Saturday, June 16, 2012

Makan-makan di Kota Bahru - Part 3

Mesti herankan makan-makan kat Kota Baru sampai ada Part 3 & 4. Sebenarnya ni semua gara-gara wedding adik lelaki ku yang sorang ni. Sampai 3 kali ke Kota Baru ( cuma i sempat ikut 2 kali je ), tunang bulan Feb,12, nikah 27/4/12 & sanding 9/6/12, waduh pitam , bukannya dekat dari Johor ke Kelanta. Nasib baik ada Cik Firefly, sampailah juga. Makan-makan di Kota Bahru Part 1 & 2 ceritanya dalam bulan May'12. 

RESTORAN NASI ULAM CIKGU

Tempat pertama dituju for lunch semestinya Restoran Nasi Ulam Cikgu, memang best. Lauknya very the simple sesangat. Ada 2 jenis air je kat sini = bandung + sirap. Air bandung tu memang best. Dah siap masuk jug tinggal ambil je.  Ikan keli dan ayam goreng panas-panas. Kali ni kena RM30.00.


Yang buat best makan kat sini ialah Cik Budu + Cik Sambal ni, Bayangkan ikan keli panas dicicah sambal ni + pulak makan tengah hari panas memnag berpeluh. Wow! sedapnya. Sambal ni tak berapa pedas tapi masam sedikit. Tempoyak pun ada.


Dah nama Restoran Nasi Ulam, mestilah banyak ulamkan. Terong + paku pakis direbus je.


ZAKINI NASI KUKUS

Ni nasi kukus yang dibeli di Zakini Nasi Kukus. Harga RM6.50.


Tulah rupa nasi yang dikukus satu-satu. Restoran ni terletak dalam perjalanan nak ke airport dari Ridel Hotel. Sebelah kiri nak ke Pantai Cahaya Bulan dan sebelah kanan ke airport di Pengkalan Chepa. Restoran sebelah kiri jalan.


MAKAN-MAKAN DI PASAR SITI KHADIJAH

Laksam ni harganya RM1.50. Murah je. Boleh tahan sedap juga.


Laksa & laksam ni ramai orang bungkus berkilo-kilo. Sekali package dengan kuahnya. Senang tak payah nak penat-penat masak. Meriah tempat ni.


Lagi satu hidangan famous kat sini, NASI TUMPANG. Apa tu ya ? Harga RM1.50 sebungkus. Ianya seperti nasi empit atau lontong kering. Nasi lenyek yang dibungkus panas-panas macam kita buat lontong cuma bezanya yang ni dibalut dalam daun pisang berbentuk kon.  Ada samabl udang, hati , serunding kelapa so gabungan ni dimakan dengan nasi tadi memang sedap. Kebetulan sambalnya sedap.



Kat pasar ni memang banyak kuih-muih. Nampak sedap. Yang dalam dulang merah tu kuih akok , yang macam kon 3 segi tinggi tulah nasi tumpang. Yang kuning atas tu tak tahu apa namanya. 


Ni my lunch. Harga RM10.00 sebungkus. Cik Udang tu je dah RM5.00 + telor ikan + pucuk cenderih



Nsi kerabu hubby RM9.00. Cik sotong tu besar.


Ni my kids punya lunch. Nasi with kuah kicap ayam je.


Looks very delicious. Cik Udang tu jangan main ambil je ya, sila tanya harga dulu. Harga starts from RM5 - RM18.00 seekor.


Kuih Manja namanya, sekeping 10 sen saja , comel sungguh. Mesti makan panas-panas. RM1.00 = 10keping. Intinya ada kaya (warna kuning) dan kelapa yang warna hijau tu.Terjumpa abang ni bawa motor diluar pasar rasanya kat Kubang Pasu nak ke arah Masjid Muhammadiah. Kulit kuih ni macam kuih apam berkacang yang dijual di pasar malam tu.



Asam jawa + laici

Lepas dah tapau heavy food, belilah sikit buah untuk pencuci mulut. Asam jawa original tu sedap tak masam sangat. 1 plastik RM5.00. Laici tu ada lagi tapi dah dimakan sikit RM7.00. Pendek kata macam-macam adalah kat Pasar Siti Khadijah ni.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...