yang macam kon 3 segi tinggi tulah nasi tumpang. Yang kuning atas tu tak tahu apa namanya. 


Ni my lunch. Harga RM10.00 sebungkus. Cik Udang tu je dah RM5.00 + telor ikan + pucuk cenderih



Nsi kerabu hubby RM9.00. Cik sotong tu besar.


Ni my kids punya lunch. Nasi with kuah kicap ayam je.


Looks very delicious. Cik Udang tu jangan main ambil je ya, sila tanya harga dulu. Harga starts from RM5 - RM18.00 seekor.


Kuih Manja namanya, sekeping 10 sen saja , comel sungguh. Mesti makan panas-panas. RM1.00 = 10keping. Intinya ada kaya (warna kuning) dan kelapa yang warna hijau tu.Terjumpa abang ni bawa motor diluar pasar rasanya kat Kubang Pasu nak ke arah Masjid Muhammadiah. Kulit kuih ni macam kuih apam berkacang yang dijual di pasar malam tu.



Asam jawa + laici

Lepas dah tapau heavy food, belilah sikit buah untuk pencuci mulut. Asam jawa original tu sedap tak masam sangat. 1 plastik RM5.00. Laici tu ada lagi tapi dah dimakan sikit RM7.00. Pendek kata macam-macam adalah kat Pasar Siti Khadijah ni.

Thursday, June 14, 2012

Russian Black & White Kek......akhirnya

At last berjaya juga buat Russian Black & White kek ni, one of the famous continental cake yang hangat di pasaran. Fuh ! Dari nak mencari resepi , goggle sini sana memang tak dapat akhirnya jumpa juga kat blog Juicy Cafe dan Masam Manis milik Azlita. Terima kasih to both of them kalau tak......tak menjadilah kek ni. So resepi ni combination dari 2 blog, ikut resepi yang senang dibuat. I ambil masa 2 hari nak buat kek ni, al -maklumlah orang bekerja. Buat kek dulu than the next day barulah toppingnya. Apa pun memang happy with the outcome walau rupa luarannya tak berapa menjadi isi dalamannya cantik.

Ada corak, kira menjadilah. Warna cream tu ialah cream cheese.


Kek yang belum ditoppingkan + cream cheese + chocolate ganache yang bersedia untuk dipaipkan. Kek tu tak besar sizenya 8" je, so adunan ni dapat 3 keping kek.



GAMBAR A
Cream cheese + chocolate ganache yang dipaipkan ke atas kek mengikut bentuk bulatan diselang seli. Masa buat cream cheese filling tu rasa macam tak cukup tapi sebenarnya cukup.



GAMBAR B
Selepas kek ditindihkan selapis demi selapis menjadi satu biji kek. Barulah disapukan cream cheese. Proses ni bagi I memang susah, mungkin tak pandai nak layer kek ni lagi sebab tu tak rata sangat.


Selepas tu proses meletakkan chocolate ganache. Pun atak berapa cantik. Kena belajar lagi. Kek ni dibuat sempena Wedding Anniversary yang ke 13. Bulan Jun ni memang banyak celebration. Coming soon birthday hubby 14/6/12  + daughter 24/6/12.


Walaupun luarannya tak cantik tapi dalamannya, boleh dikatakan menjadilah juga.



Sedap........kenalah rasa ya.



RUSSIAN BLACK & WHITE KEK
Source : Juicy Cafe & Masam Manis - Azlita

Bahan untuk kek (juicy cafe)

1 cwn serbuk koko - ayakkan
1/2 cwn gula halus
1 cwn air panas
1/2 cwn susu cair
250 gm butter
2 cwn gula perang
4 biji telur
2 sdk esen vanilla
2 cwn tepung gandum*
2 sdk baking powder* - *satukan & ayak

Caranya.

1. Satukan serbuk koko, gula halus & air panas dalam periuk dan masak dengan api kecil shingga bahan2 larut, angkat & sejukkn.
2. Tuang susu cair & gaul sebati, ketepikan sebentar.
3. Pukul butter & gula perang shingga kembang, masukkn telur sebiji demi sebiji + esen vanilla & terus pukul sehinga rata.
4. Masukkn adunan tepung bergilir2 dengan adunan coklat, gaul secara kaupbalik shingga rata.
5. Lenserkan loyang berukuran 8 inci dengan sedikikt butter, lapik kertas minyak & lenser butter sedikit lagi.
6. Tuang adunan kek dalam loyang & bakar secara 'waterbath' dlm oven yang telah dpanaskan dengan suhu 180C selama 1 jam 15 mnt atau sehingga masak mengikut oven masing2. - Part ni i tak ikut , i just masukkan kek dalam oven tanpa waterbath teknik.
7. Angkat & sejukkan atas redai. Ketepikan.

Ganache untuk filling coklat

Caranya..
50 ml whipping cream
200 gm coklat compound - hiris halus
Cara

1. Panaskan whipping cream dalam periuk kecil shingga berbuih ditepi-tepi periuk. Tutup api & angkat.
2. Masukkan coklat compound & gaul shingga coklat larut.
3. Masukkn adunan dalam piping bag & sejukkan sebentar dalam peti sejuk selama 10 minit atau sehingga ganache sedikit keras. Tapi jangan terlalu lama. Nanti susah nak paipkan.


Cream Cheese Frosting - masam manis

250gm Philadelphia/Tatura cream cheese
120gm mentega
1 cawan gula aising
1 sdt vanila ekstrak
2 sudu kecil jus daripada lemon

Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising + vanilla + jus lemon.
Masukkan sedikit adunan dalam piping bag dan simpan dalam peti ais hingga ia sedikit mengeras. Tapi jangan terlalu lama nanti keras sangat nak dipaipkan atas kek. Cream yang balance digunakan untuk mentopping luar kek sebelum meletakkan topping ganache coklat yang terakhir.

Setelah cream cheese + coklat filling siap disejukkan dalam peti ais seketika, bolehlah memulakan proses melapis + melayer kek seperti gambar A di atas. Mula-mula buat bulatan kecil menggunakan cream cheese diselang selikan dengan coklat filling. Buat macam lingkaran bulatan ubat nyamuk. Selepas masukkan dalam peti sejuk selama 5 minit untuk keraskan sikit filling-filling tu. Keluarkan dan kali ni letak filling coklat dulu di tengah-tengah & ulang proses bulatan berselang seli sekali lagi sehingga semua kek habis ditindih.
Selepas tu boleh lah menutupkan kek yang bercantum dengan balance cream cheese tadi. Sila lihat Gambar B di atas. Selesai masukkan dalam peti asi sekejap. Keluarkan dan boleh letakkan topping ganache coklat yang dibawah ni pulak.

Ganache untuk topping kek.., buat selepas cheese mengeras. - Juicy Cafe

 
100 ml whipping cream
300 gm coklat compound

Cara

1. Panaskan whipping cream dalam periuk kecil shingga berbuih dtepi periuk. Tutup api & angkat.
2. Masukkan coklat compound & gaul shingga coklat larut.
3. Tuang atas kek yg disejukkan tadi.



Monday, June 11, 2012

Light Peach Roses

One of my roses collections, the light peach colours. Snap with two types of camera - Nikon & Lumix. These roses blooms very well. In fact this is the 3rd time it blooms. I am so happy with the outcome. Secret to it because i gave my roses to eat rose food which i purchase at my morning market. Per small packet cost about RM3.00 and for a kilo about RM50.00 but i dont know whats the brand since they repack them. With that supplement the buds keep coming out.


















Photo snap by using Lumix. The background is a big dark. 


This is snap with Lumix too. 


Snap via Nikon. I think i like photo produce from Nikon. 


Planted in a medium size pot. Love to see it grows very healthy .



These all are from one tree of roses.

Wednesday, June 6, 2012

Oreo Blueberries Cheese Cake

Cheese cake for Nuruls' mom. Thanks for the order.





Cheese cake for Eyda, untuk birthday mamanya. Thanks for the order.



Monday, June 4, 2012

Restoran Selasih di Persada Johor.......

Nampak restoran ni dah lama tapi tak tersinggah. So pada 21/5/12 lepas buat medical check up, singgah untuk lunch sekejap kat sini. Decoration restoran ni cantik tapi tak ramai yang datang makan kat sini sebabnya the price is a bit expensive. Macam makan kat hotel. Rasanya lepas ni tak datang lagi kot, ni pun hanya sekadar nak mencuba rasa saja tu yang singgah.


Antara menu yang ada. More tu masakan Johor. Tengoklah harganya. Tapi portion memang banyak boleh share-share makan.

Ni pembuka selera yang best. Keropok melinjau + sambal tomato.

Popiah bash yang berharga RM8.00 satu. Sayang sosnya masam sikit.



My mee kolok tapi sayang meenya tak guna mee kolok yang betul tapi guna mee kuning. Cam mee hailam cair pun ada rasanya. Harga RM17.50, siapa yang tak kuat makan bolehlah share je sebab portionnya besar.



Nasi beriani kambung favourite hubby, harga RM28.00 sepinggan, mahal gila. Tapi hubby kata tak mengancam sangat. Biasa ! Biasa je.

 

Sirap bandung pun tak mengancam. Teringat sirap bandung kat kedai Cikgu Nasi Ulam kat Kota Baru, Kelantan. The best.


 
Tempat memang romantic. Siapa nak pergi dating tempat ni sesuai sangat. Makan sambil mendengar alunan lagu-lagu sentimental.

Friday, June 1, 2012

Chocolate cupcake

Masa ke kedai peralatan membuat kek, ternampak gambar edible image = cartoon barbie, strawberry shortcake, spongebob dan macam-macam lagilah. Tertarik hati so belilah satu keping A4 size gambar strawberry shortcake yang berharga RM10.00.
Edible bermaksud sesuatu yg boleh dimakan. Edible image pula bermaksud gambar yang boleh dimakan.. Gambar akan dicetak diatas frosting sheet yang diperbuat daripada gula. Printer yang digunakan adalah printer biasa tetapi ink sahaja yang berbeza. Ink atau dakwat yang digunakan adalah ink food iaitu ink yang boleh dan selamat untuk dimakan.

Si kecil bising sibuk bertanya , bila mama nak buat cup cakes strawberry shorcake ni. So carilah resepi yang paling senang nak dibuat. This resepi memang sangat senang, semua bahan dicampurkan dan hanya pakai whisk saja.

Bila dah banyak-banyak ni nampak menarik ditambah dengan warna-warni edible image.
 

Sebenar-benarnya edible image ni tak sedap rasanya. Hanya cantik untuk hiasan sahaja. Edible image ni tidak boleh dibiarkan terlalu lama di luar kerana warnanya akan pudar.



Memang seronok tengok multi colour item ni.

Terpulang kepada kita macam mana nak menghias cup cake ni.


Chocolate Cupcake
By: Whisk Kid


3/4 cawan (65g) koko
1 1/2 cawan (188g) tepung gandum
1 1/2 cawan (298g) gula
1 1/2 sudu kecil baking soda
3/4 sudu kecil baking powder
3/4 sudu kecil garam - saya tak letak
2 telor
3/4 cawan (177ml) air suam
3/4 cawan(177ml) butter milk atau susu + 1 sudu besar lemon = perap selama 15minit
3 sudu besar minyak jagung
1 sudu kecil esem vanilla

Cara
1-Panaskan oven.
2-Ayakkan koko + tepung gandum +gula + baking soda + baking powder & garam dalam mangkuk besar.
3-Masukkan telor + air suam + buttermilk + oil + esen vanilla = kacau rata selama 3 minit.
4-Scoop dan masukkan dalam cup cakes. Bakar selama 20 minit  ikut oven masing-masing.
5-Setelah masak sejukkan di atas redai.

Simple chocolate ganache via Martha Stewart
170g cooking chocolate
156ml cream
1 tsp corn syrup

1-Panaskan cream secara double boiler kemudian masukkan coklat dan syrup. Kacau selama 5 minit.
2-Siap untuk diletak atas cupcake.

Saya tidak menggunakan resepi ganache di atas sebab ada lebihan ganache selepas membuat kek coklat. So tak nak membazir guna untuk cupcakes ni.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...